CONMEBOL: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alashr2003 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 02:46, 30 September 2006

right CONMEBOL atau CSF (Confederación Sudamericana de Fútbol, Konfederasi Sepak bola Amerika Selatan) merupakan gabungan persatuan bolasepak negara-negara di Amerika Selatan. Organisasi ini ditubuhkan pada 9 Julai 1916, di atas usaha Héctor Rivadavia Gómez (dari Uruguay) untuk menyatukan persatuan bolasepak di benua ini. CONMEBOL merupakan ahli gabungan FIFA dan bermarkas di Luque, Paraguay (dekat Asunción). Presiden CONMEBOL sekarang (2006) adalah Dr. Nicolás Leoz.

Argentina, Uruguay, Brazil, dan Chile merupakan negara-negara awal yang menyertai CONMEBOL melalui satu kejohanan bolasepak Amerika Selatan pada tahun 1915 di Buenos Aires, Argentina. Tahun penyertaan negara-negara ke dalam CONMEBOL ialah Paraguay (1921), Peru (1925), Bolivia (1926), Ecuador (1927), Colombia(1936) dan yang terakhir ialah Venezuella (1952). Walaubagaimanapun 3 negara yang berada di Amerika Selatan, Guyana, Suriname, dan Guyana Perancis tidak bergabung dengan CONMEBOL, tetapi sebaliknya menyertai CONCACAF.

Kejohanan yang dianjurkan oleh CONMEBOL antara lain adalah Copa Libertadores de América, Copa Sudamericana, dan Copa América.