Adiwira Ku[1] (atau Adiwiraku) ialah sebuah filem drama Malaysia 2017 arahan Eric Ong terbitan bersama Sol Pictures, Iceberg Design dan Filmecca Studios.[2] Ia dibintangi oleh Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong dan Ahmad Adnin Zidane Muslim. Filem yang berdasarkan dari kisah benar ini ditayangkan pada 9 Mac 2017. Pada 29 September 2017, filem ini memenangi anugerah Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Sangeeta Krishnasamy di Festival Filem Malaysia ke-29 sehingga menjadikannya pelakon bukan berbangsa Melayu pertama merangkul anugerah tersebut.[3]

Adiwira Ku
PengarahEric Ong
PenulisJason Chong
Cheryl Ann Fernando
Eric Ong
Dihasilkan olehEric Ong
Jason Chong (eksekutif)
Khairul Anuar Latip (eksekutif)
DibintangiSangeeta Krishnasamy
Syarikat
penerbitan
Sol Pictures
Iceberg Design
Filmecca Studios
Diedarkan olehEmpire Film Solution
Tarikh tayangan
19 Mac 2017
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu, Inggeris

Sinopsis sunting

Berdasarkan dari satu kisah benar, filem itu mengisahkan tentang kumpulan ceramah dari SMK Pinang Tunggal di Kedah, yang memenangi pertandingan perbahasan pada tahun 2015. Ia mengikuti perjalanan pasukan itu dipenuhi dengan pelbagai perjuangan dan cabaran untuk memenangi gelaran.

Pelakon sunting

  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Cikgu Cheryl
  • Xavier Fong sebagai Cikgu Constant
  • Ahmad Adnin Zidane Muslim sebagai Zidane
  • Nur Irdina Tasnim Ishak sebagai Irdina
  • Muhammad Alif Abu Bakar sebagai Alif
  • Farra Noradzlina Safwan sebagai Kemboja
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Franklin

Penerbitan sunting

Adiwira Ku berdasarkan daripada kisah benar guru bahasa Inggeris, Cheryl Ann Fernando, yang ditempatkan di SMK Pinang Tunggal di Sungai Petani, Kedah, yang menemui cara mengajar pelajarnya untuk bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris.[4] Ia diarahkan oleh Eric Ong dengan Jason Chong dan Khairul Anuar Latip bertindak sebagai penerbit eksekutif. Lakonlayar filem ini ditulis oleh Jason, Eric dan Cheryl Ann. Eric kemudiannya melaporkan yang Adiwira Ku pernah ditolak sebuah studio penerbitan dan hampir dijadikan drama rantaian dan beliau sanggup mengeluarkan wang simpanannya sendiri demi merealisasikan impiannya.[5] Kesemua pelakon yang terlibat ialah pelajar SMK Pinang Tunggal.

Kos pembikinan Adiwira Ku menelan belanja sebanyak RM600,000 dan ia berdasarkan daripada anekdot Cheryl Ann. Fernando sendiri adalah seorang ahli paduan suara di sekolahnya (SRK Taman Sri Gombak, Selangor) pasukan di Tahun Enam. Pasukannya menjadi juara negeri Selangor. Pihak penerbitan bertemu dengan pihak berkuasa sekolah dan mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, ibu bapa dan pelajar sebelum menjalani penggambaran.[6] Cheryl Ann turut mengakui menangis menonton lakonan Sangeeta dalam filem itu.[7]

Keluaran sunting

Adiwira Ku ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Mac 2017 dan akan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-30 di Tokyo, Jepun yang akan diadakan pada 23 Oktober.[8][9][10]

Sekuel sunting

Penggambaran sunting

Pada tahun 2019, penggambaran utama bermula pada 2019 di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, Malaysia di mana Pekin Ibrahim telah memuat naik satu gambar di Twitter (kini dikenali sebagai X) beliau di mana pra-produksi dijalankan ketika itu.[11]

Pengeluaran sunting

Pada asalnya, filem ini dijadualkan ditayangkan pada tahun 2020 menurut SOL Pictures[12][13] tetapi ditunda akibat pandemik COVID-19 yang melanda satu dunia termasuk Malaysia menyebabkan filem ini bersama-sama Abang Long Fadil 3, Polis EVO 3 dan Mechamato Movie ditunda (juga terbitan Astro Shaw).

Menurut jadual asal Astro Shaw, filem ini sepatutnya ditayangkan pada November iaitu selepas Rahsia (juga sepatutnya tayang pada Oktober tetapi diawalkan ke Ogos) dan sebelum filem The Experts (dijangka ditayangkan pada Disember 2023).[14] Walau bagaimanapun, filem ini diawalkan iaitu pada 26 Oktober 2023 iaitu tarikh yang sama dengan filem antarabangsa Five Nights at Freddy's dan Saw X (tayangan Malaysia).

Pemasaran sunting

Astro Shaw memuat naik teaser filem pada 22 Ogos 2023 dengan mendedahkan tarikh tayangan filem iaitu pada 26 Oktober 2023.[15] Treler dan poster filem dimuat naik di laman media sosial Astro Shaw pada 7 September 2023 ketika sidang media di TGV Pavillion Bukit Jalil.[16]

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Filem Terbaik[17][18][19][20][21][22][23][24] Adiwira Ku Menang
Pelakon Wanita Terbaik[25] Sangeeta Krishnasamy[26] Menang
Cerita Asal Terbaik Jason Chong Menang
2019 Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 Pelakon Wanita Terbaik Sangeeta Krishnasamy Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Shazryn Mohd Faizal (16 Mac 2017). "'Adiwira Ku' Sarat Aura Positif". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-17. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  2. ^ Fatin Farhana Ariffin (24 September 2017). "Berbaloi keluar wang simpanan demi Adiwira Ku". BH Online. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  3. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (24 September 2017). "Adiwira Ku filem terbaik FFM29". BH Online. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  4. ^ Adiwira Ku: Kisah benar ke layar perak. Astro Awani. 16 Mac 2017. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  5. ^ Mumtaj Begum (2 Mac 2017). "Adiwira Ku is a film based on a real-life hero – a teacher in Kedah". Star2. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  6. ^ Marjorie Chiew (20 Februari 2017). "Her story teaching in a rural school has inspired a movie". Star2. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  7. ^ Muhamad Fairoz Azizan (26 September 2017). "Cheryl menangis tonton lakonan Sangeeta". BH Online. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  8. ^ Khairdzir Md Yunus (15 Oktober 2017). "'Adiwira Ku' akan ditayangkan di festival filem Tokyo". Utusan Borneo. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  9. ^ "'Adiwira Ku' to be screened at Tokyo International Film Festival". Astro Awani. 11 Oktober 2017. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  10. ^ "'Adiwira Ku' heads to Tokyo!". The Malay Mail. 27 September 2017. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  11. ^ @pekinibrahim7W (6 April 2019). "rehearsal #adiwiraku2" (Twit). Dicapai pada 30 September 2023 – melalui Twitter.
  12. ^ @FilemKita (4 Disember 2019). "Teaser filem "Adiwira Ku 2: The Gemencheh Boys" Sedang disiapkan untuk tayangan tahun 2020. #AdiwiraKu2" (Twit). Dicapai pada 30 September 2023 – melalui Twitter.
  13. ^ @KamalRezuan (16 Julai 2019). "Rindu jgk sebenarnya dgn bdk2 ni #adiwiraku2 #filem coming soon 2020🙌🏼" (Twit). Dicapai pada 30 September 2023 – melalui Twitter.
  14. ^ @shafixsharif (1 Februari 2023). "Gambar takde tapi movie ade bulan 11 ni keluar "Adiwiraku2 the Gemencheh Boys". At least ade legacy untuk anak cucu aku tahu cerita aku dari kecik sampai menang SEA games gold medal. 🤲🏻" (Twit). Dicapai pada 30 September 2023 – melalui Twitter.
  15. ^ "GEMENCHEH BOYS | TEASER | DI PAWAGAM 26 OKTOBER 2023". YouTube. Astro Shaw. 22 Ogos 2023. Dicapai pada 30 September 2023.
  16. ^ "GEMENCHEH BOYS | OFFICIAL TRAILER | 26 OCTOBER 2023". YouTube. Astro Shaw. 7 September 2023. Dicapai pada 30 September 2023.
  17. ^ "Adiwira Ku Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-29". MyNews Hub. 24 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-17. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  18. ^ "Angkat kisah benar, 'Adiwira Ku' filem terbaik FFM ke-29 (VIDEO)". The Malay Mail. 24 September 2017. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  19. ^ "'Adiwira Ku' muncul sebagai filem terbaik FFM ke-29". The Malay Mail. 24 September 2017. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  20. ^ "Filem " Adiwira Ku" Merangkul Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke 29". Berita RTM. 24 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-17. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  21. ^ "Kisah cikgu bahasa Inggeris 'Adiwira Ku' filem terbaik FFM29". The Malaysian Insight. 24 September 2017. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  22. ^ "'Adiwira Ku' rangkul filem terbaik FFM29". Sinar Harian. 24 September 2017. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  23. ^ "Adiwira Ku rangkul anugerah Filem Terbaik FFM29". Free Malaysia Today. 24 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-17. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  24. ^ Nadia Azam (24 September 2017). "Adiwira Ku dinobat Filem Terbaik FFM29". Malaysiakini. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  25. ^ Syafik Syukri Jalil (24 September 2017). "FFM29: 'Saya rasa macam tak layak menang Pelakon Wanita Terbaik' - Sangeetha". Astro Awani. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  26. ^ Dennis Chua (27 September 2017). "Actress Sangeeta looks forward to starring in more Malay movies". New Straits Times. Dicapai pada 17 Oktober 2017.

Pautan luar sunting