Karl-Heinz Rummenigge

Karl-Heinz "Kalle" Rummenigge (Sebutan bahasa Jerman: [ˈkaʁlˈhaɪ̯nt͡s ˈkalə ˈʁʊmənɪɡə]; lahir 25 September 1955) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi penyerang.

Karl-Heinz Rummenigge
Maklumat peribadi
Nama penuh Karl-Heinz Rummenigge
Tarikh lahir (1955-09-25) 25 September 1955 (umur 68)
Tempat lahir Lippstadt, Jerman Barat
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayern Munich (Pengerusi)
Kerjaya remaja
1963–1974 Borussia Lippstadt
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1974–1984 Bayern Munich 310 (162)
1984–1987 Inter Milan 64 (24)
1987–1989 Servette 50 (34)
Jumlah 424 (220)
Pasukan kebangsaan
1975 Jerman B 1 (0)
1976–1986 Jerman Barat 95 (45)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Beliau menikmati banyak kejayaan ketika di Bayern Munich apabila beliau meraih Piala Antara Benua, Piala Eropah serta dua gelaran liga dan dua piala domestik.

Sebagai pemain pasukan kebangsaan Jerman Barat, Rummenigge memenangi Kejohanan Eropah 1980 dan sebahagian daripada skuad kebangsaan yang mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 1982 dan Piala Dunia 1986. Beliau dinobatkan Pemain Terbaik Eropah sebanyak dua kali.

Beliau kini menjadi Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) bagi FC Bayern München AG, sebuah cabang syarikat daripada pasukan Bundesliga, Bayern Munich selain turut menjawat sebagai Pengerusi Persatuan Kelab Eropah. Pada tahun 2004, beliau dipilih Pelé ke dalam senarai FIFA 100.

Kerjaya kelab sunting

Beliau sertai FC Bayern Munich dari kelab amatur Westphalia, Borrusia Lippstadt pada tahun 1974 dalam perpindahan kira-kira 10 ribu euro. Beliau seterusnya mempamerkan kekuatan dirinya sebagai seorang penggelecek bola. Kualiti pada dirinya amat menakjubkan dan prestasi Rummenigge mula meningkat dari tahun ke tahun lebih-lebih lagi selepas ketibaan jurulatih Pal Csernai pada tahun 1979. Pada musim 1979–80, beliau menjaringkan 26 gol dan menjadi penjaring terbanyak Bundesliga buat kali pertama. Pencapaian ini diulangi pada tahun 1981 (29 gol) dan 1984 (26 gol).

Bersama Bayern, beliau mengambil bahagian dalam perlawanan akhir Piala Eropah pada tahun 1976 dan menang ke atas AS Saint-Étienne. Pada tahun yang sama, beliau turut membantu Bayern memenangi Piala Antara Benua menentang Cruzeiro EC dari Brazil.

Pada era jurulatih Csernai, beliau bersama pemain tengah, Paul Breitner membentuk gandingan mantap pasukan yang dikenali sebagai "Breitnigge". (nama dicipta oleh akhbar Jerman Bild).

Bayern pada masa itu turut digelar "FC Breitnigge" meraih kejuaraan Bundesliga pada tahun 1980 dan 1981, serta DFB-Pokal pada tahun 1982 dan 1984. Sementara itu, Bayern hampir mendekati gelaran Piala Eropah tetapi tewas kepada Aston Villa pada tahun 1982. Pada Piala Eropah musim sebelumnya, Rummenigge menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol.

Sumbangannya yang berterusan kepada kelab dan pasukan kebangsaan Jerman membolehkan beliau menggapai anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman pada tahun 1980 dan dinobatkan Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah pada musim 1980-81.

Pada tahun 1984 ketika berusia 29 tahun, beliau melakukan perpindahan ke Inter Milan dalam perpindahan sebanyak 5.7 juta euro. Karier Rummenigge di Itali diselubungi dengan masalah kecederaan. Apabila kontraknya tamat pada tahun 1987, Rummenigge berpindah ke kelab Liga Super Swiss, Servette FC di Geneva. Pada musim terakhirnya, beliau menjadi penjaring terbanyak liga dengan 24 gol.

Kerjaya antarabangsa sunting

Bersama pasukan kebangsaan Jerman Barat, beliau mengambil bahagian dalam Piala Dunia 1978, 1982 dan 1986. Pada edisi 1978, pasukan Jerman Barat tersingkir pada pusingan kedua peringkat kumpulan. Pada edisi 1982 dan 1986 pula, masing-masing Jerman Barat dinobatkan sebagai naib juara (kepada Itali pada 1982 dan Argentina pada 1986).

Rummenigge turut mengambil bahagian dalam dua edisi Kejohanan Eropah. Pada edisi Euro 1980 di Itali, Jerman Barat menewaskan Belgium pada perlawanan akhir 2-1 sebelum dinobatkan juara. Seterusnya, edisi 1984 yang berlangsung di Perancis dikira salah satu kejohanan yang memedihkan dalam sejarah pasukan kebangsaan Jerman. Pasukan Jerman Barat tersingkir awal pada peringkat kumpulan.

Antara tahun 1976 dan 1986, Rummenigge telah tampil dalam 95 perlawanan dan menjaringkan 45 gol antarabangsa untuk pasukan Jerman Barat dan salah satu daripadanya ketika perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 1986.

Statistik sunting

Pasukan kebangsaan Jerman Barat
Tahun Kmncln Gol
1976 2 0
1977 6 1
1978 12 4
1979 8 5
1980 10 4
1981 11 9
1982 13 9
1983 10 8
1984 8 1
1985 6 3
1986 9 1
Jumlah 95 45

Gol antarabangsa sunting

Selepas bersara sunting

Dari tahun 1990 hingga 1994, Rummenigge bekerja sebagai pengulas TV bagi perlawanan pasukan kebangsaan Jerman. Pada musim luruh 1991, Bayern Munich memanggil Franz Beckenbauer dan Rummenigge kembali ke kelab sebagai naib presiden. Rummenigge memegang jawatan ini sehingga tahun 2002 apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Eksekutif. Menurut kelab, peranan beliau adalah bertanggungjawab dalam hubungan luaran, media baru, hal ehwal lembaga dan mewakili syarikat induk pada badan-badan kebangsaan dan antarabangsa.

Statistik kerjaya sunting

Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Bayern Munich 1974–75 21 5 3 1 4 0 28 6
1975–76 32 8 7 2 9 3 48 13
1976–77 31 12 5 2 6 1 42 15
1977–78 29 8 3 0 6 6 38 14
1978–79 34 14 2 0 36 14
1979–80 34 26 3 5 10 5 47 36
1980–81 34 29 3 4 8 6 45 39
1981–82 32 14 7 7 9 6 48 27
1982–83 34 20 2 0 6 1 42 21
1983–84 29 26 7 4 6 2 42 32
Jumlah 310 162 42 25 64 30 416 217
  Internazionale 1984–85 26 8 9 5 9 5 44 18
1985–86 24 13 6 2 9 3 39 18
1986–87 13 3 5 2 5 1 24 16
Jumlah 64 24 20 9 23 9 107 42
  Servette 1987–88 26 8 9 5 9 5 44 18
1988–89 24 13 6 2 9 3 39 18
Jumlah 60 34 0 0 4 0 64 34
Jumlah kerjaya 434 220 62 34 91 39 587 293

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Bayern Munich

Antarabangsa sunting

Jerman

Individu sunting

Nota sunting

  1. ^ Jerman menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti 5-4.

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Bernard Dietz
Kapten Jerman Barat
1981–1986
Diikuti oleh:
Harald Schumacher
Didahului oleh
Paul Breitner
Kapten Bayern Munich
1983–1984
Diikuti oleh:
Klaus Augenthaler