Narwastu

spesies tumbuhan

Narwastu, akar wangi atau rumput wangi, dengan nama saintifik Chrysopogon zizanioides (sin. Vetiveria zizanioides), ialah spesies rumput rumpun saka daripada keluarga Poaceae yang berasal dari India.

Narwastu
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Klad: Komelinid
Order: Poales
Keluarga: Poaceae
Subkeluarga: Panicoideae
Genus: Chrysopogon
Spesies:
C. zizanioides
Nama binomial
Chrysopogon zizanioides
Sinonim[1]
Senarai
    • Agrostis verticillata Lam. nom. illeg.
    • Anatherum muricatum (Retz.) P.Beauv.
    • Anatherum zizanioides (L.) Hitchc. & Chase
    • Andropogon aromaticus Roxb. ex Schult. nom. inval.
    • Andropogon muricatum Retz. [Spelling variant]
    • Andropogon muricatus Retz.
    • Andropogon nardus Blanco nom. illeg.
    • Andropogon odoratus Steud. nom. inval.
    • Andropogon zizanioides (L.) Urb.
    • Chamaeraphis muricata (Retz.) Merr.
    • Holcus zizanioides (L.) Stuck.
    • Oplismenus abortivus Roem. & Schult. nom. inval.
    • Phalaris zizanioides L.
    • Rhaphis muricata (Retz.) Steud. nom. inval.
    • Rhaphis zizanioides (L.) Roberty
    • Sorghum zizanioides (L.) Kuntze
    • Vetiveria arundinacea Griseb.
    • Vetiveria muricata (Retz.) Griseb.
    • Vetiveria odorata Virey
    • Vetiveria odoratissima Lem.-Lis.
    • Vetiveria zizanioides (L.) Nash

Narwastu hampir sama dengan betari tetapi berkongsi banyak ciri morfologi dengan rumput wangi lain seperti serai (Cymbopogon citratus), serai wangi (Cymbopogon nardus), dan palmarosa (Cymbopogon martinii).

Maklumat sunting

Narwastu tumbuh setinggi 150 sentimeter (5 ka) dan membesar secara melebar. Jika keadaan sesuai, kulma yang menegak dapat mencapai ketinggian 3 m.[2] Batangnya tinggi dan daunnya panjang, nipis, dan agak tegar. Bunga-bunganya berwarna ungu keperangan. Tidak seperti kebanyakan rumput, yang membentuk sistem akar bak tikar yang menyebar secara mendatar, akar narwastu tumbuh ke bawah, 2 meter (7 ka) hingga 4 meter (13 ka) dalamnya.[3]

Narwastu selalunya tumbuh secara berumpun, iaitu ia suka membiak secara berkelompok. Tunas pula tumbuh daripada perdu yang berada di bawah tanah, melindungi tumbuhan daripada ibun dan kebakaran, dan membolehkannya untuk kekal hidup setelah diragut keras. Daunnya boleh mencecah panjang 300 sentimeter (10 ka) dan 8 milimeter (0.3 in) lebar.[4] Bulirnya 15–30 cm (6–12 in) panjang dan mempunyai cabang berpusar 25–50 mm (1–2 in) panjang. Spikeletnya duduk berpasangan, dan mempunyai tiga stamen.

Batang tumbuhan ini tegak dan kaku. Ia boleh bertahan aliran air dalam. Di air jernih, tumbuhan ini boleh bertahan selama dua bulan.

Sistem akar narwastu berstruktur halus dan sangat kuat. Ia boleh tumbuh sedalam 3–4 m (10–13 ka) dalam setahun umurnya. Narwastu tidak mempunyai batang rayap mahupun rizom. Kerana semua ciri-ciri ini, pokok narwastu sangat tahan kemarau dan dapat membantu melindungi tanah daripada hakisan bambang. Sekiranya pemendapan berlaku, akar-akar baru boleh tumbuh daripada buku yang terkambus.

Penanaman sunting

Walaupun ia berasal dari India, C. zizanioides ditanam meluas di kawasan tropika.[5] Pengeluar narwastu utama termasuklah Haiti, India, Indonesia, dan Réunion.[6]

Genotip narwastu komersil yang paling lazim digunakan adalah mandul, dan oleh kerana narwastu membiak sendiri dengan anak kecil dan bukan batang rayap, genotip ini tidak invasif dan mudah dikendalikan dengan membuang anaknya di luar kawasan penanaman. Walau bagaimanapun, penjagaan mesti diambil, kerana genotip narwastu subur telah kini menjadi invasif.[7]

Hampir kesemua narwastu di dunia dibiak secara tampang, biokejuruteraan telah menunjukkan kultigen mereka sebagai tidak subur dengan menggunakan pemprofilan DNA. Di Amerika Syarikat, kultivarnya dinamakan 'Sunshine', sempena bandar Sunshine, Louisiana.[8]

Kegunaan sunting

Narwastu digunakan untuk pelbagai tujuan. Tumbuban ini dapat membantu menstabilkan tanah dan melindunginya daripada hakisan, tetapi ia juga boleh melindungi ladang daripada perosak dan rumpai. Narwastu mempunyai ciri-ciri yang bagus sebagai makanan ternakan. Daripada akarnya, minyak diekstrak dan digunakan untuk kosmetik, aromaterapi, penjagaan kulit herba dan sabun perubatan ayurveda. Sifatnya yang berserat membolehkannya digunakan untuk kraf tangan, tali dan banyak lagi.[9]

Catatan sunting

Veldkamp, J. F. (1999). "A revision of Chrysopogon Trin., including Vetiveria Bory (Poaceae) in Thailand and Malesia with notes on some other species from Africa and Australia". Austrobaileya. 5: 522–523.

Rujukan sunting

  1. ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species". Dicapai pada Mei 8, 2014.
  2. ^ Vetiver Grass: A Thin Green Line Against Erosion. National Academies Press. 1993. doi:10.17226/2077. ISBN 978-0-309-04269-7. Dicapai pada 2017-12-15.
  3. ^ P. Truong; T. Tan Van; E. Pinners (2008). Vetiver Systems Application, Technical Reference Manual. The Vetiver Network International. m/s. 89.
  4. ^ James A. Duke; Judith L duCellier. CRC Handbook of alternative cash crops.
  5. ^ "Chrysopogon zizanioides (vetiver)". www.cabi.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-02.
  6. ^ Burger, Pauline; Landreau, Anne; Watson, Marie; Janci, Laurent; Cassisa, Viviane; Kempf, Marie; Azoulay, Stéphane; Fernandez, Xavier (2017-06-16). "Vetiver Essential Oil in Cosmetics: What Is New?". Medicines. 4 (2): 41. doi:10.3390/medicines4020041. ISSN 2305-6320. PMC 5590077. PMID 28930256.
  7. ^ "'SUNSHINE' VETIVERGRASS Chrysopogon zizanioides (L.) Roberty" (PDF). National Resource Conservation Service. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada October 25, 2017. Dicapai pada March 3, 2018.
  8. ^ Adams, R. P.; Turuspekov, M. Zhong† Y.; Dafforn, M. R.; Veldkamp, J. F. (1998). "DNA fingerprinting reveals clonal nature of Vetiveria zizanioides (L.) Nash, Gramineae and sources of potential new germplasm" (PDF). Molecular Ecology. 7 (7): 813–818. doi:10.1046/j.1365-294x.1998.00394.x. S2CID 84983364. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-21. Dicapai pada 2011-05-19.
  9. ^ "Vetiver | Vetiver Solutions | Fighting Poverty and Malnutrition in Haiti". Vetiver Solutions (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-04.