Buka menu utama

Kinixys ialah genus kura-kura dalam keluarga Testudinidae. Spesies-spesies dari genus Kinixys berasal dari benua Afrika dan biasanya dikenali sebagai Kura-kura Punggung-engsel.[1]

Kinixys
Kinixys belliana nogueyi 1 by diotime.jpg
Kinixys belliana
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Kriptodira
Keluarga: Testudinidae
Genus: Kinixys
Bell, 1827

Kebanyakan spesies Kinixys adalah maun. Makanan utamanya ialah seperti, rumput, akar, bunga, daun dan buah-buahan. Bagaimanapun, mereka juga makan ulat, cacing, serangga dan pelbagai haiwan kecil lain seperti invertebrata.[2][3]

SpesiesSunting

Taburan dan HabitatSunting

Beberapa spesies dari genus Kinixys boleh dijumpai sepanjang kawasan tropika dan sub-tropika di benua Afrika, sehingga selatan KwaZulu-Natal di Afrika Selatan, dan ke utara sehingga Sahel dan Sahara. Bagaimanapun, ia jarang dijumpai dan sesetengah spesies dianggap terancam.

Spesies yang berlainan juga mendiami habitat yang berbeza. Sesetengah spesies seperti K. belliana memilih kawasan savannah atau padang rumput manakala yang lainnya seperti K. homeana memilih kawasan hutan hujan sebagai habitat.

ParasitSunting

Kinixys menjadi perumah pelbagai jenis parasit seperti ektoparasit (luaran) dan endoparasit (dalaman). Satu kaji selidik yang dilakukan oleh (Alan Probert & Clive Humphreys) tehadap beberapa spesies yang dibela seperti K. spekii dan K. belliana (kebanyakannya K. spekii ) di Zimbabwe menunjukkan bahawa terdapat parasit yang diketahui menjangkiti spesies ini, dan ini telah disahkan oleh pelbagai pihak. Bagaimanapun, terdapat sesetengah spesies baru seperti cacing gelang telah dijumpai pada kura-kura Kinixys dan ia masih dikaji.


RujukanSunting

Pautan luarSunting

Bacaan lanjutSunting

  • Bell T (1827). "On two new Genera of Land Tortoises". The Transactions of the Linnean Society of London 15: 392-401. (Kinixys, new genus, p. 398). (in English and Latin).