Kolonel (Amerika Syarikat)

Kolonel (/ˈkɜːrnəl/) di dalam Tentera Darat AS, Kor Marin AS, Tentera Udara AS dan Tentera Angkasa Amerika Syarikat, ialah pangkat pegawai medan paling kanan, berada di atas pangkat leftenan kolonel dan hanya di bawah pangkat brigedier jeneral. Kolonel setaraf dengan pangkat kepten tentera laut dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat yang lain.[note 1] Mengikut undang-undang, seorang pegawai sebelum ini memerlukan sekurang-kurangnya 22 tahun perkhidmatan terkumpul dan sekurang-kurangnya memerlukan tiga tahun sebagai leftenan kolonel sebelum dinaikkan pangkat ke kolonel.[1] Dengan termeterainya National Defense Authorization Act 2019 (NDAA 2019), perkhidmatan tentera kini mempunyai kuasa untuk mentauliahkan para pegawai baru terus ke pangkat colonel.[2] Gred gaji bagi colonel ialah O-6.

Kolonel
Colonel

Insignia Helang Kolonel. Gaya dan kaedah pemakaian mungkin berbeza antara pakaian seragam yang berbeza dan cabang perkhidmatan yang berlainan.


Shoulder board Kolonel

Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan Tentera Darat
Kor Marin
Tentera Udara
Tentera Angkasa
Singkatan COL (Army)
Col (Marine Corps, Air Force dan Space Force)
Kumpulan pangkat Pegawai medan
Kod
NATO
OF-5
Pangkat tinggi seterusnya Brigedier Jeneral
Pangkat rendah seterusnya Leftenan Kolonel
Persamaan pangkat
Insignia gelap seperti yang dipakai pada Uniform Utiliti Kombat USMC dan sebelum ini dipakai pada Uniform Penyamaran Gurun dan Uniform Tempur.

Apabila dipakai bersendirian, tanda pangkat yang terlihat sebelah kanan dipakai bertumpu pada topi dan uniform. Apabila dipakai secara berpasangan, tanda pangkat dipakai pada sebelah kiri pegawai manakala versi terbalik imej cermin dipakai pada sebelah kanan, supaya kedua-dua kepala helang menghadap ke depan, ke hadapan si pemakai.

Insignia sunting

 
Kolonel Jeanette I. Sustad selaku Pengarah Marin Wanita (kelihatan tanda helang kolonel di epauletnya)

Tanda pangkat bagi colonel ialah helang perak yang merupakan representasi bergaya sang helang mendominasi Mohor Besar Amerika Syarikat (iaitu jata negara Amerika Syarikat). Pada Mohor Besar, sang helang memakai perisai A.S. di dadanya dan mencengkam dahan zaitun dan seikat anak panah pada kedua-dua cakarnya. Bagaimanapun, dalam mencantikkan imej Mohor Besar, sang helang dilihat menggigit skrol pada paruhnya dan lencana roset di atas kepalanya. Pada Mohor Besar, dahan zaitun dicengkam pada cakar kanan sang helang, manakala seikat anak panah dicengkam pada cakar kirinya. Kepala helang memandang ke arah dahan zaitun, dan bukannya pada anak panah, lebih menganjur perdamaian daripada peperangan. Hasilnya, kepala sang helang sentiasa menoleh ke arah kiri. Sesetengah helang colonel dari tahun 1920an hingga 1950an memandang anak panah.[3] Saiz penuh helang colonel ialah 3/4 inci tinggi dan ​1 12 inci diameter dari hujung setiap kepak.[4]

Lihat juga sunting

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Air Force Colonel". www.military-ranks.org. Dicapai pada 12 September 2017.
  2. ^ "Direct Commissioning". army.mil. Dicapai pada 11 October 2020.
  3. ^ "Officer Rank Insignia". dodfire.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 July 2002. Dicapai pada 15 May 2022.
  4. ^ "ASSIST-QuickSearch Document Details". quicksearch.dla.mil. Dicapai pada 1 October 2023.

Pautan luar sunting