Kompang

alat muzik tradisi bangsa Jawa berasal daripada pulau Jawa, popular di negeri Selangor dan Johor

Kompang (Jawi: کومڤڠ) ialah sejenis alat muzik tradisional berupa gegendang bagi masyarakat Melayu dalam kepulauan Nusantara. Selain itu, kompang juga kadangkala digunakan oleh suku Bajau di pesisir Sabah, Malaysia, meskipun tidak termasuk dalam tradisi asli mereka.[1][2] Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.

Kompang
Alat perkusi
PengelasanDram bingkai
Pengelasan Hornbostel-Sachs211.311
(Membranofon pukulan terus)
Gambar belakang bahagian kompang. Kelihatan gelung plastik tebal yang digunakan bagi menala bunyi kompang dengan menyelit antara bingkai dan kulit penutup. Pada waktu dahulu, rotan digunakan.

Asal sunting

Alat muzik ini berasal dari dunia lain dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama orang Jawa bahagian Ponorogo , alat musik kompang masuk di tanah melayu tepatnya Selangor di bawa oleh rombongan keluarga ulama besar Dato Khasan Besari dari pesantren Tegalsari di Ponorogo, pulau Jawa yang merupakan cikal bakal dari pesantren Gontor pada saat ini. Rombongan dari Jawa membawa alat muzik Kompang bermaksud memeriahkan pernikahan puteranya dato Zainal Abidin yang hendak menikah dengan puteri raja Selangor.[3] maka dari itu lebih disebut dengan Kompang Jawa.

Struktur sunting

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil "sedak" iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Bunyi dan penggunaan sunting

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.[4]

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.[1]

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

  • Paluan tradisi, paluan di mana memukul kompang sambil menyanyi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik,
  • paluan moden, di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian.

Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Jenis sunting

Kompang Bengkalis Riau sunting

Kompang Bengkalis Riau merupakan salah satu tradisi muzik yang menggunakan kompang sebagai medium penjanaan bunyi muzik. Kompang Bengkalis Riau dipercayai berasal dari Kampung Jawa, Muar, Johor, Malaysia. Jenis kompang ini telah berkembang sejak tahun 40-an lalu di bumi Bengkalis, Riau, Indonesia apabila seorang tokoh muzik yang bernama Pak Maun yang pulang dari Muar, Johor ke Bengkalis. Pak Maun lalu dikatakan mengajar alunan muzik kompang kepada abangnya iaitu Muhammad Ali. Apabila ilmu ini diperturunkan ke Muhammad Ali, Pak Maun telah berpindah ke daerah Bantan Tua, iaitu sebuah kampung dipanggil Resam. Bermula dari situ, permainan alat muzik Kompang Bengkalis Riau mula berkembang secara aktif.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Kompang". Perpustakaan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2008.
  2. ^ Maximus J. Ongkili, Jeffrey G. Kitingan (1989). Sabah 25 years later, 1963-1988 (dalam bahasa Inggeris). Institute for Development Studies (Sabah). m/s. 364. ISBN 9679910059.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  3. ^ Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
  4. ^ "Analysis of Sound Produced by a Traditional Malay Musical Instrument "Kompang"". Applied Mechanics and Materials (dalam bahasa Inggeris). 773: 53–57. 2015. doi:10.4028/www.scientific.net/AMM.773-774.53 – melalui Scientific.net.
  5. ^ Youtube - Dokumentari Kompang Bengkalis Riau - Seni Musik Tradisional

Lihat juga sunting

Bacaan lanjut sunting