Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat 2024
Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat 2024 (bahasa Inggeris: 2024 Democratic National Convention) ialah konvensyen pencalonan Presiden di mana perwakilan Parti Demokrat akan mengundi di platform parti dan secara rasmi melaporkan undi mereka untuk mencalonkan Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Presiden dan mengesahkan pemilihan Gabenor Tim Walz dari Minnesota sebagai calon Naib Presiden pada pilihan raya presiden 2024. Konvensyen ini dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 22 Ogos 2024, di United Center, Chicago, Illinois. Perwakilan Parti Demokrat mencalonkan Harris sebagai calon Presiden melalui pengundian dalam talian dan telefon yang berlangsung dari 1 hingga 5 Ogos. Harris ialah wanita India pertama dan orang Asia Selatan pertama yang menjadi calon Presiden bagi parti politik utama di Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan calon Presiden bagi Parti Demokrat yang pertama berasal dari Barat Amerika Syarikat.
Konvensyen | |
---|---|
Tarikh | 19–22 Ogos 2024[1] |
Bandar | Chicago, Illinois |
Lokasi | United Center[1] |
Pengerusi | Minyon Moore[2] |
Penceramah terkenal | Joe Biden Jill Biden Andy Beshear Pete Buttigieg Bill Clinton Hillary Clinton Doug Emhoff Kathy Hochul Barack Obama Michelle Obama Alexandria Ocasio-Cortez Hakeem Jeffries Nancy Pelosi Bernie Sanders Chuck Schumer Raphael Warnock |
Calon-calon | |
Calon Presiden | Kamala Harris dari California |
Calon Naib Presiden | Tim Walz dari Minnesota |
Pengundian | |
Jumlah perwakilan | 3,949 terikat 747 tidak terikat[a] |
Bilangan undi yang diperlukan untuk pencalonan | 1,975 (daripada perwakilan yang terikat sahaja) |
Keputusan (Presiden) |
|
Keputusan (Naib Presiden) | Tim Walz (MN): Secara lisan |
Kertas undi | 1 |
Sebelum ini, pada 12 Mac, penyandang Presiden, Joe Biden, telah pun diandaikan sebagai calon Presiden semasa pemilihan parti. Konflik dengan tarikh akhir undi menyebabkan Jawatankuasa Kebangsaan Parti Demokrat mengundi pada 20 Jun untuk membenarkan undian pencalonan awal dalam talian. Berikutan prestasi buruk beliau ketika sesi debat pada 27 Jun dan keputusan Biden pada 21 Julai untuk menarik balik pencalonannya, beliau menyokong Harris. Ahli-ahli Parti Demokrat lain yang berpotensi menjadi calon Presiden juga menyokong Harris. Oleh itu, beliau memperoleh cukup perwakilan konvensyen untuk menjadi calon andaian baharu pada keesokan harinya. Harris ialah satu-satunya calon yang mempunyai sokongan perwakilan yang cukup untuk berada dalam pengundian. The New York Times menggambarkan keadaan tersebut sebagai luar biasa yang membawa kepada pelancaran kempen Harris yang begitu berbeza berbanding kempen-kempen pilihan raya sebelum ini.
Pemilihan lokasi
suntingMaklumat awal
suntingPada tahun 2020, Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat telah dikecilkan dari segi skalanya kerana pandemik COVID-19. Konvensyen itu telah diadakan di pelbagai lokasi di seluruh Amerika Syarikat, dengan Milwaukee, Wisconsin, sebagai bandar utama tuan rumah. Konvensyen itu juga telah diadakan secara maya. Segelintir penduduk Milwaukee berharap bandar raya itu dapat menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat 2024 sebagai "ganti".[4][5][6] Terdapat spekulasi bahawa Milwaukee mungkin menjadi calon utama jika ia meneruskan konvensyen itu.[7] Datuk Bandar Milwaukee, Tom Barrett, terbuka untuk menjadi tuan rumah sama ada Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat atau Parti Republikan pada 2024.[8]
Pada musim panas 2021, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Parti Demokrat, Jaime Harrison, telah menghantar surat kepada lebih 20 bandar yang menjemput mereka untuk membida menjadi tuan rumah Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat 2024.[9]
Sejak sekurang-kurangnya 2019, para pegawai di Columbus, Ohio, telah berbincang untuk cuba mendapatkan konvensyen Parti Demokrat atau Parti Republikan pada 2024.[10]
Selepas menjadi salah satu daripada kira-kira 20 bandar yang dijemput Harrison untuk membida, Barrett menulis surat kepada Harrison yang menunjukkan minat bandar itu untuk menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat 2024.[11][12] Milwaukee turut membida untuk menjadi tuan rumah Konvensyen Kebangsaan Parti Republikan 2024.[13]
Nashville, Tennessee, juga membida penganjuran konvensyen Parti Demokrat 2024. Nashville turut membida konvensyen Parti Republikan.[13]
Orang atasan Parti Demokrat dari Illinois, termasuk Gabenor J. B. Pritzker, Senator Tammy Duckworth, dan Datuk Bandar Lori Lightfoot, bekerja keras untuk menjadi tuan rumah Konvensyen Parti Demokrat di Chicago.[14] Chicago telah menjadi tuan rumah konvensyen pencalonan Presiden bagi parti utama yang paling banyak di mana-mana bandar. Chicago telah mengadakan 14 konvensyen Parti Republikan dan 11 konvensyen Parti Demokrat. Konvensyen Parti Demokrat pada 1968 ditandai dengan keganasan antara penunjuk perasaan anti perang dengan Jabatan Polis Chicago. Kali terakhir konvensyen Parti Demokrat diadakan di Chicago adalah pada 1996, yang menyaksikan penamaan semula Bill Clinton dan Al Gore.[15] Pada 3 Mei 2022, Chicago melancarkan laman web untuk mempromosikan bandar itu sebagai tuan rumah yang berpotensi.[16] Antara lokasi penganjuran yang disebut-sebut di Chicago ialah United Center, Wintrust Arena, dan Navy Pier.[17]
Pada Mei 2022, Atlanta dan Bandar Raya New York turut mengumumkan bidaan untuk konvensyen Parti Demokrat 2024.[18][19] Bandar Raya New York tidak dijangka membida konvensyen itu.[20]
Proses bidaan rasmi
suntingAtlanta, Chicago, Houston, dan Bandar Raya New York menyerahkan bidaan pada tarikh akhir 28 Mei 2022.[20] Pada Januari 2023, pegawai Jawatankuasa Kebangsaan Parti Demokrat mengesahkan bahawa bandar raya finalis ialah Atlanta, Chicago, dan Bandar Raya New York. Houston tidak lagi dipertimbangkan.[21]
Pada awal bidaan Chicago, United Center dicadangkan sebagai lokasi utama, dengan McCormick Place dicadangkan untuk perniagaan konvensyen menengah. Museum Campus, Navy Pier, dan Wintrust Arena turut dipertimbangkan untuk aktiviti konvensyen menengah tambahan di Chicago.[20][22][23] Bidaan Chicago itu disokong kuat oleh Gabenor Illinois, J. B. Pritzker, dan Datuk Bandar Chicago, Lori Lightfoot. Mereka menyerlahkan lapangan terbang besar di Chicago, tarikan kebudayaan, dan lokasi pusat tempat konvensyen serta hotel. Mereka berhujah bahawa lokasi Chicago di barat tengah Amerika Syarikat adalah strategik kerana kepentingan negeri "Tembok Biru" berdekatan seperti Wisconsin dan Michigan.[24] Pemimpin Parti Demokrat di negeri barat tengah lain turut menyokong usaha Chicago.[25] Hotel-hotel di Chicago, yang umumnya menggaji pekerja-pekerja kesatuan sekerja, merupakan satu lagi titik penekanan.[24] Gabenor Pritzker, seorang bilionair yang banyak menyumbang kepada usaha mengumpul dana, berjanji bahawa Parti Demokrat tidak akan menanggung kerugian kewangan daripada konvensyen itu.[24][26] Baki calon dalam pilihan raya Datuk Bandar Chicago 2023, Brandon Johnson dan Paul Vallas, menjanjikan sokongan untuk bidaan konvensyen di Chicago.[27] Kemenangan Johnson ke atas Vallas yang lebih konservatif dipercayai telah meningkatkan peluang Chicago.[28]
Penyokong bidaan Atlanta berhujah bahawa menganjurkan konvensyen parti di bandar mereka boleh membantu Parti Demokrat meraih keuntungan politik di Selatan Amerika Syarikat.[29] Mereka menyerlahkan sejarah aktivisme hak sivil Atlanta dan kemunculan Georgia sebagai negeri penentu yang penting dalam pilihan raya presiden 2020 dan pilihan raya Senat Amerika Syarikat. Bagaimanapun, penyokong bidaan Chicago dan New York mengkritik kekurangan hotel bersekutu di Georgia dan undang-undang "Hak untuk Bekerja" negeri yang mereka lihat bercanggah dengan pakatan parti dengan buruh terancang.[24]
Pada 11 April 2023, Chicago telah dipilih sebagai lokasi Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat 2024. United Center akan menjadi lokasi utama, dengan McCormick Place digunakan untuk pelbagai aktiviti konvensyen awal sebagai kemudahan sekunder.[24] Chicago dan Milwaukee, bandar tuan rumah Konvensyen Parti Republikan yang dipilih sebelum ini, terletak kira-kira 90 batu dari pantai Tasik Michigan. Peristiwa ini mencatatkan sejarah kerana inilah lokasi konvensyen parti yang paling dekat sejak 1972, apabila kedua-dua konvensyen parti berkongsi bandar tuan rumah.[30] Illinois dianggap sebagai negeri kubu kuat Parti Demokrat.[31] Tiada pihak yang memilih untuk mengadakan konvensyen mereka di negeri yang tidak berubah parti sejak pilihan raya 2004, walaupun Chicago berada dalam jarak beberapa jam dari negeri-negeri penentu seperti Wisconsin dan Michigan.[32]
Catatan
sunting- ^ Dalam konteks ini, "terikat" bermaksud "berikrar" atau "terikat dengan komitmen" yang merujuk kepada perwakilan yang telah berjanji untuk menyokong calon tertentu dan mesti mengundi mengikut janji tersebut. Perwakilan yang tidak terikat dibenarkan mengundi pada undian pertama di konvensyen, memandangkan Harris telah memperoleh sokongan yang disahkan daripada majoriti perwakilan yang terikat.[3]
Rujukan
sunting- ^ a b "2024 DNC in Chicago: When is it, how to attend, how delegates work and more". WMAQ-TV. July 22, 2024. Dicapai pada August 15, 2024.
- ^ Korecki, Natasha (August 8, 2023). "DNC names leadership posts for 2024 presidential convention in Chicago". NBC News (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaaug2cbs
- ^ Calvi, Jason (August 6, 2020). "In light of DNC changes, some ponder Milwaukee hosting 2024 convention". WITI. Dicapai pada August 9, 2020.
- ^ Jannene, Jeramey (May 25, 2020). "Will Milwaukee Get DNC in 2024?". Urban Milwaukee (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 9, 2020.
- ^ Jacobo, Victor (August 6, 2020). "With 2020 DNC nearly gone, calls grow for a bid to host in 2024". WDJT-TV (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 9, 2020.
- ^ Schmidt, Mitchell (August 15, 2020). "Democrats adapt to the downsized Milwaukee Democratic National Convention". madison.com (dalam bahasa Inggeris). Wisconsin State Journal. Dicapai pada August 15, 2020.
- ^ Calvi, Jason (April 23, 2021). "Could Milwaukee host 2024 DNC? 1-on-1 with committee chair". WITI. Dicapai pada April 25, 2021.
- ^ Mucha, Sarah (July 30, 2021). "First look: DNC kicks off host city competition for 2024 convention". Axios. Dicapai pada October 13, 2021.
- ^ Colombo, Hayleigh (November 13, 2019). "Should Columbus bid to host the DNC or RNC in 2024? Tourism leaders say it's a question of ROI". Columbus Business First. Dicapai pada August 9, 2020.
- ^ Hess, Corrinne (September 28, 2021). "Milwaukee To DNC: We're Ready To Host In 2024". Wisconsin Public Radio (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada October 13, 2021.
- ^ Vetterkind, Riley (August 2, 2021). "Milwaukee one of 20 cities invited to consider hosting 2024 Democratic National Convention". Madison.com (dalam bahasa Inggeris). Wisconsin State Journal. Dicapai pada October 13, 2021.
- ^ a b Petre, Linda (January 11, 2022). "Search for 2024 convention sites ramps up in both parties". The Hill (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 23, 2022.
- ^ "Pritzker, Lightfoot, Duckworth working on pitch for 2024 Democratic National Convention to be held in Chicago". Chicago Sun-Times (dalam bahasa Inggeris). March 31, 2022. Dicapai pada March 31, 2022.
- ^ "Political Conventions". www.encyclopedia.chicagohistory.org. Dicapai pada March 31, 2022.
- ^ "Chicago Unveils Bid to Host 2024 Democratic National Convention". WTTW News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada May 10, 2022.
- ^ "Where Could the 2024 Democratic National Convention Be Held If It Came to Chicago? Lightfoot Weighs in". NBC Chicago. March 31, 2022. Dicapai pada May 21, 2022.
- ^ Amy, Jeff (May 14, 2022). "Atlanta will bid for 2024 Democratic nominating convention". ABC News (dalam bahasa Inggeris). The Associated Press. Dicapai pada May 30, 2022.
- ^ Durkin, Erin; Gronewold, Anna; Garcia, Deanna (May 27, 2022). "New York City throws in for DNC". Politico (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada May 30, 2022.
- ^ a b c Sweet, Lynn (May 28, 2022). "New York jumps in race to host 2024 Democratic National Convention: Big competition for Chicago". Chicago Sun-Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada May 30, 2022.
- ^ Glueck, Katie; King, Maya (January 27, 2023). "'Does This City Fit Who We Are as a Party?' Mayors Jockey for 2024 D.N.C." The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada January 30, 2023.
- ^ Sweet, Lynn; Sfondeles, Tina (May 3, 2022). "Exclusive details on Chicago's bid for 2024 Democratic convention: Bid due May 27". Chicago Sun-Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada July 19, 2022.
- ^ Sweet, Lynn (July 19, 2022). "Democratic 2024 convention site team visits Chicago next week; Republicans poised to pick Milwaukee". Chicago Sun-Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 30, 2023.
- ^ a b c d e Sweet, Lynn (April 11, 2023). "Chicago to host 2024 Democratic National Convention". Chicago Sun-Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 11, 2023.
- ^ Sforza, Lauren (March 22, 2023). "Midwest Democrats push for 2024 convention in Chicago". The Hill. Dicapai pada April 14, 2023.
- ^ Kapos, Shia (March 13, 2023). "Pritzker, allies to DNC: We'll cover the bill — if Chicago gets the '24 convention". Politico (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 11, 2023.
- ^ Sweet, Lynn (March 3, 2023). "Chicago mayor rivals Paul Vallas, Brandon Johnson pledge support for city's 2024 Democratic convention bid". Chicago Sun-Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 11, 2023.
- ^ Burnett, Will Weissert and Sara (April 12, 2023). "Dem, GOP convention picks show Midwest's political influence". The Detroit News. Dicapai pada April 15, 2023.
- ^ "A Midwest Rivalry: Chicago to host 2024 DNC in political competition of Milwaukee's 2024 RNC". Milwaukee Independent. The Associated Press. April 12, 2023. Dicapai pada April 15, 2023.
- ^ Wise, David (April 11, 2023). "Chicago selected to host 2024 Democratic National Convention". WisPolitics. Dicapai pada April 15, 2023.
- ^ "Dems select Chicago for 2024 convention". PBS NewsHour (dalam bahasa Inggeris). April 11, 2023. Dicapai pada April 15, 2023.
- ^ Petre, Linda (January 11, 2022). "Search for 2024 convention sites ramps up in both parties". The Hill. Dicapai pada February 23, 2022.