Lagu Misha Omar di Akademi Fantasia

Saban musim lagu nyanyian asal Misha Omar diberikan sebagai tugasan kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia. Sejak musim pertama kebanyakkan lagu-lagu Misha menghantui para pelajar kerana kesukaran untuk membawakan lagu-lagu tersebut tanpa ada sebarang pengaruh Misha yang sangat kuat identitinya.

Ketika minggu ke 9 Akademi Fantasia 2 Misha dijemput sebagai pengkritik jemputan sekaligus menjadikan beliau sebagai pengkritik paling muda yang pernah diundang Akademi Fantasia (22 tahun).

Setakat ini belum ada peserta AF yang mendapat 100% kritikan positif apabila mendendangkan lagu-lagu Misha. Berikut adalah senarai peserta AF yang pernah mendapat lagu-lagu Misha. 19 peserta pernah menyanyikan 11 lagu Misha dan yang menariknya 14 daripada mereka bergelar finalis AF.

Lagu-lagu Misha sebagai tugasan di Akademi Fantasia
Musim Peserta Lagu Minggu Persembahan Nota
AF1 (2003) Nana (Nurul Hana Che Mahazan) Halaman Cinta 5
  • Nana menghabiskan lagu ini dengan tangisan kerana gagal menyampaikan dengan baik selain diganggu hurungan lalat ketika menyanyi.
  • Kudsia Kahar, Azwan Ali & Siti Nurhaliza sekadar memberi kritikan sederhana terhadap persembahan Nana.
Liza (Nurlizawaty Mohd Ismail) Bunga-bunga Cinta 7
  • Liza merupakan finalis AF1.
AF2 (2004) Linda Nanuwil Semoga Abadi 2
  • Linda menyanyi sambil diserikan dengan buih sabun.
  • Pengkritik undangan, Yusof Haslam memberikan gelaran Pesona Bintang kepada Linda manakala Farihin Abdul Fatah menyelar masalah low note Linda yang merosakkan lagu ini.
  • Linda tersingkir minggu ke 8 dan diserapkan semula ketika final.
Zarina Zainoordin Pulangkan 5
  • Zarina menyanyi bersama Sahri AF1 untuk lagu ini.
  • Andy (Flop Poppy) mengkritik nyanyian sengau Zarina, manakala Shuhaimi Baba yang juga penulis lirik lagu ini memberi komen sederhana.
AF3 (2005) Idayu (Nur Farah Idayu) Tiada Lagi Tangisan 4
  • Persembahan mendapat pujian pengkritik, namun Idayu tersingkir.
  • Penyanyi Aishah hadir memberi sokongan, biarpun beliau merupakan penyanyi semula lagu ini.
Marsha (Marsha Milan Londoh) Destiny 6
  • Marsha mempersembahkan lagu ini dengan iringan piano yang dimainkannya sendiri
  • Pengkritik Adlin Aman Ramli 'menobatkan' Marsha sebagai 'juara'.
Akma (Asiahtunakma Abdullah) Hati Keliru 6
  • Akma menambah bahagian rap yang dinyanyikan seorang lagi peserta, Aidil.
  • Pengkritik Iman Wan dan Sharifah Aini memberi komen membina.
Amylea Azizan & Marsha Londoh Bunga-bunga Cinta secara medley bersama 3 lagu lain. 9
  • Minggu terakhir sebelum final dimana lagu BBC diletakkan dalam medley lagu-lagu ciptaan Adnan Abu Hassan selain Jerat Percintaan, Gubahan Rindu Puisi Syahdu, & Tangisan Dalam Kerinduan.
  • Amylea & Marsha mendapat komen sederhana daripada Suraya Alatas & Vince Chong.
  • Kedua-dua peserta ini mara ke final.
AF4 (2006) Farhan Azizan Tak Ingin Lagi 4
  • Noraniza Idris memperbetulkan beberapa patah nyanyian Farhan manakala Harun Salim Bachik berpuas hati.
  • Farhan mara ke final AF4
AF5 (2007) Heliza Helmi Nafas Cahaya 6
  • Fauziah Ahmad Daud, Hattan, Fauziah Latiff dan Kudsia Kahar menyifatkan nyanyian Heliza mirip Siti Nurhaliza serta kepayahan membawa lagu ini.
  • Fauziah Latiff mengkritik nada suara Heliza yang sedikit mendatar.
  • Heliza mara ke final AF5.
Candy (Candra Clement) Dedebu Cinta 10 (Final)
  • Semua pengkritik sekadar berpuas hati dengan persembahan vokal Candy.
  • Candy merupakan peserta pertama menyanyikan lagu Misha di final AF.
AF6 (2008) Mama Rina (Harina Abdul Halim) Ku Seru 2
  • Aidit Alfian menyifatkan nyanyian Mama Rina sekadar cukup makan.
Top 6 (Nadia, Nubhan, Stacy, Stanley, Toi & Riz) Sembunyi 8
  • Pengkritik sekadar berpuas hati.
  • Semua mara ke final AF6 kecuali Stanley.
AF7 (2009) Isma (Ismaliza Ismail) Cinta Adam dan Hawa 10 (Final)
  • Edrie Hashim, Khatijah Ibrahim & Hattan menyifatkan suara Isma tidak kena dengan lagu yang sukar ini.
  • Isma peserta AF yang kedua membawakan lagu Misha di final.
  • Misha melawat Isma di akademi pada minggu terakhir untuk memberi tunjuk ajar dan semangat.
AF8 (2010) Ema (Erma Suhaimi) Tiada Lagi Tangisan 0 (Tirai)
  • Tiada komen daripada pengkritik kerana ia persembahan pembukaan.
AF10 (2013) Irmisa (Irmiza Binti Sahabuddin & Irsa Binti Sahabuddin) Angin Syurga 4
  • Edry menyifatkan nyanyian duo ini kelaut
  • Sharifah Amani tidak faham alur lagu ini kerana nyanyian mereka berkecamuk.
  • Roslan Aziz menyifatkan lagu ini menjadi tidak tentu hala.
  • Disifatkan persembahan lagu Misha Omar yang terburuk sejak "Halaman Cinta" oleh Nana Mahazan.