Lee Boon Chye
Dato' Dr. Lee Boon Chye merupakan bekas Timbalan Menteri Kesihatan dan bekas Ahli Parlimen Gopeng, Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga merupakan seorang doktor pakar jantung di Ipoh Specialist Hospital.[2]
Dato' Dr. Lee Boon Chye DPMP (Perak) | |
---|---|
![]() | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P71 Gopeng, Perak | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Tan Kar Hing |
Majoriti | 29,778 (PRU14) |
Ketua PKR Cabang Gopeng | |
Memegang jawatan 2022 | |
Timbalan Menteri Kesihatan | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | 1. Dr. Noor Azmi Ghazali 2. Aaron Ago Dagang |
Butiran peribadi | |
Lahir | 26 September 1959 (58 tahun)![]() |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Lo Lee Hong[1] |
Kediaman | ![]() |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Profesion | Doktor Pakar Jantung |
Kerjaya sunting
- Doktor Pakar Jantung
- Ahli politik
Jawatan dalam parti sunting
- Jurucakap Kesihatan Parlimen Parti Keadilan Rakyat
- Jawatankuasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat
Jawatan dalam kerajaan sunting
- Timbalan Menteri Kesihatan (2018-2020)
- Ahli Parlimen Gopeng
Anugerah sunting
- Perak Darul Ridzuan :
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato (2023)
Politik sunting
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, pada mulanya Parti Keadilan Nasional ingin menghantarnya bertanding di kawasan Ipoh Timur yang juga diingini oleh Lim Kit Siang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), mencabar Thong Fah Chong dari BN-MCA yang mempertahankan kerusinya. Namun tindakan ini dijangka hanya memisahkan "undi pembangkang" daripada Lim dan mungkin menguntungkan Thong. Oleh itu, walaupun ketika itu DAP sudah keluar dari Barisan Alternatif (BA) (KeADILan merupakan sebuah parti komponen BA ketika itu), namun kedua-dua parti ini cuba berunding atas kerusi yang ditandingi di negeri Perak, akhirnya mereka bersetuju bahawa hanya Lim Kit Siang dari DAP akan mencabar calon BN di Ipoh Timur, manakala Lee Boon Chye dialihkan ke kawasan Gopeng untuk mencabar Tan Sri Dr. Ting Chew Peh dari BN-MCA. Akhirnya, Lee kalah kepada Ting dengan hanya memperolehi 15,530 undi berbanding lawannya mendapat 30,312 undi. Majoriti bagi kerusi Gopeng pada masa itu ialah 14,782 undi.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Ling Hee Leong dengan majoriti sebanyak 7,368 undi. Beliau memperolehi 29,696 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 22,328 undi.[3]
Pusat Khidmat Parlimen Gopeng sunting
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gopeng dan ADUN Teja
93, Jalan Tasik, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Negeri Perak.
Tel: +605-359 1766
Pautan luar sunting
Rujukan sunting
- ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-09-01.
- ^ Doktor merangkap ahli politik
- ^ "Parlimen Gopeng". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-09. Dicapai pada 2018-08-09.