Lotter P.Edwin Edin

Penyanyi lelaki Malaysia
(Dilencongkan dari Lotter)

Lotter P.Edwin Edin atau lebih dikenali sebagai Lotter (lahir 30 April 1986) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Membakut, Sabah.

Lotter P.Edwin Edin
Nama lahirLotter P.Edwin Edin
Juga dikenali sebagai
Lotter
Kelahiran (1982-04-30) 30 April 1982 (umur 39)
Membakut, Sabah
Berasal dari Malaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Akademi Fantasia musim keempat

Penyanyi kegemarannya ialah Kurt Cobain dan Amy Search. Pelakon kegemarannya pula ialah Fahrin Ahmad, Rosyam Nor, Maya Karin, dan Umie Aida. Anak jati dari Membakut ini turut menyukai muzik rock alternatif.

Lotter dengan 3 adiknya telah menubuhkan sebuah kugiran bernama 'The Divine Masters' pada 2008. Single pertama kumpulan ini berjudul 'Di Sampingmu'.[1]

Biodata DiriSunting

Makanan Kegemaran : Nasi ayam
Minuman Kegemaran : Nescafe ais
Filem Kegemaran : Seniman Bujang Lapok
Lagu Kegemaran  : More Than Words

Kereta Kegemaran  : Ferrari

Jenama Telefon Kegemaran  : Samsung, Apple, Lenovo dan Huawei
Hobi : Bermain alat muzik
Zodiak : Taurus
Tinggi : 157 cm
Berat : 50 kg
Bangsa : [Dusun]
Umur : 24 tahun

Penglibatan dalam Akademi FantasiaSunting

Lotter diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Beliau telahpun tersingkir ketika konsert ketujuh walau bagaimanapun kembali bersama dengan 8 bekas pelajar yang tersingkir untuk berentap di konsert kesembilan atau dikenali sebagai konsert AFMASUK untuk merebut satu lagi kekosongan untuk berada di peringkat akhir.

Beliau berjaya memperoleh undian yang tertinggi setelah undiannya bersaing hebat dengan Rich lalu diserap semula untuk mara ke peringkat akhir bagi musim keempat bersama Faizal, Farhan, Haziq, dan Velvet. Pada 5 Ogos 2006, beliau menjadi naib juara Akademi Fantasia musim ke-4 pada Konsert Akhir Akademi Fantasia.

Lagu-lagu di Akademi FantasiaSunting

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya :

  • Konsert Prelude : Sunday Morning - nyanyian asal oleh Maroon 5
  • Konsert Pertama : Azizah - nyanyian asal oleh P. Ramlee
  • Konsert Kedua : Ibu Kota Cinta - nyanyian asal oleh Def Gab C
  • Konsert Ketiga : Iris - nyanyian asal oleh Awie
  • Konsert Keempat : Bertemasya Desa Gemalai - nyanyian asal oleh Ramli Sarip
  • Konsert Kelima : Bila April - nyanyian asal oleh Fazley
  • Konsert Keenam : Da Bomb - nyanyian asal oleh Ruffedge
  • Konsert Ketujuh : Chow Kit Road - nyanyian asal oleh Sudirman Hj Arshad
  • Konsert Kesembilan : Pria Terhebat - nyanyian asal oleh Sheila On 7
  • Konsert Akhir : In The End - nyanyian asal oleh Linkin` Park
  • Konsert Akhir : Yang Berlalu... Tak Berulang - ciptaan oleh Nerves (Pretty Ugly) dan lirik oleh Loloq

Perkembangan TerkiniSunting

Lotter kini bergiat aktif sebagai seorang penyampai radio di Suria Fm, sebuah stesen radio di sabah berpangkalan di Kota Kinabalu [1] Diarkibkan 2016-03-06 di Wayback Machine. Beliau lebih dikenali dengan nama Budu Cap Ketereh di kalangan pendengar radio di sabah.Selain itu beliau juga mempunyai sebuah kumpulan muzik yang bernama Divine Master.[2]

Pautan luarSunting