Mohamed Said Keruak
Allahyarham Tun Haji Mohamed Said bin Keruak adalah seorang ahli politik Barisan Nasional - USNO di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah (1975-1976) dan Yang di-Pertua Negeri Sabah (1987-1994).
Allahyarham Tun Haji Mohamed Said Keruak | |
---|---|
Ketua Menteri Sabah ke-4 | |
Dalam jawatan 1 November 1975 – 13 April 1976 | |
Didahului oleh | Mustapha bin Harun |
Digantikan oleh | Mohammad Fuad Stephens |
Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-7 | |
Dalam jawatan 1987 – Disember 1994 | |
Didahului oleh | Mohamad Adnan Robert |
Digantikan oleh | Sakaran Bin Dandai |
Anggota Parlimen untuk Kota Belud, Sabah | |
Butiran peribadi | |
Lahir | [1] Kota Belud, Borneo Utara | 15 November 1925
Meninggal dunia | 17 November 1995 Kota Kinabalu, Sabah | (umur 70)
Parti politik | BN - USNO |
Anak-anak | Mohd Salleh Saidatul Badru Saidatul Badariah Sandralilah Saidatul Zainorah |
Keluarga
suntingAnaknya Dr Mohd Salleh Tun Haji Mohd Said turut terjun ke arena politik dan pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Anaknya Datin Saidatul Badru Tun Haji Mohd Said, 61, pengasas dan Pengerusi Sekolah Islamiah al-Badru, Darul Bakti di Kota Belud, Sabah. Said Keruak mewakafkan tanah seluas 1.5 hektar untuk tujuan pendidikan Islam .[2]
Politik
suntingSaid Keruak pernah menjadi Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah (September 1966) [3] Pada 2 Februari 1965, beliau mengumumkan projek pengairan dan sawah padi seluar 1100 ekar di Kota Belud,Kudat, Ranau, Keningau, Bandau dan Labuan. Lembah Labuk juga sesuai untuk tujuan pertanian. RM333,000 untuk skim ladang kelapa sawit Klias di Beaufort.[4]
Minat beliau mendalam dalam sukan kuda dan menyertai Kelab Kuda Diraja Sabah yang terletak di Jesselton.Beliau mempunyai enam ekor kuda termasuk yang bernama 'Sweet Seventeen'.[perlu rujukan] Akhirnya beliau berhenti daripada kelab lumb kuda itu ekoran beberapa pertikaian.[perlu rujukan]
Yang di-Pertua Negeri Sabah
suntingKetika beliau menjadi TYT Sabah, krisis dalam PBS berlaku dan UMNO dibawa dari Semenanjung. Beberapa pemimpin USNO menubuhkan parti UMNO di Sabah di bawah pimpinan Sakaran Dandai. Demi kselamatan, polis PDRM Sabah diketuai Ketua Polis Pantai Barat Sabah, Penolong Kanan Pesuruhjaya II Tuffile Nawab Din melakukan pemeriksaan keselamatan di bangunan Dewan Undangan Negeri di Likas. Said Keruak menegaskan pebentukan kerajaan baru adalah di bawah bidang kuasa dan budi bicara Yang diPertua Negeri Sabah. Kerajaan sedia ada pimpinan Pairin Kitingan tidak lagi mempunyai sokongan majoriti. Akhirnya , Sakaran dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Joseph Pairin Kitingan. Kemudian anaknya Salleh Said Keruak menjadi Ketua Menteri Sabah.