Muhammad Nor Manuty
Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam. Beliau dilahirkan pada 12/12/1949 di Kampung Jelai, Batu Kurau Perak.
Prof. Dr. Muhammad Nor Manuty PhD | |
---|---|
![]() | |
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia | |
Memegang jawatan 8 Mei 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Mohd Na'im Mokhtar |
Presiden Kolej Dar al-Hikmah | |
Memegang jawatan 1 November 2021 | |
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin | |
Dalam jawatan 1 Oktober 2018 – 30 September 2021 | |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dipilih oleh Dewan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 17 Disember 2015 – 16 Disember 2018 | |
Pengerusi PKR Perak | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Digantikan oleh | Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak |
Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia | |
Dalam jawatan 1991–1997 | |
Didahului oleh | Siddiq Fadzil |
Digantikan oleh | Ahmad Azam Abdul Rahman |
Butiran peribadi | |
Lahir | Muhammad Nor bin Manuty 12 Disember 1949 Kampung Jelai, Batu Kurau, Perak |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik, ahli akademik |

PendidikanSunting
Beliau bersekolah di Kolej Islam Malaya (1970) di Klang,Selangor. Kemudian melanjutkan pengajian Sm,Pi (Usuluddin dan Falsafah, UKM), (1970-197474);
MA (Pemikiran Islam dan Perbandingan Agama), Universiti Temple, Philadelphia, USA (1978)
PhD (Pemikiran Islam dan Perbandingan Agama), Universiti Temple, Philadelphia, USA (1988)
KerjayaSunting
Pensyarah di Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, UKM (1974-83); Pensyarah di Markaz Ilmu Teras, UIAM (1983-90); Penolong Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama (1990-95); Profesor Madya di Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama, UIAM (1995-99). Dalam bidang pentadbiran, pernah menjadi Dekan Hal Hal Pelajar, UIAM (1990-1994); Dekan Pusat Pengajian Lanjutan Dan Khidmat Masyarakat, UIAM (1995-1998)
Perunding Pendidikan Islam, Darul Arqam, Singapura; Pengarah, CESMACS, Kuala Lumpur; pensyarah sambilan Kolej Darul Hikmah, Kajang; dan pensyarah pelawat Markfield Institute of Higher Education, Leicester, UK
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Terengganu (2018-2020)
Presiden Kolej Dar-Al Hikmah, Selangor (2021 - kini)
SosialSunting
Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden ABIM pada tahun 1991 hingga tahun 1997, penah menjawat jawatan Timbalan Presiden WADAH, dan Pengarah CESMACS
PolitikSunting
Beliau aktif di dalam Parti Keadilan Rakyat sebagai pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR.[1] Sebelum itu, pada April 2009, beliau memegang jawatan pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik[2] Sebelum memasuki PKR, beliau pernah terlibat di dalam UMNO tetapi keluar berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau merupakan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM).[3]
Semasa Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1997 , beliau dilihat bersama-sama mempertahankan Anwar Ibrahim selaku bekas pengasas ABIM. Bagi mereka yang tidak suka kepada Anwar Ibrahim yang menanjak naik terlalu cepat dalam politik UMNO , geng-geng ABIM dituduh berkeliling dengan Anwar Ibrahim.
Beliau juga pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 11 pada tahun 1999 di kawasan Parlimen Larut tetapi kalah dengan majoriti yang tipis
Beliau juga pernah bertanding pada Piliharan Raya Umum ke 13 pada tahun 2013 di kawasan Parlimen Bagan Serai, tetapi kalah juga dengan majoriti yang amat tipis
Menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat pada 2010 hingga 2014,Beliau kini menjadi Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat
Pada 17-12-2015,telah mengangkat sumpah sebagai Senator setelah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Selangor. YB Senator Dr Muhammad Nur Manuty.