Nakhon Si Thammarat
Nakhon Si Thammarat (Bahasa Thai: นครศรีธรรมราช ; Bahasa Melayu: Negara Sri Dharmaraja) atau ringkasnya disebut Nakhon ialah sebuah wilayah (changwat) yang terletak di selatan Thailand, di pantai timur Teluk Thailand. Ia berjiran dengan (ikut arah jam mulai selatan) Singgora, Mardelong, Terang, Graibi dan Cahaya.
Nakhon Si Thammarat
นครศรีธรรมราช | |
---|---|
Berdaulat | Thailand |
Ibu kota | Nakhon Si Thammarat |
Pentadbiran | |
• Gabenor | Thira Minthrasak (sejak Oktober 2009) |
Keluasan | |
• Jumlah | 9,942.5 km2 (3,838.8 batu persegi) |
• Pemeringkatan | ke-18 |
Penduduk (2000) | |
• Jumlah | 1,519,811 |
• Pemeringkatan | ke-5 |
• Kepadatan | 150/km2 (400/batu persegi) |
• Pemeringkatan | ke-21 |
Zon waktu | UTC+7 (Waktu Piawai Thailand) |
Kod ISO 3166 | TH-80 |
Nama wilayah ini berasal dari bahasa penduduk asal iaitu Melayu saduran Pali-Sanskrit, iaitu Negara Seri Dharmaraja (Kota Raja Dharma yang Suci), nama lainnya ialah Tambralingga atau Ligor.
Geografi
suntingWilayah ini terletak di pantai Teluk Thailand di sebelah timur Semenanjung Tanah Melayu. Sebahagian besar rupa buminya merupakan kawasan hutan yang berceranggah dan berbukit-bukau. Di wilayah ini letaknya puncak tertinggi di rantau selatan Thailand, iaitu Khao Luang pada 1,835 m yang kini terlindung di taman negara Khao Luang.
Sejarah
suntingPada zaman dahulu, kawasan sekitar Nakhon Si Thammarat merupakan jajahan negara Srivijaya mulai abad ke-3. Menurut Prasasti Ramkhamhaeng, ia merupakan salah satu jajahan Sukhothai. Selepas Sukhothai jatuh, ia jatuh dalam tangan kerajaan Ayutthaya dan dijadikan salah sebuah negara ufti atau wilayah kelas pertamanya.
Ekoran pembaharuan pentadbiran thesaphiban, negeri ini disepadukan dengan negara Thai state dan dijadikan Monthon Nakhon Si Thammarat. Setelah mansuhnya sistem monthon pada tahun 1932, wilayah yang meliputi bahagian-bahagian pusat bekas negeriitu dijadikan sebuah bahagian pentadbiran peringkat tertinggi di Thailand.
Lambang
suntingMohor wilayah Nakhon Si Thammarat menampilkan candi Phra Baromathat dari Wat Phra Mahathat Voramahavihan, salah sebuah tapak bersejarah yang terpenting di Thailand selatan. Menurut naskhah-naskhah riwayat kota, ia sudah wujud sejak tahun 311, tetapi hasil kaji purba hanya mendapatinya wujud seawal abad ke-13. Rajah candi tersebut dikelilingi oleh 12 haiwan dalam zodiak Cina dalam mohor tersebut yang setiap satunya melambangkan 12 buah kota Naksat atau negeri ufti (termasuk tiga negeri Melayu yang kini menganggotai Malaysia) kepada kerajaan Nakhon Si Thammarat, iaitu:
- tikus (Saiburi)
- lembu (Pattani)
- harimau (Kelantan)
- arnab (Pahang, sebenarnya sebuah kota di Pahang yang ditenggelami tasik)
- naga (Kedah)
- ular (Phatthalung)
- kuda (Trang)
- kambing (Chumphon)
- monyet (Bantaysamer, mungkin Chaiya atau sebuah pekan di Wilayah Krabi)
- ayam (Sa-ulau, belum dikenal pasti, mungkin Songkhla, Kanchanadit atau Pla Tha)
- anjing (Takua Pa)
- babi (Kraburi)
Bunga wilayah ialah Kayu Raja (Cassia fistula), sementara pokok wilayah ialah Pokok Tulang Daing (Millettia atropurpurea).
Cogan kata wilayah Nakhon Si Thammarat ialah เมืองประวัติศาสตร์ พระธาตุทองคำ ชื่นฉ่ำธรรมชาติ แร่ธาตุอุดม เครื่องถมสามกษัตริย์ มากวัดมากศิลป์ ครบสิ้นกุ้งปู , yang berterjemah Bandar bersejarah, Phra That emas, banyak bahan galian, hasil nielo berlogam tiga, berbilang kuil, kaya dengan kerang-kerangan.