Munkar dan Nakir

(Dilencongkan daripada Nakir)

Malaikat Munkar dan Nakir (Arab: منكر و نكير) dalam eskatologi Islam adalah dua Malaikat yang menanyakan atau menguji keyakinan diri orang yang telah mati di alam barzakh.[1]

Eskatologi Islam
Portal Islam

Menurut ajaran Islam, setelah kematian dari setiap jiwa akan menuju ke alam barzakh atau secara sinonimnya juga turut disebut sebagai alam kubur, dimana si mayat akan dibolehkan kembali bangkit dan berbicara ketika ditanya oleh kedua-dua Malaikat Munkar dan Nakir, walaupun tubuhnya telah hancur. Pertanyaan akan dimulakan yakni selepas proses pengkebumian telah selesai dan setelah 7 langkah orang terakhir beredar dari tempat dikuburkan sesuatu mayat. Malaikat Munkar dan Nakir akan menanyakan beberapa hal berikut, "Siapakah Tuhanmu?", "Siapa Nabi mu?", "Apa Agama mu?", jawapan bagi pertanyaan tersebut adalah Tuhan mereka adalah Allah, nabinya Muhammad dan agamanya adalah Islam, maka si mayat akan diberikan keluasan dan diterangkan kuburnya sehinggalah tibanya hari kebangkitan. Bagi yang tidak boleh menjawabnya akan mendapatkan seksaan sehingga tiba hari kebangkitan.[2]

Rujukan

sunting

Lihat pula

sunting

Pautan luar

sunting