Nasir P. Ramlee
Teuku Mohammad Nasir bin Tan Sri Teuku Zakaria atau dikenali sebagai Nasir P. Ramlee (23 November 1953 – 17 Disember 2008) ialah seorang komposer, pemuzik, pelakon dan penyanyi. Beliau juga ialah anak pelakon tekenal Malaysia, P. Ramlee. Ibu kandungnya ialah Junaidah Daeng Harris[1] yang dikahwini P. Ramlee pada tahun 1950, tetapi berakhir dengan penceraian pada tahun 1954 selepas empat tahun sahaja. Adik-beradik beliau ialah Arfan (1954–1998).
Nasir P. Ramlee | |
---|---|
![]() Nasir pada 2004 | |
Kelahiran | Teuku Mohammad Nasir bin Tan Sri Teuku Zakaria 23 November 1953 Negeri-negeri Selat, (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 17 Disember 2008 | (umur 55)
Sebab kematian | Komplikasi jantung dan kencing manis |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik |
Tahun aktif | 1969–2008 |
Pasangan |
|
Anak-anak | 6 (temasuk Najua Nasir) |
Ibu | Junaidah Daeng Harris |
Bapa | P. Ramlee |
Saudara | Sazali P. Ramlee (adik) |
Beliau pernah berkahwin sebanyak 3 kali bersama Mariati Abdul Rahman (bercerai), Rashidah Jaafar (bercerai), dan Suria (Surjangsih Abu Bakar). [2]
Hasil perkahwinan Nasir P. Ramlee dengan pelakon, Rashidah Jaafar, beliau mendapat seorang anak, Najua Nasir. [3]
KerjayaSunting
Nasir memulakan kerjayanya sebagai pemuzik di kelab malam sebelum menyertai EMI sebagai penggubah muzik. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai penyelaras muzik kombo Istana Budaya (IB) sejak April 2002.
Nasir pernah bergandingan bersama Datuk Ahmad Daud, Normadiah, Aziz Jaafar dan Datuk Aziz Sattar untuk album Panca Sitara.
Beliau pernah menghasilkan lagu untuk Herman Tino, Rosemaria Abdul Hamid dan Aman Shah. Antara lagu popularnya ialah Rindu Bayangan dendangan kumpulan Carefree.
Sepanjang berkhidmat di IB, Nasir banyak terbabit dalam persembahan anjuran kerajaan dan di peringkat antarabangsa.
Antara pementasan yang pernah diarahkannya di IB ialah Suzana 60 dan Bonnie M Live In Kuala Lumpur pada 2006.
Kehidupan peribadiSunting
Nasir dilahirkan di Singapura pada 23 November 1953. Nasir mempunyai tujuh anak daripada dua perkahwinannya terdahulu. Bersama Surjangsih Abu Bakar (Suria), Nasir mempunyai dua anak, Zaidi, 17, dan Zakaria, 16, manakala bersama isteri pertamanya, Mariati Abd Rahman, 55, mereka mempunyai tiga anak, Gunina, 37, Gunawan, 35, dan Gurnarisasca, 31. Bersama isteri keduanya, Rashidah Jaafar (Gee), Nasir mempunyai dua anak, Natasya, 23, dan Najwa, 22.
KematianSunting
Nasir P.Ramlee meninggal dunia pada usia 55 tahun pada 17 Disember 2008 akibat komplikasi haba dan kencing manis dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur bersebelahan dengan kubur Allahyarham bapa P.Ramlee dan dua langkah-ibu tiri beliau, Allahyarhamah Norizan dan Saloma.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1968 | Anak Bapak | Jalil | Filem pertama |
1969 | Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh | ||
1970 | Pancha Indera Harimau Berantai | ||
1986 | Bujang Lapok Kembali Daa | Nasir | |
1993 | Fantasi | Encik. Rahman | Penampilan khas |
2007 | Budak Lapok | (suara) | Filem terakhir |
MuzikSunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
1986 | Manis-Manis Sayang |
Bujang Lapok Kembali Daa | |
Pagar-Pagar Cinta |
Lihat JugaSunting
- P. Ramlee
- Junaidah Daeng Harris
RujukanSunting
- ^ P. Ramlee: erti yang sakti, A. H. Ahmad Sarji, Pelanduk Publications, Jan 1, 1999 - Actors - 400 pages
- ^ "Waris P Ramlee cari hak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-08.
- ^ "Legasi P Ramlee". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-08.