Nik Michael Imran Nik Ezar (lahir 19 September 1989) ialah seorang cef, pengacara televisyen dan personaliti media Malaysia. Beliau menerima pengiktirafan meluas menerusi penyertaannya dalam rancangan MasterChef Malaysia musim pertama pada 2011.[1][2][3]

Nik Michael Imran
Kelahiran
Nik Michael Imran bin Nik Ezar

(1989-09-19) 19 September 1989 (umur 34)
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia (MMU)
PekerjaanCef, pengacara televisyen, personaliti media
Tahun aktif2009–kini
PasanganSiti Nadiah Shahril (k. 2015)
Anak-anakNik Rumi Iman
SaudaraNik Farouk Ezra (adik)

Kehidupan awal sunting

Nik Michael dilahirkan pada 19 September 1989 di Brisbane, Australia kepada Nik Ezar Nik Bolia dan Catherine Jane Stevens Nik. Beliau merupakan anak sulung daripada enam beradik, adiknya Nik Farouk Ezra turut berkecimpung dalam bidang masakan.[4][5]

Pada awal 1991, beliau berhijrah ke Malaysia bersama bapanya yang bekerja di RHB Bank.[6] Beliau bersekolah di Sayfol International School selama empat tahun sebelum belajar di Institut St. John sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajarannya di Universiti Multimedia di Cyberjaya yang mana beliau mengikuti ijazah perniagaan kewangan.

Kerjaya sunting

Mewarisi bidang masakan daripada bapanya Dato' Nik Ezar, Nik Michael Imran menunjukkan minat terhadap seni kulinari sejak berusia 9 tahun. Pada tahun terakhir pengajian, beliau menyertai MasterChef Malaysia musim pertama pada tahun 2011 yang mana beliau ialah salah seorang daripada 24 pesertanya.[7] Selepas tamat rancangan itu, beliau ditawarkan mengacarakan rancangan masakan Hello Bro Tolong Masak yang bersiaran di Astro Ria. Antara rancangan kendaliannya ialah Remaja Ekstrem di TV9, Juadah Nik Michael, Tea Twist di Asian Food Network (AFN) dan Lunch With The Niks, rancangan memasak bapa dan anak di RTM dan beberapa yang lain. Beliau juga menjadi juri rancangan Kan Cheong Kitchen di 8TV.[4]

Beliau bersama bapanya membuka restoran yang dinamakan PickNik yang beroperasi di Solaris Dutamas, Publika, KL yang mana beliau turut berkhidmat sebagai ketua cef.[8] Selepas 4 tahun beroperasi, restoran ini ditutup pada 2016 dan Nik Michael mengambil keputusan untuk menguruskan katering keluarganya.[9][10]

Inspirasi sunting

Salah satu inspirasi terbesarnya dalam seni kulinari ialah bapanya, Dato' Nik Ezar Nik Bolia, yang merupakan seorang cef dan pemilik restoran. Dalam temubual bersama The Star Online, Nik Michael berkata: "Saya belajar semuanya daripada bapa. Latihan awal dalam bidang masakan datang daripada bapa dan pada hari yang mendatang, saya mendapat ilham untuk menjadi sepertinya dan belajar memasak seperti bapa".[8]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Siti Nadiah Shahril pada 24 November 2015 dan dikurniakan seorang anak, Nik Rumi Iman.[11][12]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Seratus Nizam Filem pertama, penampilan khas

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Stesen TV Catatan
2011 MasterChef Malaysia musim 1 Astro Ria Peserta
2012 Hello Bro! Tolong Masak
Remaja Extreme TV9
2013 Tea Twist Asian Food Channel
2014 Kan Cheong Kitchen 8TV Juri
2015 Cooking for Love Asian Food Channel
2016 Lunch With The Niks TV2
2018 Juadah Nik Michael TV1

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2016 Anugerah Pilihan Online 2016 Cef Selebriti Pilihan Dirinya sendiri Tercalon [13]
Lelaki Tampan Pilihan Dnars Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Norhayati Nordin (31 Oktober 2014). "Nik Michael makin laris". Harian Metro. Dicapai pada 7 Jun 2019.
  2. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (20 November 2013). "Kerjaya seni Nik Michael lebih mudah kerana wajah kacukan". mStar Online. Dicapai pada 6 Jun 2019.
  3. ^ "The most valuable lesson Nik Michael Imran learned from his father" [Pengajaran paling bernilai yang Nik Michael Imran pelajari daripada bapanya] (dalam bahasa Inggeris). Unreserved Media. 18 Oktober 2018. Dicapai pada 7 Jun 2019.
  4. ^ a b Budiey (4 Mei 2014). "Nik Michael teruja jadi juri dalam Kan Cheong Kitchen". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 Jun 2019.
  5. ^ "Dunia kulinari Nik Michael". Utusan Malaysia. 21 Jun 2014. Dicapai pada 7 Jun 2019.
  6. ^ Karmun Ng (1 Jun 2017). "How Dato' Nik Ezar and Nik Michael Imran forged friendship, family ties and respect through food" [Bagaimana Dato' Nik Ezar dan Nik Michael Imran memperkukuhkan persahabatan, hubungan keluarga dan rasa hormat melalui makanan] (dalam bahasa Inggeris). First Classe. Dicapai pada 6 Jun 2019.
  7. ^ "Nik Michael Imran: Promising life" [Nik Michael Imran: Menjanjikan kehidupan] (dalam bahasa Inggeris). Column Life. 14 Julai 2015. Dicapai pada 6 Jun 2019.
  8. ^ a b "In the time of chef Nik" [Masa berharga Cef Nik] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 29 September 2013. Dicapai pada 7 Jun 2019.
  9. ^ Feride Hikmet Atak (20 Oktober 2016). "Tutup restoran, Nik Michael Imran kembali ke perniagaan katering". Berita Harian. Dicapai pada 7 Jun 2019.
  10. ^ "What's cooking, Nik Michael Imran?" [Apa yang memasak, Nik Michael Imran?] (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Reserve. 23 Ogos 2019. Dicapai pada 7 Jun 2020.
  11. ^ Zaidi Mohamad (24 November 2015). "Chef Nik Michael sah suami Siti Nadia Shahril". Berita Harian. Dicapai pada 6 Jun 2019.
  12. ^ Zaidi Mohamad (25 September 2019). "Nik Michael tak galak anak jadi cef". Berita Harian. Dicapai pada 7 Jun 2020.
  13. ^ "#APO 2016: Chef Nik Michael lari daripada gosip". Perak Today. 18 Mac 2016. Dicapai pada 7 Jun 2019.

Pautan luar sunting