Datin Seri Panglima Datuk Hajah Nuinda Alias berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau merupakan penjawat awam kanan bagi sektor pendidikan Negeri Sabah.

Yang Berbahagia Datuk Dr. Hajah

Nuinda Alias

PGDK, ASDK, ADK (Sabah)
Pengerusi PUSPANITA Sabah
Memegang jawatan
4 November 2019
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Datuk Seri Panglima Dr Mahathir Mohamad
Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Muhyiddin Yassin
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Anwar Dato' Ibrahim
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal
YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor
Pengetua Sekolah Menengah Maktab Sabah, Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah
Dalam jawatan
2006 – 6 Januari 2022
RajaTuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Sultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Sultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Abdullah Ahmad Badawi
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Najib Tun Razak
Yang Amat Berhormat Tun Datuk Seri Panglima Dr Mahathir Mohamad
Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Muhyiddin Yassin
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Anwar Dato' Ibrahim
GabenorTuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah
Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Tan Sri Musa Aman
YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal
YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam, Kota Kinabalu, Sabah
Dalam jawatan
2004–2006
RajaTuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Datuk Seri Panglima Abdullah Ahmad Badawi
GabenorTuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman
Timbalan Pengetua Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Sabah
Dalam jawatan
2000–2002
RajaSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Datuk Seri Panglima Dr Mahathir Mohamad
GabenorTuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Osu Sukam
Butiran peribadi
LahirNuinda binti Haji Alias
(1962-01-06) 6 Januari 1962 (umur 62)
Wilayah Persekutuan Labuan (ketika itu Bandar Pulau Labuan, Borneo Utara, Empayar British), Malaysia
PasanganDatuk Seri Panglima Safar Untong
Anak-anak4
HubunganBashir Alias
(Adik)

Kehidupan Awal sunting

Nuinda Alias merupakan anak jati Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau merupakan anak kepada Hajah Alipah Haji Idris dan Haji Alias Haji Mohamad. Beliau mendapatkan pendidikan awal di SRK Sungai Lada Labuan dan kemudian menyambung pelajaran menengah ke SM St Anne Convent Labuan, SM. St. Anthony Labuan dan menamatkan pelajaran menengah atas di Maktab Sabah Kota Kinabalu.

Selepas beliau memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau kemudianya melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dalam ijazah Sarjana Muda Komunikasi pada tahun 1986. Selepas beliau menyelesaikan pengajian Ijazah Sarjana Muda beliau, beliau seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) di Universiti Malaysia Sarawak pada tahun 1998. Pada 21 Mei 2022, beliau telah menamatkan pengajian dan memperolehi Doktor Falsafah (Pengurusan Dan Pentadbiran). Beliau merupakan graduan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke - 65 untuk Sesi Pertama.[1]

Perkahwinan sunting

Nuinda Alias berkahwin dengan Datuk Seri Panglima Haji Safar Untong dan memiliki empat orang anak.[2]

Kerjaya Sektor Pendidikan sunting

Nuinda Alias pernah berkhidmat sebagai guru di SM. St. Anthony Labuan, SMK Bandaraya Menggatal, Kota Kinabalu dan SM St. Francis Convent, Karamunsing, Kota Kinabalu. Selepas berkhidmat sebagai guru bagi tiga buah sekolah menengah beliau kemudianya berkhidmat sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sandakan Sabah (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau)[3] dan Pensyarah Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu Sabah (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya).[4]

Pada Mac 2000, beliau dinaikkan pangkat serta dilantik sebagai Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Gaya sehingga Januari 2002.[5]

Seterusnya, beliau dilantik serta dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam, Kota Kinabalu, Sabah Pada tahun 2004.[6] Selepas dua tahun menjawat jawatan sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, beliau kemudianya di lantik sebagai Pengetua Sekolah Menengah Maktab Sabah bermula dari Mac 2006 dan setelah 16 tahun berkhidmat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Maktab Sabah, beliau telah bersara wajib pada 6 Januari 2022.[7]

Bergiat Aktif Di Dalam Persatuan sunting

Nuinda Alias mula aktif dalam program kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah;

  • Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (Sabah) dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan.[10]
  • Presiden Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS).[11]
  • Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pelaksana Program E- Pertukaran Murid Asrama Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021.[12]
  • Timbalan Presiden 2 Persatuan Hoki Sabah.[13]
  • Timbalan Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS).[14]

Bergiat Aktif Dalam Bidang Sukan sunting

Nuinda Alias mula aktif dalam bidang sukan sejak mengetuai pasukan hoki sejak di bangku sekolah lagi, beliau pernah mengetuai pasukan hoki Universiti Sains Malaysia.[15][16]

Pencapaian Dalam Bidang Pendidikan sunting

Anugerah Peringkat Negeri Anugerah Peringkat Kebangsaan
Anugerah Wanita Cemerlang Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019[17] Anugerah Pengerusi Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019[18]
Anugerah Ikon Kepimpinan, Jabatan Pendidikan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 Anugerah Pengurusan Asrama Terbaik Peringkat Kebangsaan 2021 Kategori Sekolah Menengah[19]
Anugerah Tokoh Guru Peringkat Negeri Sabah 2022[20] Anugerah Ahli PUSPANITA Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2022

Anugerah sunting

  • Gred Utama Jusa C

Rujukan sunting

  1. ^ "Majlis Konvokesyen Ke - 65 UTM" (PDF). www.utm.my.
  2. ^ "Hubungan Sabah-Pulau Pinang beri manfaat bersama". www.dailyexpress.com.my.
  3. ^ "IPG Tawau". orangsabahan.blogspot.com.
  4. ^ "Pensyarah Maktab Perguruan di sabah terhadap penggunaan Komputer". docplayer.net.
  5. ^ "Majalah Pendidikan Gaya 2018". online.fliphtml5.com.
  6. ^ "Senarai Pengetua SMK Inanam Sabah". smkinanams.wordpress.com.
  7. ^ "Semai semangat keusahawanan". www.utusanborneo.com.my.
  8. ^ "Pengerusi PUSPANITA Sabah kini diterajui Nuinda". www.pressreader.com.
  9. ^ "PUSPANITA Cawangan Sabah santuni 10 pelajar kurang mampu". www.pressreader.com.
  10. ^ "Jawatankuasa Majlis Pengetua Sekolah Malaysia". mpsmkebangsaan.com.my.
  11. ^ "Tujuh pengetua Labuan hadiri Persidangan PPSMS dan Labuan Ke-41". www.pressreader.com.my.
  12. ^ "Majlis Program E- Pertukaran Murid Asrama Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021". online.anyflip.com.
  13. ^ "Rakhbir elected new SHA president". www.dailyexpress.com.my.
  14. ^ "Exco PPSMS 2008/2010". ppsms-sabah.blogspot.com.
  15. ^ "SIREH PULANG KE GAGANG – KISAH KEJAYAAN DUA ALUMNI AKTIF SUKAN". news.usm.my.
  16. ^ "Cabaran Piala Presiden PHS dirancang pada Disember". www.utusanborneo.com.my.
  17. ^ "Dana peruntukan MPWS akan ditingkatkan bagi tahun 2020". www.utusanborneo.com.
  18. ^ "2,433 Koperasi Sekolah Seluruh Negara Didaftarkan Sehingga Jun". buletinpekerja.com.
  19. ^ "Dokumentasi Simposium Pengurusan Hal Ehwal Murid Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Peringkat Kebangsaan Tahun 2021". online.anyflip.com.
  20. ^ "Tabung Pendidikan Negeri Sabah dilancar Jun depan". www.astroawani.com.
  21. ^ "Senarai nama penerima pingat darjah kebesaran sempena hari jadi rasmi ke 68 TYT Sabah". sabahnews.com.my.
  22. ^ "Sabah Honours List 2011". datukmalaysia.blogspot.com.