Enrique Omar Sívori (2 Oktober 1935 – 17 Februari 2005) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Argentina-Itali. Beliau beraksi di posisi penyerang dan ketika kemuncak kariernya, beliau dikenal luas sebagai pemain Juventus kerana banyak meraih kejayaaan pada lewat 1950-an dan awal 1960-an. Beliau meraih tiga gelaran Serie A. Selain itu, beliau turut beraksi untuk kelab River Plate di Argentina dan Napoli di Itali.

Enrique Omar Sívori
Maklumat peribadi
Nama penuh Enrique Omar Sívori
Tarikh lahir (1935-10-02)2 Oktober 1935
Tempat lahir San Nicolás, Argentina
Tarikh kematian 17 Februari 2005(2005-02-17) (umur 69)
Tempat kematian San Nicolás, Argentina
Ketinggian 1.63 m (5 ka ​4 316 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1954–1957 River Plate 63 (29)
1957–1965 Juventus 215 (135)
1965–1969 Napoli 63 (12)
Jumlah 341 (176)
Pasukan kebangsaan
1956–1957 Argentina 19 (9)
1961–1962 Itali 9 (8)
Pasukan diurus
1969–1970 Rosario Central
1972 Estudiantes de La Plata
1972–1973 Argentina
1979 Racing Club de Avellaneda
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Di peringkat antarabangsa, beliau mewakili pasukan kebangsaan Argentina ke Kejohanan Amerika Selatan 1957 dan menyaksikan negara tanah airnya dinobatkan juara. Kemudian, beliau mewakili pasukan Itali pula dan beliau mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia 1962. Setelah beliau mengumumkan persaraan, beliau mengendali beberapa pasukan di Argentina termasuk pasukan kebangsaan Argentina.

Sívori diakui salah satu pemain terhebat dalam kalangan generasinya dan salah satu pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman. Beliau dikenali dengan kepantasan, kemampuan untuk menghasilkan gol dan skilnya. Bakatnya diiktiraf dengan meluas dan beliau merangkul anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah pada tahun 1961.

Kehidupan awal sunting

Sívori telah dilahirkan di San Nicolás de los Arroyos, sebuah pekan yang terletak di daerah Buenos Aires. Beliau dilahirkan di dalam keluarganya yang berketurunan Itali. Datuk sebelah bapanya iaitu Giulio Sivori merupakan pendatang dari Cavi di Lavagna, iaitu sebuah desa yang terletak di Wilayah Genoa manakala ibunya, Carolina merupakan berasal daripada keturunan Abruzzia.[1][2]

Kerjaya kelab sunting

River Plate sunting

Saat usia muda, Sívori amat meminati sukan bola sepak dan kelab dari bandar Buenos Aires iaitu River Plate menunjukkan minat dahulu terhadap Sívori.[3] Sívori diberi peluang beraksi dalam skuad utama walaupun beliau masih remaja. Antara pemain senior dalam pasukan itu ialah Ángel Labruna dan Félix Loustau. Mereka membentuk era La Máquina.[4] Sívori kemudian digelar El Cabezón ("bighead") oleh penyokong-penyokong kerana gaya permainan, keyakinan dan sikapnya yang berterus terang.[5][6][7]

River Plate seterusnya meraih kejuaraan Primera División Argentina pada tahun 1955. Mereka disahkan bergelar juara selepas menumbangkan musuh tradisi, Boca Juniors 2–1 di La Bombonera dengan hanya berbaki satu perlawanan liga pada tahun terseut.[8] Pada musim yang sama, River Plate menjuarai Copa Aldao dengan menewaskan Nacional dari Uruguay. Pada musim berikutnya, beliau meraih kejayaan yang sama seperti musim sebelumnya apabila River Plate meraih gelaran juara liga Argentina pada perlawanan terakhir liga dengan menewaskan Rosario Central 4–0 di samping Sívori menjaringkan gol terakhir pasukannya.[9] Sívori beraksi dalam perlawanan terakhirnya untuk River Plate menentang pasukan yang sama pada 5 Mei 1957.

Ketika musim 1957–58, Sívori yang baru berusia 21 tahun dibeli oleh kelab Itali, Juventus selepas dikesan oleh Renato Cesarini. Juventus membayar 10 juta peso (bersamaan 91,000 paun) bagi menanggung perpindahan Sívori sekali gus menjadi perpindahan termahal dunia pada masa itu. Perpindahan Sívori membuktikan ketiadaannya menjadikan nasib kelab lamanya iaitu River Plate menjadi teruk apabila gagal merangkul liga Argentina dalam masa 18 tahun selepas tahun 1957.[10][11] Duit yang diperoleh River Plate hasil perpindahan Sívori telah digunakan untuk menyiapkan stadium El Monumental .

Juventus sunting

 
"Magical Trio" Juventus saat musim 1957-58 yang menampilkan Sívori, John Charles dan Giampiero Boniperti.

Pada musim yang sama, dua pemain Argentina lain turut berpindah ke liga Itali iaitu Antonio Valentín Angelillo (Inter) dan Humberto Maschio (Bologna). Mereka bertiga digelar sebagai The Angels with Dirty Faces. Gelaran tersebut merupakan sebuah rujukan ironis bagi filem Angels with Dirty Faces. Mereka bertiga juga dikenali sebagai The Trio of Death kerana kemampuan klinikal mereka masing-masing untuk menghasilkan gol.[12][13]

Sebelum kedatangan Sívori dan pemain Wales iaitu John Charles, Juventus menempuh saat-saat kemerosotannya. Namun, mereka berdua bergandingan dengan pemain berpengalaman Juve iaitu Giampiero Boniperti, mereka bertiga membentuk barisan serangan yang digeruni pihak lawan sekali gus meraih kejuaraan Serie A pada musim 1957-58. Prestasi cemerlang Sívori menyaksikan beliau menambah dua scudetti lagi (pada musim 1959–60 dan 1960–61). Beliau turut dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah (juga dikenali sebagai Ballon d'or) pada tahun 1961.[14][15]

Pada tahun yang sama, "the Magical Trio" telah berubah apabila Boniperti mengumumkan persaraan. Pada musim berikutnya, Charles pula berpindah ke Leeds United. Sívori kekal bersama Old Lady. Beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan 1–0 ketika menentang Real Madrid sekali gus menjadikan Juventus merupakan pasukan Itali pertama meraih kemenangan di Stadium Santiago Bernabéu. Sívori menyarung jersi nombor 10 dan beliau dilantik menjadi kapten pasukan pada tahun 1963. Namun, Juventus tidak merangkul sebarang kejuaraan saat beliau menjadi kapten. Akhirnya, beliau berpindah dari Juventus selepas musim 1964–65 kerana beliau berselisih pendapat dengan jurulatih baru, Heriberto Herrera.[16][17][18]

 
Sívori (kanan) ketika beraksi untuk Napoli.

Bersama Juventus, Sívori menjaringkan 167 gol sepanjang 253 kemunculannya dalam semua kejohanan.[19] Rekod ini meletakkan beliau menjadi penjaring gol kelima terbanyak kelab sehingga tahun 2011. Beliau turut memegang rekod jaringan gol terbanyak dalam satu perlawanan apabila beliau menjaringkan enam gol ketika menentang Internazionale pada 10 Jun 1961 yang berkesudahan Juventus menang 9-1. Rekod ini dikongsi dengan bekas pemain Pro Vercelli iaitu Silvio Piola.

Napoli sunting

Pada tahun 1965, Sívori melakukan perpindahan ke Napoli.[20] Pada musim pertamanya di Naples, Napoli menduduki tempat ketiga Serie A dan meraih trofi Coppa delle Alpi.[21] Selepas beliau menempuh dua musim yang cemerlang, Napoli dibarisi pemain berbakat seperti Dino Zoff dan José Altafini ketika musim 1967-68. Napoli dianggap sebagai pencabar kejuaraan "scudetto". Namun, AC Milan merangkul "scudetto" pada musim tersebut manakala Napoli menghuni tempat kedua. Sementara itu, Sívori direhatkan selama hampir sepanjang musim kerana mengalami kecederaan lutut dan berselisih pendapat dengan jurulatih Bruno Pesaola. Ironinya, di kala perlawanan terakhir Sívori bersama Napoli menentang kelab lamanya Juventus, beliau dilayangkan kad merah kerana bertindak menendang pemain pasukan lawan, Erminio Favalli. Hasilnya, beliau digantung enam perlawanan. Berikutan penggantungannya, Sívori memutuskan untuk kembali ke Argentina ketika musim 1968-69.[22]

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Sívori (dua dari kanan) bersama rakan sepasukannya ketika beliau mewakili pasukan Argentina yang menjuarai Kejohanan Amerika Selatan 1957.

Argentina sunting

Di peringkat antarabangsa, Sívori tampil dalam 18 perlawanan antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Argentina dan menjaringkan sembilan gol.[23] Pasukan Argentina pada masa itu dibarisi pemain mantap di bahagian serangan antaranya Sívori, Omar Oreste Corbatta, Osvaldo Cruz, Humberto Maschio dan Antonio Angelillo.

Sívori membantu pasukan Argentina menjuarai Kejohanan Amerika Selatan 1957 yang berlangsung di Peru. Pasukan Argentina mendominasi kejohanan tersebut apabila membelasah Colombia 8-2 dan mencatat kemenangan ke atas musuh tradisi iaitu Brazil 3-0.

Itali sunting

Setelah Sívori berpindah ke Itali pada tahun 1957 bersama Maschio dan Angelillo, Persatuan Bola Sepak Argentina melarang ketiga-tiga pemain ini beraksi untuk pasukan Argentina sekali gus bermakna mereka tidak akan bertanding dalam Piala Dunia 1958.[24] Mujurlah beliau berasal daripada keturunan Itali, beliau memperoleh kerakyatan Itali. Pada April 1961, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Itali.[25] Kemudian, Sívori mewakili Itali ke kejohanan Piala Dunia 1962 di Chile dan menyaksikan mereka tersingkir di pusingan pertama.[26] Secara jumlahnya, beliau telah beraksi sembilan perlawanan dan menjaringkan lapan gol saat menyarung jersi pasukan Itali.[27]

Kerjaya jurulatih sunting

Sívori mengumumkan persaraan pada tahun 1969. Walaupun beliau kembali ke Argentina sebagai orang kaya, cintanya yang mendalam terhadap bola sepak bermakna beliau memutuskan untuk memulakan kerjaya sebagai jurulatih bola sepak. Beliau mengendalikan kelab River Plate, Rosario Central, Estudiantes de La Plata, Racing Club dan Vélez Sarsfield.

Dari tahun 1972 hingga 1974, Sívori menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Argentina. Beliau membantu Argentina untuk layak ke Piala Dunia 1974 namun Sívori bertindak melepaskan jawatannya. Setelah itu, beliau menjadi pencari bakat Juventus di Amerika Selatan.

Kehidupan selepas bersara sunting

Pada Mac 2004, Sívori dinamakan oleh Pelé sebagai salah satu 125 pemain bola sepak terhebat sebagai sebahagian daripada FIFA 100.[28] Pada Februari 2005, Sívori meninggal dunia di kampung halamannya di San Nicolás pada usia 69 tahun kerana beliau menghidapi kanser pankreas.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  River Plate 1954 16 8 16 9
1955 23 11 23 11
1956 23 10 23 10
1957 1 0 1 0
Jumlah 63 29 63 29
  Juventus 1957–58 32 22 8 9 40 31
1958–59 24 15 3 5 2 3 29 23
1959–60 31 27 4 3 0 0 35 30
1960–61 27 25 1 2 1 1 29 28
1961–62 25 13 0 0 5 2 30 15
1962–63 33 16 4 3 1 1 38 20
1963–64 28 13 2 1 4 0 34 14
1964–65 15 3 1 1 3 2 19 6
Jumlah 215 135 23 24 21 15 259 174
  Napoli 1965–66 33 7 1 0 5 1 39 8
1966–67 20 2 0 0 5 3 25 5
1967–68 7 2 0 0 0 0 7 2
1968–69 3 1 0 0 2 0 5 1
Jumlah 63 12 1 0 12 4 76 16
Jumlah kerjaya 341 176 24 24 33 19 398 219

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
1956 13 6
1957 6 3
Jumlah 19 9
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
1961 5 8
1962 4 0
Jumlah 9 8

Gol antarabangsa sunting

Pencapaian sunting

 
Sívori meraih anugerah Ballon d'Or pada tahun 1961.

Kelab sunting

River Plate
Juventus[29]
Napoli

Antarabangsa sunting

Argentina

Individu sunting

Filemografi sunting

Sívori memainkan wataknya sendiri di dalam dua filem Itali.[33]

  • Idoli controluce – (1965)
  • Presidente del Borgorosso Football Club, II – (1970)

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ "I miti del calcio: Omar Sivori". www.tuttocalciatori.net. 25 October 2011. Dicapai pada 5 January 2013.
  2. ^ "Sivori, la rabbia dell'oriundo Che mafia, si sospetta di tutti: il calcio rischia di morire". repubblica.it. 9 February 2001. Dicapai pada 5 January 2013.
  3. ^ name="storiedicalcio"
  4. ^ (Sepanyol) RSSSF.com
  5. ^ name="storiedicalcio"
  6. ^ name="RSSSF.com"
  7. ^ name="telegraph-sivori-obituary">"Omar Sivori". The Telegraph. 19 February 2005. Dicapai pada 2 October 2017.
  8. ^ "Argentina 1955". RSSSF.com. 23 April 2009.
  9. ^ "Argentina 1956". RSSSF.com. 28 February 2008.
  10. ^ name="storiedicalcio"
  11. ^ Vickery, Tim (29 June 2007). "Argentina mourns lost son Sivori". BBC.
  12. ^ name="storiedicalcio"
  13. ^ "Malta Today". Malta Today. 27 Februari 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ name="storiedicalcio"
  15. ^ name="tuttojuve1"
  16. ^ name="storiedicalcio"
  17. ^ name="tuttojuve1"
  18. ^ "LiminaeDizioni.it". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-11. Dicapai pada 2017-12-23.
  19. ^ name="omar sivori"
  20. ^ name="storiedicalcio"
  21. ^ name="tuttosport"
  22. ^ name="treccani1"
  23. ^ name="omar sivori">""Omar Sivori". The Telegraph, 19 February 2005. Retrieved 23 October 2006". The Daily Telegraph. London. 30 March 1987. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-11. Dicapai pada 2021-09-01.
  24. ^ name="telegraph-sivori-obituary"
  25. ^ name="omar sivori"
  26. ^ name="treccani1"
  27. ^ name="omar sivori"
  28. ^ "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 March 2004. Dicapai pada 15 June 2013.
  29. ^ name="tuttosport"
  30. ^ Roberto Di Maggio; Igor Kramarsic; Alberto Novello (11 Jun 2015). "Italy - Serie A Top Scorers". RSSSF. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2015. Dicapai pada 2 December 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ name="morto"
  32. ^ name="Pele"
  33. ^ IMBD.com

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Flavio Emoli
Kapten Juventus FC
1963–1965
Diikuti oleh:
Ernesto Càstano