Otto Johann Anton Skorzeny (12 Jun 1908 – 5 Julai 1975) adalah seorang pegawai SS Jerman berkelahiran Austria yang berpangkat Obersturmbannführer-SS (Leftenan Kolonel SS) dalam Waffen-SS semasa Perang Dunia II. Sewaktu peperangan, beliau terlibat dalam beberapa operasi, termasuk penyingkiran Miklós Horthy dari jawatan Pemangku Raja Hungary dan serangan Gran Sasso yang mana menyelamatkan Benito Mussolini dari tawanan. Skorzeny memimpin Operasi Greif di mana askar Jerman menyusup ke dalam garisan pihak Sekutu dengan menggunakan pakaian seragam, peralatan, dan bahasa musuh mereka. Kerana itu beliau telah didakwa di Tribunal Tentera Dachau kerana melanggar Konvensyen Hague 1907, tetapi telah dibebaskan selepas mantan ejen SOE British F. F. E. Yeo-Thomas memberi keterangan bahawa beliau dan operatifnya memakai pakaian seragam Jerman dibelakang barisan musuh.

Otto Skorzeny
Mejar SS Skorzeny pada September 1943
Nama samaranScarface [perlu rujukan]
Kelahiran(1908-06-12)12 Jun 1908
Vienna, Austria-Hungary
Meninggal dunia5 Julai 1975(1975-07-05) (umur 67)
Madrid, Spain
Kesetiaan Jerman Nazi
Egypt (penasihat ketenteraan kepada Nasser)
 Argentina (penasihat ketenteraan kepada Peron)[1]
 Israel (bekerja untuk Mossad)[2][3]
Perkhidmatan Schutzstaffel
Tahun perkhidmatan1931–1945
PangkatObersturmbannführer
ArahanSonder Lehrgang Oranienburg
Briged 150 Panzer SS
PertempuranPerang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak
Tugas lainJurutera awam[perlu rujukan]

Skorzeny melarikan diri dari kem tahanan pada tahun 1948, bersembunyi di sebuah ladang Bavaria selama 18 bulan dan menghabiskan masa di Paris dan Salzburg sebelum akhirnya menetap di Sepanyol rejim Franco. Pada tahun 1953 beliau menjadi penasihat ketenteraan kepada Presiden Mesir Mohammed Naguib dan merekrut sekumpulan staf bekas pegawai SS dan Wehrmacht untuk melatih Tentera Darat Mesir, terus kekal sebagai penasihat Presiden Gamal Abdel Nasser. Beliau menghabiskan masa di Argentina, di mana beliau berkerja sebagai penasihat ketenteraan kepada Presiden Juan Perón dan sebagai pengawal peribadi Eva Perón, isteri presiden.[1] Pada tahun 1962 atau 1963, Skorzeny didakwa direkrut oleh Mossad dan menjalankan operasi untuk agensi tersebut. Skorzeny meninggal dunia akibat barah peparu pada 5 Julai 1975 di Madrid pada usia 67 tahun.

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Pangkat SS Skorzeny
Tarikh Pangkat
Februari 1940 SS-Anwärter (askar pelatih)
SS-Mann (prebet)
SS-Scharführer (sarjan)
SS-Oberscharführer (staf sarjan)
SS-Scharführer[a]
1 September 1940 SS-Oberscharführer (staf sarjan)
SS-Hauptscharführer (sarjan kelas pertama)
30 Januari 1941 SS-Untersturmführer (leftenan kedua)
Julai 1942 SS-Obersturmführer (leftenan pertama)
28 April 1943 SS-Hauptsturmführer (kapten)
13 September 1943 SS-Sturmbannführer (mejar)
22 Oktober 1944 SS-Obersturmbannführer (leftenan kolonel)

Anugerah kebesaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Crutchley, Peter (30 December 2014). "How did Hitler's scar-faced henchman become an Irish farmer?". BBC. Dicapai pada 25 December 2016.
  2. ^ Stillwell, Blake (4 October 2016). "This is how 'the most dangerous man in Europe' hunted his fellow Nazis for Israel". Business Insider.
  3. ^ Raviv, Dan. "The Strange Case of a Nazi Who Became an Israeli Hitman". Haaretz.
  4. ^ Thomas 1998, p. 329.
  5. ^ Fellgiebel, Walther-Peer (1 January 2003). Elite of the Third Reich: The Recipients of the Knight's Cross of the Iron Cross, 1939-45. Helion & Company Limited. ISBN 9781874622468. Dicapai pada 21 April 2017 – melalui Google Books.

Bibliografi sunting

[1]

Pautan luar sunting


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan

  1. ^ "המוסד: סיפור כיסוי". mossad (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 December 2019.