Parti Buruh (United Kingdom)

(Dilencongkan daripada Parti Buruh (UK))

Parti Buruh adalah sebuah parti politik di United Kingdom yang berhaluan tengah kiri. Parti ini dianggap sebagai sejenis parti yang mempunyai liputan pemahaman politik menyeluruh dari pemikiran demokrasi sosial, sosialis serta golongan kesatuan sekerja.[5] Platform parti ini menekankan campur tangan kerajaan yang lebih besar, keadilan sosial serta pengukuhan hak-hak pekerja. Parti ini adalah anggota Parti Sosialis Eropah dan Perikatan Progresif (Progressive Alliance) bahkan ia turut memegang status pemerhati dalam pertubuhan Sosialis Antarabangsa.

Parti Buruh
PemimpinKeir Starmer
Naib KetuaAngela Rayner
Setiausaha AmDavid Evans
Ditubuhkan27 Februari 1900; 124 tahun yang lalu (1900-02-27)[1][2]
Ibu pejabatLabour Central
Kings Manor
Newcastle upon Tyne
NE1 6PA
Sayap pelajarPelajar-pelajar Buruh Labour Students
Sayap beliaBuruh Muda
Young Labour
(dahulunya Sosialis Muda Parti Buruh Labour Party Young Socialists)
Keanggotaan (Jun 2017) 552,000
IdeologiDemokrasi sosial[3]
Kedudukan politikTengah kiri
Penggabungan EropahParti Sosialis Eropah
Penggabungan antarabangsa
Kumpulan Parlimen EropahPerikatan Progresif Sosialis dan Demokrat
Dewan Rakyat
411 / 650
Dewan Pertuanan
177 / 790
Parlimen Scotland
22 / 129
Senedd
30 / 60
Datuk bandar serantau[nb]
11 / 12
Perhimpunan London
11 / 25
PCC dan PFCC
17 / 37
Datuk Bandar yang dipilih secara langsung
10 / 16
Ahli Majlis[nb][4]
6,561 / 18,646
Laman sesawang
www.labour.org.uk
Politik United Kingdom
Parti politik
Pilihan raya
 Datuk Bandar London dan 11 pihak berkuasa gabungan datuk bandar. 
 Ahli majlis pihak berkuasa tempatan di England (termasuk 25 aldermen Bandaraya London) dan Scotland, majlis utama di Wales dan majlis tempatan di Ireland Utara

Penubuhan parti ini pada tahun 1900, berpunca sebagai kesan pergerakan kesatuan-kesatuan pekerja serta parti-parti sosialis yang muncul pada abad ke-19. Ia mendahului Parti Liberal sebagai parti pembangkang utama terhadap Parti Konservatif pada awal tahun 1920-an, membentuk kerajaan minoriti di bawah Ramsay MacDonald pada tahun 1924 serta penggal tahun 1929 hingga tahun 1931. Parti Buruh kemudiannya berkhidmat dalam kerajaan gabungan ketika berlakunya Perang Dunia Kedua dari penggal tahun 1940 untuk 1945. Parti ini membentuk kerajaan majoriti yang diketuai Clement Atlee selepas tamatnya perang tersebut sehingga tahun 1951. Parti ini juga memerintah dalam kerajaan Britain dari tahun 1964 hingga tahun 1970 di bawah Harold Wilson, serta dari tahun 1974 hingga tahun 1979 yang mulanya di bawah Wilson dan kemudiannya di bawah James Callaghan.

Parti ini menjadi parti memerintah paling lewatnya dari 1997 hingga 2010 di bawah Tony Blair dan Gordon Brown. Parti ini telah diketuai oleh Ed Miliband dari tahun 2010 dan kemudiannya Jeremy Corbyn dari tahun 2015 setelah meninggalkan gabungan kerajaan yang memerintah.

Parti Buruh kini merupakan parti Pembangkang Rasmi dalam Parlimen United Kingdom setelah ia memenangi bilangan kerusi kedua terbanyak dalam Pilihan Raya Umum Britain 2017. Parti Buruh merupakan parti terbesar dalam Dewan Undangan Wales (yang juga membentuk parti utama dalam kerajaan negara tersebut) serta merupakan parti ketiga terbesar di Parlimen Scotland. Parti ini juga mempunyai perwakilan kedua terbesar dari United Kingdom dalam persidangan Parlimen Eropah di mana ahli-ahli parti ini duduk di Kumpulan Sosialis dan Demokrat . Meskipun parti ini juga bersidang di Ireland Utara, ia tidak mempertandingkan pilihan raya di sana tetapi sebaliknya menyokong Parti Buruh dan Demokratik Sosial (Social Democratic and Labour Party) di kawasan tersebut.

Prestasi pilihan raya

sunting

Dalam Pilihan Raya Umum UK

sunting
Pilihan raya Ketua parti Undian Bilangan kerusi Kedudukan Kerajaan yang terbentuk
# % # ±
1900 Keir Hardie 62,698 1.8
2 / 670
▲ 2 ke-4 Konservatif–Kesatuan Liberal
1906 Keir Hardie 321,663 5.7
29 / 670
▲ 27 ▲ ke-4 Liberal
Januari 1910 Arthur Henderson 505,657 7.6
40 / 670
▲ 11 ▬ ke-4 minoriti Liberal
Disember 1910 George Nicoll Barnes 371,802 7.1
42 / 670
▲ 2 ▬ ke-4 minoriti Liberal
1918[fn 1] William Adamson 2,245,777 21.5
57 / 707
▲ 15 ▬ ke-4 Liberal (melalui Coalition Coupon)–Konservatif
1922 Clynes, J. R. Clynes 4,076,665 29.7
142 / 615
▲ 85 ▲ ke-2 Konservatif
1923 Ramsay MacDonald 4,267,831 30.7
191 / 625
▲ 49 ▬ ke-2 minoriti Buruh
1924 Ramsay MacDonald 5,281,626 33.3
151 / 615
  40 ▬ ke-2 Konservatif
1929[fn 2] Ramsay MacDonald 8,048,968 37.1
287 / 615
▲ 136 ▲ Pertama minoriti Buruh
1931 Arthur Henderson 6,339,306 30.8
52 / 615
  235   ke-2 Buruh Kebangsaan–Konservatif–Liberal
1935 Clement Attlee 7,984,988 38.0
154 / 615
▲ 102 ▬ ke-2 Konservatif–Buruh Kebangsaan–Liberal Kebangsaan
1945 Clement Attlee 11,967,746 49.7
393 / 640
▲ 239 ▲ Pertama Buruh
1950 Clement Attlee 13,266,176 46.1
315 / 625
  78 ▬ Pertama Buruh
1951 Clement Attlee 13,948,883 48.8
295 / 625
  20   ke-2 Konservatif
1955 Clement Attlee 12,405,254 46.4
277 / 630
  18 ▬ ke-2 Konservatif
1959 Hugh Gaitskell 12,216,172 43.8
258 / 630
  19 ▬ ke-2 Konservatif
1964 Harold Wilson 12,205,808 44.1
317 / 630
▲ 59 ▲ Pertama Buruh
1966 Harold Wilson 13,096,629 48.0
364 / 630
▲ 47 ▬ Pertama Buruh
1970[fn 3] Harold Wilson 12,208,758 43.1
288 / 630
  76   ke-2 Konservatif
Februari 1974 Harold Wilson 11,645,616 37.2
301 / 635
▲ 13 ▲ Pertama minoriti Buruh
Oktober 1974 Harold Wilson 11,457,079 39.2
319 / 635
▲ 18 ▬ Pertama Buruh
1979 James Callaghan 11,532,218 36.9
269 / 635
  50   ke-2 Konservatif
1983 Michael Foot 8,456,934 27.6
209 / 650
  60 ▬ ke-2 Konservatif
1987 Neil Kinnock 10,029,807 30.8
229 / 650
▲ 20 ▬ ke-2 Konservatif
1992 Neil Kinnock 11,560,484 34.4
271 / 651
▲ 42 ▬ ke-2 Konservatif
1997 Tony Blair 13,518,167 43.2
419 / 659
▲ 148 ▲ Pertama Buruh
2001 Tony Blair 10,724,953 40.7
413 / 659
  6 ▬ Pertama Buruh
2005 Tony Blair 9,562,122 35.3
356 / 646
  57 ▬ Pertama Buruh
2010 Gordon Brown 8,601,441 29.1
258 / 650
  98   ke-2 Konservatif-Liberal Demokratik
2015 Ed Miliband 9,339,818 30.5
232 / 650
  26 ▬ ke-2 Konservatif
2017 Jeremy Corbyn 12,874,985 40.0
262 / 650
▲ 30 ▬ ke-2 minoriti Konservatif-Kesatuan Demokratik (DUP)
  1. ^ Pilihan raya yang pertama dilakukan di bawah Akta Perwakilan Rakyat Tahun 1918 di mana semua lelaki melebih umur 21 tahun serta kebanyakan wanita melebihi usia 30 tahun dibenarkan mengundi.
  2. ^ Pilihan raya pertama yang dilakukan di bawah Akta Perwakilan Rakyat 1928 di mana semua wanita melebihi umur 21 tahun dibenarkan mengundi.
  3. ^ Kebenaran mengundi diluaskan untuk semua rakyat yang berusia 18 hingga 20 tahun di bawah Akta Perwailan Rakyat 1969.

Kepimpinan

sunting

Senarai Pemimpin Parti Buruh sejak tahun 1906

sunting

Senarai Perdana Menteri UK dari parti Buruh

sunting
Nama Gambar Negara kelahiran Tempoh memegang jawatan
Ramsay MacDonald   Scotland 1924; 1929–1931
Clement Attlee   England 1945–1950; 1950–1951
Harold Wilson   England 1964–1966; 1966–1970; 1974; 1974–1976
James Callaghan   England 1976–1979
Tony Blair   Scotland 1997–2001; 2001–2005; 2005–2007
Gordon Brown   Scotland 2007–2010

Rujukan

sunting
  1. ^ Brivati & Heffernan 2000: "Pada 27 Februari 1900, Jawatankuasa Perwakilan Buruh telah dibentuk untuk berkempen bagi pemilihan wakil kelas pekerja ke parlimen."
  2. ^ Thorpe 2008, m/s. 8.
  3. ^ "Parties and Elections in Europe".
  4. ^ "Open Council Data UK – compositions councillors parties wards elections". opencouncildata.co.uk.
  5. ^ Matthew Worley (2009). The Foundations of the British Labour Party: Identities, Cultures and Perspectives, 1900-39. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 1–2. ISBN 978-0-7546-6731-5.

Pautan luar

sunting
Laman-laman sesawang rasmi