Sosialis Antarabangsa

antarabangsa politik

Sosialis Antarabangsa ialah sebuah pertubuhan antarabangsa parti-parti politik demokrasi sosial and buruh. SA dinamakan sempena Antarabangsa Kedua yang ditubuhkan pada tahun 1889 tetapi bubar pada hari sebelum Perang Dunia I pada tahun 1914. Antara tindakan-tindakan Antarabangsa Kedua yang paling dikenali termasuk perisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Antarabangsa pada tahun 1889 dan perisytiharan 8 Mac sebagai Hari Wanita Antarabangsa pada tahun 1910. Apabila Antarabangsa Kedua dipecahkan oleh pencetusan Perang Dunia I, timbulnya satu bentuk rangka berbentuk Suruhanjaya Sosialis Antarabangsa. International dibentuk semula pada tahun 1923 (sebagai Buruh dan Sosialis Antarabangsa), lalu digabungkan semula menjadi bentuknya hari ini, selepas Perang Dunia II (apabila banyak parti demokratik sosial dan sosialis tertindas di Eropah yang dikuasai Nazi).

Sosialis Antarabangsa
Parties of Socialist International.svg
Negara-negara dengan ahli-ahli Sosialis Antarabangsa
SingkatanSA
PendahuluBuruh dan Sosialis Antarabangsa
Pembentukan3 Jun 1951; 72 tahun yang lalu (1951-06-03)
JenisPertubuhan bukan kerajaan antarabangsa
Tujuan"Mengukuhkan hubungan antara parti gabungan dan untuk menyelaraskan sikap dan aktiviti politik mereka"[1]
Ibu pejabatMaritime House, Old Town, Clapham
Lokasi
Kawasan berkhidmatSeluruh dunia
Ahli153
PresidenPedro Sánchez
Setiausaha AgungLuis Ayala [Wikidata]
Organisasi utama
Kongres Antarabangsa Sosialis
Belanjawan£1.4 juta (2014)[2]
Laman web rasmiwww.socialistinternational.org Sunting ini di Wikidata

Pada zaman selepas Perang Dunia II, SA membantu parti-parti demokratik sosial bangkit semula apabila pemerintahan diktator memberi laluan kepada demokrasi di Portugal (1974) dan Sepanyol (1975). Sehingga Kongres Geneva 1976, SA kekurangan ahli di luar Eropah dan tiada penglibatan rasmi dengan Amerika Latin[3]. Pada era 1980-an, kebanyakan parti SA menyumbangkan sokongan kepada pihak Sandinista Nicaragua (FSLN) yang kerajaan haluan kirinya baru membangkitkan kemarahan Amerika Syarikat. Semenjak itu, SA menerima keahlian bukan sahaja FSLN bahkan juga golongan tengah-kiri Parti Kemerdekaan Puerto Rico, serta parti-parti bekas Komunis seperti Demokrat Kiri (Democratici di Sinistra, DS) Itali dan Barisan Pembebasan Mozambique (FRELIMO).

Parti Sosialis Eropah, sebuah parti politik Eropah yang aktif dalam Parlimen Eropah, merupakan sebuah pertubuhan yang bersekutu dengan Sosialis Antarabangsa.

Parti ahliSunting

Kini mentadbirSunting

Ahli penuh yang kini mentadbirSunting

RujukanSunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan statutes tidak disediakan
  2. ^ "Finances of the International". Socialist International.
  3. ^ The Dictionary of Contemporary Politics of South America, Routledge, 1989

Pautan luarSunting