Pemancungan

hukuman bunuh dengan memotong leher
(Dilencongkan daripada Pemenggalan)

Pemancungan atau pemenggalan adalah tindakan memisahkan lengkap kepala dari badan sesuatu hidupan baik manusia ataupun haiwan lalu mematikan hidupan tersebut akibat kerosakkan semua organ fungsi sukarela yang diperlukan untuk tubuh berfungsi, sambil otak kehilangan darah beroksigen dan tekanan darah. Ia boleh dilakukan secara sengaja - melalui pengunaan senjata berbilah asas (seperti pedang, kapak dan parang) sehinggalah alat serumit gilotin - mahupun secara tidak sengaja seperti berikutan suatu kemalangan.

Gambaran seorang Maharaja Habsyi melaksanakan hukuman pancung terhadap seberapa orang, catan abad ke-18
Seorang askar Australia tahanan perang bakal dipancung kepalanya oleh askar Jepun dengan pedang shin guntō, di New Guinea tahun 1943

Ia sering dilakukan untuk menghukum mati seseorang pesalah laku - hanya sedikit sahaja negara termasuk Arab Saudi yang masih mengamalkan ia pada hari ini. Namun, ia turut dilakukan terhadap mayat yang sudah mati baik dengan tujuan mendapatkan kehormatan si pemenggal, memberi amaran kepada penjenayah dan orang awam, menyukarkan pengenalpastian si mati dikenal pasti, memulihara diri, atau untuk alasan lebih esoterik lain.[1][2]

Penggiat hukuman ini dikenali sebagai algojo.

Fisiologi

sunting

Pemancungan segera mematikan manusia dan banyak jenis haiwan di mana yang dipenggal pitam dalam 10 saat akibat penyusutan darah beroksigen (iskemia otak) lalu menyebabkan keracunan eksitos (excitotoxicity) membawa kepada kematian sel dan kerosakan otak dalam masa 3–6 minit.[3]

Ada sesetengah haiwan yang mampu terselamat meskipun kepala dipenggal (seperti lipas[4]) lagi-lagi haiwan yang mempunyai metabolisme rendah seperti ayam, ular dan penyu.[5][6][7]

Sejarah

sunting

Amalan ini telah dijadikan hukuman mati selama beralaf-alaf.

Hukuman ini pernah lazim di Jepun untuk jenayah yang agak ringan sekalipun; samurai sendiri diberikan kebenaran memenggal kepala mana-mana askar yang melarikan diri daripada medang perang kerana ia dianggap membawa malu dan tanda penakut. Ia juga merupakan langkah akhir dalam perbuatan sepukku yakni membunuh diri demi menebus rasa malu; seorang akan mempercepatkan ajal si pembunuh diri dengan memenggal kepalanya menggunakan katana.

Ia pernah jadi hukuman mati paling lazim di Korea sehingga tahun 1896, malah juga di China semasa ia diperintah banyak kerajaan.

Eropah

sunting

Perancis merupakan antara negara terkenal mengenakan hukuman ini terhadap pesalah lakunya lagi-lagi dengan penggunaan alat khas yang dicipta khusus untuk tujuan sebegini iaitu gilotin (guillotine) yang diperkenalkan pada hujung Revolusi Perancis tahun 1791. Hamida Djandoubi, seorang penjenayah atas dakwaan pembunuhan merupakan orang terakhir dihukum pancung di Marseilles tahun 1977,[8] sebelum ia dimansuhkan Presiden François Mitterrand tahun 1981. the device was also used, including on St Pierre in 1889 and on Martinique as late as 1965.[9]

Banyak negeri-negeri Jerman turut mengamalkan hukuman ini dengan alat khas mirip gilotin iaitu Fallbeil ([fal-bail], "kapak jatuh") sejak abad ke-17 dan 18 lalu menerus terutamanya semasa zaman pemerintahan Nazi untuk menghukum penjenayah politik dan penderhaka. Hukuman ini dimansuhkan di Jerman Barat pada tahun 1949.

Hukuman ini di Britain lebih khusus untuk penjenayah dalam kalangan bangsawan berbanding rakyat jelata yang lebih dihukum gantung. Pihak Empayar yang menjajah banyak kawasan di seluruh dunia pula pernah menggunakan taktik ini untuk menggerunkan warga setempat sebagai tanda penundukan kuasa terutamanya di Afrika, Tasmania dan China.[10][11]

Hukuman pada zaman kini

sunting

Hanya tiga sahaja negara yang mencatatkan hukuman ini sebagai suatu hukuman yang masih dipakai dalam undang-undang setempat: Arab Saudi, Qatar dan Yaman. Walau bagaimanapun, hanya Arab Saudi sahaja yang melaksanakan hukuman ini secara menerus berdasarkan penafsiran hudud yang ditetapkan undang-undang Syariah setempat yakni undang-undang asas dalam negara tersebut. Antara kesalahan yang boleh dihukum sedemikian ialah rogol, pembunuhan, kemurtadan dan pengamalan ilmu sihir.[12]

Rujukan

sunting
  1. ^ Francis Larson. Severed: a history of heads lost and heads found Liveright, 2014.
  2. ^ Fabian, Ann (1 December 2014). "Losing our Heads (review of Larson's "Severed" Chronicle of Higher Education". Dicapai pada 1 December 2014.
  3. ^ Gabriel Beaurieux, writing in 1905, quoted in Kershaw, Alister (1958). A History of the Guillotine. John Calder. ISBN 9781566191531., cited by "Losing One's Head: A Frustrating Search for the 'Truth' about Decapitation". The Chirurgeon's Apprentice. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-09. Dicapai pada April 8, 2014.
  4. ^ Choi, Charles. "Fact or Fiction?: A Cockroach Can Live without Its Head". Dicapai pada 25 Februari 2017.
  5. ^ Leahy, Stephen (7 Jun 2018). "Decapitated Snake Head Nearly Kills Man—Here's How". National Geographic. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  6. ^ Sjøgren, Kristian (13 Februari 2014). "Why do headless chickens run?". SciencNordic. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  7. ^ "AL man battles headless rattlesnake". WSFA 12 News. 7 Jun 2018. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  8. ^ Il y a 30 ans, avait lieu la dernière exécution [Thirty years ago, the last execution took place] (dalam bahasa Perancis), Le Nouvel Observateur, 10 September 2007, dicapai pada 28 March 2014 (Templat:Google translation)
  9. ^ http://grandcolombier.com/wp-content/uploads/2014/12/zuzaregui.jpg
  10. ^ Stannard, David E. (1992). American Holocaust. New York: Oxford University Press.
  11. ^ Brown, Vincent (2010). The Reaper's Garden. United States: Harvard University Press.
  12. ^ "Saudi executioner tells all". BBC News. 5 June 2003. Dicapai pada 11 July 2011.