Pengguna:Tofeiku/Kotak pasir
![]() | Ini merupakan kotak pasir pengguna bagi Tofeiku. Kotak pasir pengguna ialah sublaman bagi laman pengguna. Ia berfungsi sebagai tempat untuk membuat ujian dan ruang pembangunan laman untuk pengguna dan ia bukanlah rencana ensiklopedia. Cipta atau sunting kotak pasir anda sendiri di sini. Kotak pasir lain: Kotak pasir utama | Kotak pasir tutorial 1, 2, 3, 4, 5 | Kotak pasir templat Menulis suatu rencana dan bersedia untuk memohon untuk ia dicipta? |
Muzium & Galeri Tuanku Fauziah موزيوم دان ݢالري توانکو فوزيه | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama lama | Muzium dan Galeri Seni USM |
Ditubuhkan | 21 Januari 1982 |
Jenis | Muzium, muzium sains, muzium seni |
Maklumat pentadbiran | |
Pengarah | Zolkurnian Hassan |
Kurator | Afzanizam Mohd Ali |
Pemilik | Universiti Sains Malaysia |
Maklumat geografi | |
Lokasi | |
Koordinat | 5°21′39.7″N 100°18′24.4″E / 5.361028°N 100.306778°EKoordinat: 5°21′39.7″N 100°18′24.4″E / 5.361028°N 100.306778°E |
Maklumat pelawat | |
Kemudahan pengangkutan awam | Bas CAT Pulau Pinang |
Tempat letak kereta terdekat | Di tapak (tiada caj) |
Laman sesawang | |
sunting ![]() |
Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) ialah sebuah muzium dan galeri yang terletak di Universiti Sains Malaysia, sebuah universiti awam di Pulau Pinang, Malaysia. Muzium ini dinamakan sempena Canselor USM pada ketika itu iaitu Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah.
Sejarah
suntingBangunan muzium ini asalnya perpustakaan USM yang pertama sebelum dirasmikan sebagai sebuah muzium pada tahun 1982. Muzium ini dicetuskan oleh visi Naib Canselor USM yang pertama iaitu Tan Sri Profesor Hamzah Sendut.
Lokasi
suntingMuzium ini terletak di sebuah kawasan yang bernama Bukit Tok Jannatun, sempena denga seorang peneroka Minangkabau yang telah dikurniakan sebidang tanah dari Batu Uban ke Gelugor pada pertengahan abad ke-18 oleh Sultan Kedah Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II. Kawasan bukit itu kemudian dimiliki oleh David Brown, seorang saudagar Inggeris dan membina kediamannya di puncak bukit tersebut. Kawasan ini kemudiannya diperuntukkan kepada tentera British dan dinamakan Minden sempena sebuah bandar di Jerman. Kawasan tersebut seterusnya diserahkan kepada tentera Malaysia sebelum dijadikan sebuah universiti awam.[1]
Koleksi
suntingMuzium ini menyimpan banyak koleksi untuk dipamerkan. Koleksi yang dipamerkan di muzium ini dari bidang sains dan teknologi serta seni budaya. Selain itu, turut terhimpun seni rupa moden Malaysia da artifak budaya Melayu di muzium tersebut. Terdapat 12 jenis koleksi yang dipamerkan di muzium ini iaitu:
- Koleksi seni halus
- Koleksi seni video & media baru
- Koleksi seni tradisional Malaysia dan seni persembahan Asia
- Koleksi seni dan teknologi tradisional dari Dunia Islam
- Koleksi kaligrafi Cina
- Koleksi keris tradisional Melayu
- Koleksi etnografi
- Koleksi artifak purba
- Koleksi teknologi moden
- Koleksi sains alam semula jadi
- Koleksi Tun Hamdan Sheikh Tahir
- Koleksi cosplay
Seni bina
suntingBangunan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah menampilkan gaya seni bina neo-klasikal dan bertiang Doric.
Galeri
suntingPameran
suntingWaktu lawatan
suntingMuzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin pada jam 9 pagi hingga 5 petang.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Masrah Abidin (2007). Majlis Pemasyhuran Muzium & Galeri Tuanku Fauziah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. ISBN 978-983-3986-00-2.