Pentas Akhir Piala Emas Raja-Raja 2022

Pentas Akhir Piala Emas Raja-Raja 2022 ialah perlawanan bola sepak untuk menentukan juara Piala Emas Raja-Raja 2022. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Selangor. Pasukan PDRM dan PBM Selangor merupakan dua pasukan yang akan merebut trofi kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini. Petrolife, syarikat berkaitan minyak dan gas tempatan merupakan penaja utama untuk perlawanan akhir ini.

Pentas Akhir Piala Emas Raja-Raja 2022
PeristiwaPiala Emas Raja-Raja 2022
Tarikh12 November 2022 (2022-11-12)
TempatStadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya
CuacaCerah (25 °C (77 °F))[1]

Pasukan PBM Selangor melangkah ke peringkat kalah mati dengan mengumpul tujuh mata hasil daripada 2 kemenangan dan satu seri. Di peringkat kalah mati pula, pasukan PBM Selangor mengalahkan pasukan juara Piala Emas Raja-Raja 2017 iaitu PBM Pulau Pinang[2], dan mengalahkan pasukan PBM Kelantan dalam saingan separuh akhir. Pasukan PDRM pula mengikuti jejak pasukan PBM Selangor apabila berada dalam kumpulan yang sama, mengumpul enam mata hasil daripada dua kemenangan dan satu kekalahan, di mana mereka kalah kepada pasukan PBM Selangor dengan jaringan 1-2. Pasukan PDRM meneruskan kemaraan mereka dalam kejohanan ini apabila mengalahkan pasukan PBM Perlis dalam saingan suku akhir, sebelum memperoleh kemenangan ke atas pasukan PBM Melaka dalam saingan separuh akhir.


Pasukan layak sunting

Berikut di bawah adalah dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir.

Pasukan
  PDRM
  PBM Selangor


Tempat sunting

Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dipilih sebagai lokasi perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2022. Stadium ini telah dibuka kepada umum pada tahun 1996 dan mampu menampung seramai 25,000 orang penonton dalam satu-satu masa. Stadium MBPJ ini merupakan stadium tuan rumah bagi pasukan Selangor FC buat masa kini kerana Stadium Shah Alam bakal dirobohkan dan diganti dengan stadium baru[3][4].

Bagi kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi kali ini, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hanya digunakan dalam perlawanan peringkat akhir sahaja.

Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/Malaysia Barat" does not exist.

Petaling Jaya, Selangor
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Kapasiti: 25,000
 


Latar belakang sunting

PBM Selangor merupakan antara pasukan bola sepak Melayu yang paling banyak menyertai kejohanan Piala Emas Raja-Raja (sebelumnya dikenali sebagai Piala Emas Sultan-Sultan). Dalam edisi pertama kejohanan ini yang diadakan pada tahun 1924, pasukan Melayu Selangor yang diwakili oleh Kelab Sultan Suleiman mengalahkan pasukan Melayu Negeri Sembilan dengan jaringan tiga gol berbalas kosong[5]. Walau bagaimanapun, kali terakhir pasukan PBM Selangor memenangi kejohanan ini adalah pada tahun 1997 di mana mereka menumpaskan pasukan PBM Kelantan dengan jaringan 3-1[6]. Ironinya, kali terakhir pasukan PBM Selangor melangkah ke perlawanan akhir adalah pada tahun 2003, menentang pasukan PBM Kelantan sekali lagi, namun kalah dengan jaringan 2-1.

Bagi pasukan PDRM pula, ini merupakan kali kedua mereka melangkah ke perlawanan akhir kejohanan Piala Emas Raja-Raja. Edisi ke-76 (2016) merupakan kali pertama pasukan PDRM melangkah ke perlawanan akhir[7], namun tewas kepada pasukan PBM Pahang dengan jaringan 2-6 di Stadium Darul Makmur[8]. Ini bermakna pasukan PDRM belum lagi pernah memenangi kejohanan Piala Emas Raja-Raja sepanjang penyertaan mereka.


Butiran perlawanan sunting

PDRM  2 - 3  PBM Selangor
Muhamad Fakrullah   22'
Muhamad Eskandar Ismail   59'
  3' Muhammad Adim Muzahhir
  73' Muhammad Amirul Haziq
  119' Nazrin Mohamad Nasir
 
 
 
 
 
 
 
 
PDRM
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PBM Selangor
GK 18   Wilfred Anak Jabun
4   Ahmad Nizam Mohd Rodzi (k)
5   Mohd Zulhairi Mohd
6   Muhammad Alif Najmi Ahmad
9   Muhammad Akif Iqraiz
11   Christopher Keli
15   Mohd Fakhrullah
17   Mohamad Iqbal Azmi
23   M Luqman Hakim
27   Muhamad Eskandar Ismail
33   Muhammad Fakhrul Azmi
Pemain gantian:
GK 1   Muhammad Syahmin
16   Muhammad Alif Aidil
19   Aiman Syafiq Zakaria
21   Amirul Adam Saarani
28   Haziq Rahim Iskandar
30   Nazaruddin Bohri
32   Muhammad Aufa Syahir
Jurulatih:
  Rohaizan Md Ribi
GK 1   Muhammad Aizul Hakim
2   Danish Erfan Ezal
3   Muhammad Hariz Mansor (k)
5   Muhammad Adim Muzahhir
6   Muhammad Raimi Shamsul
8   Muhammad Azrul Haikal
11   Aleff Haedi Za'ba
14   Alif Daniel Abd Aziz
15   Niamulhasan Alias
19   Muhammad Haleif Hazriel
22   Mohamad Mustakim Mustapha
Pemain gantian:
GK 18   Aif Danish Saifudin
4   Muhammad Sahil Mohd Husni
9   Nazrin Mohamad Nasir
10   Muhammad Fakrul Iman
16   Muhammad Haiqal Haqeemi
20   Muhamamd Syazwan Irfan
21   Muhammad Amirul Haziq
Jurulatih:
  Shaiful Nizam Ab Khamis[9]


Trivia sunting

  • Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia menyenaraikan penentuan juara menerusi balingan duit syiling sebanyak tiga kali sebagai pilihan keempat jika perlawanan akhir masih lagi berkesudahan seri, termasuklah selepas selesai sepakan penalti yang diambil oleh kesemua 11 orang pemain[10].
  • Kesemua pemain serta pegawai sukan pasukan yang memenangi kejohanan ini bakal menerima kepingan emas seberat dua gram yang ditaja oleh syarikat KAB Gold Sdn Bhd[11]. Selain itu, emas edisi khas Piala Emas Raja-Raja 100 tahun turut dikeluarkan dalam stok yang terhad.
  • Menurut ketua jurulatih PDRM, Rohaizan Md Ribi, pasukannya tidak mengadakan perlawanan persahabatan kerana rata-rata pemain adalah anggota polis yang sedang sibuk bertugas untuk persiapan Pilihanraya Umum ke-15[12].


Rujukan sunting

  1. ^ Past Weather in Petaling Jaya, Malaysia — November 2022, timeanddate, dicapai pada 16 Januari 2023
  2. ^ Ibrahim, Hasbullah (12 November 2017). "PP juara Piala Emas Raja-Raja". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  3. ^ "Ramai teruja reka bentuk baharu Stadium Shah Alam". Kosmo. 1 Oktober 2022. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  4. ^ Zamri, Adam (30 September 2022). "Stadium lebih canggih ganti Stadium Shah Alam". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  5. ^ "SELANGOR WINS EXHIBITION FOOTBALL". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. 2 September 1926. m/s. 16. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  6. ^ Ahmad, Abdul Hafiz (30 Oktober 2022). "Selangor, PDRM tentukan juara Piala Emas Raja-raja 12 November ini". Bebas News. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  7. ^ "PDRM Lakar Sejarah Mara Ke Akhir Piala Emas Raja-Raja". MStar. 4 Disember 2016. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  8. ^ "Kojie bantu Pahang juarai Piala Emas Raja-raja 2016". Berita Harian. 14 Disember 2016. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  9. ^ Syazwan, Mohd (12 November 2022). "Selangor tamatkan penantian 25 tahun". Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  10. ^ Ahmad, Abdul Hafiz (11 November 2022). "Syiling penentu juara Piala Emas Raja-raja 2022 jika terus seri". Bebas News. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  11. ^ Mansor, Zulfaizan (7 Ogos 2022). "Hadiah emas menanti juara Piala Emas Raja-Raja". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2023.
  12. ^ Johari, Firdaus (13 November 2022). ""Kami dedikasi kemenangan untuk Allahyarham Husni Idrus" – Shaiful Nizam Khamis". Flash Sukan. Dicapai pada 16 Januari 2023.