Jordan (Arab: الأردن) merupakan sebuah negara yang mempunyai sokongan politik yang kuat dan pelbagai lokasi yang telah digunakan oleh pembuat filem dari seluruh dunia. Filem yang telah dirakam di Jordan termasuk Indiana Jones and the Last Crusade yang difilemkan di Petra pada 1988. Lawrence of Arabia diarahkan oleh David Lean difilemkan di padang pasir Wadi Rum pada 1961.[3] Filem terbaharu yang dirakam di Jordan ialah The Hurt Locker arahan Kathryn Bigelow, Redacted arahan Brian De Palma, beberapa adegan unit kedua daripada Transformers: Revenge of the Fallen, Fair Game dibintangi Sean Penn, Battle for Haditha arahan Nick Broomfield.[4][5][6][7] Filem Jordan seperti Captain Abu Raed juga diilhamkan dan difilemkan di negara itu.

Perfileman Jordan
Sinema di Jordan
Pawagam Jordan
سينما أردنية
No. skrin24 (2007)[1]
 • Per kapita0.5 per 100,000 (2007)[1]
Jumlah kemasukan (2007)[2]
Jumlah500,000
Kutipan pecah panggung (2007)[2]
Jumlah$3.9 juta

Pada 2003, Jordan membangunkan Royal Film Commission – Jordan untuk menggalakkan pembikinan filem di negara ini dan melatih pembikin filem Jordan dalam seni pembikinan pawagam. Sebelum RFC, Amman Filmmakers Cooperative telah aktif dalam mempromosikan pembikinan filem digital melalui bengkel percuma di Amman dan komuniti terpinggir di Jordan. Filem oleh Amman Filmmakers Cooperative telah diterima baik di peringkat antarabangsa dan memenangi pelbagai anugerah.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Table 8: Cinema Infrastructure - Capacity". UNESCO Institute for Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2013. Dicapai pada 5 November 2013.
  2. ^ a b "Table 11: Exhibition - Admissions & Gross Box Office (GBO)". UNESCO Institute for Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2013. Dicapai pada 5 November 2013.
  3. ^ Filmed in Jordan
  4. ^ "Film in Jordan web site". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2011. Dicapai pada 3 September 2009.
  5. ^ "Combat Zoning: Hollywood Conjures the Middle East" Entertainment Weekly, By Youyoung Lee, 28 September 2007
  6. ^ "Jordan News, "Jordan's Film Industry Aims for the Stars", 29 Januari 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2008. Dicapai pada 3 September 2009.
  7. ^ Christian Science Monitor "Hollywood in Baghdad"