Pergi (lagu)

lagu nyanyian Aizat Amdan tahun 2010

Pergi ialah single dari runut bunyi filem Talentime, gubahan Pete Teo untuk dinyanyikan oleh Aizat. Lagu ini terdapat dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris (I Go). Lagu ini berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu 2009.

"Pergi"
Single oleh Aizat
Dilancarkan pada2009
Dirakamkan pada2009
GenreBalada
PenulisPete Teo
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Am sunting

Lagu ini pada asalnya digubah dalam bahasa Inggeris, dengan muzik dan liriknya dicipta sepenuhnya oleh Pete Teo. Lagu ini dimuatkan dalam runut bunyi filem Talentime, yang mana watak Hafiz (Mohd Shafie Naswip) mempersembahkan lagu ini dalam pertandingan bakat anjuran sekolahnya sebagai lagu gubahan sendiri. Hafiz bukan betul-betul menyanyi lagu ini, sebaliknya memadankan gerak bibirnya kepada rakaman suara Aizat.

Versi BM disumbangkan liriknya oleh Amran Omar untuk dirakam untuk keluaran radio dalam album di Malaysia.

Anugerah sunting

Pada 10 Januari 2010, lagu Pergi menggondol gelaran tertinggi Juara Lagu di acara Anugerah Juara Lagu ke-24.[1] Kejayaan ini sekaligus menyumbangkan AJL pertama kepada Teo yang terkenal sebagai pemuzik indie berbahasa Inggeris dan pengasas projek 15Malaysia, dan juga penyanyi solo kelahiran Akademi Fantasia pertama yang menjuarai AJL anjuran TV3. (Rich yang juga pernah menyertai AF, merupakan penyanyi utama kumpulan Estranged yang menjuarai Juara Lagu dua tahun sebelumnya dengan lagu Itu Kamu.)

Rujukan sunting

  1. ^ Shazryn Mohd Faizal (11 Januari 2010). "Aizat juara Anugerah Juara Lagu Ke-24". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Januari 2010.

Pautan luar sunting