Pilihan raya kecil Kemaman 2023

Pilihan raya kecil Parlimen Kemaman 2023 ialah pilihan raya kecil ketiga selepas pilihan raya umum Malaysia ke-15 yang bakal diadakan pada 2 Disember 2023.[1][2] Pilihan raya ini diadakan berikutan kemenangan penyandangnya Che Alias Hamid dibatalkan oleh mahkamah yang menyebabkan kekosongan kerusi.[3]

Pilihan raya kecil
Kemaman 2023

← 2022 2 Disember 2023 (2023-12-02)

Kerusi Kemaman di Dewan Rakyat.
Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak.
Terdaftar141,471
Pengundi hadir93,239
 
Calon Ahmad Samsuri Mokhtar Raja Mohamed Affandi
Parti PAS UMNO
Gabungan Perikatan Nasional Barisan Nasional
Undian popular 64,998 27,778

Ahli Parlimen Kemaman sebelum pilihan raya

Che Alias Hamid
PAS

Ahli Parlimen Kemaman

Ahmad Samsuri Mokhtar
PAS

Keputusan pilihan raya ini menyaksikan kemenangan calon PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar dengan majoriti 37,220.[4]

Tarikh penting sunting

Tarikh Peristiwa
2022
19 November Calon PAS yang juga penyandang, Che Alias Hamid memenangi kerusi Kemaman dalam pilihan raya umum Malaysia 2022.[5]
2023
3 Januari Seorang pengundi, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil[6] memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Petisyen dibantah oleh penyandang, Che Alias.
13 Februari Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen Wan Mohamad Hisham apabila membenarkan bantahan awal oleh penyandang berhubung petisyen yang dikatakan mengandungi fakta cacat dan tidak sah bagi menyokong dakwaan rasuah. Keputusan dirayu oleh pempetisyen.[3]
2 Mei Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Wan Mohamad Hisham untuk mengembalikan semula petisyen berkenaan menjalani perbicaraan penuh.[3]
26 September Hakim Mahkamah Tinggi, Anselm Charles Fernandis membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil, dan membatalkan kemenangan penyandang.[3]
3 Oktober PAS memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen.[7]
17 Oktober Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya.
13 November Pengumuman calon Barisan Nasional[8]
16 November Pengumuman calon Parti Islam Se-Malaysia[9]
18 November Hari penamaan calon
28 November Hari pengundian awal
2 Disember Hari mengundi

Keputusan sunting

Keputusan pilihan raya lepas (2022) sunting

Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2022 di P.040 Parlimen Kemaman
No. Calon Parti Undi Majoriti Keputusan lepas (2018)
Nama Nama pada kertas Penyandang Majoriti
1 Rosli Ab Ghani Rosli Parti Pejuang Tanah Air[n 1] 506 27,179 Ustaz Alias Abd Hamid (PAS) 2,163
2 Che Alias Hamid Ustaz Che Alias Hamid Parti Islam Se-Malaysia[n 2] 65,714
3 Ahmad Said Dato' Seri Hj Ahmad Bin Said Barisan Nasional[n 3] 38,535
4 Hasuni Sudin Hasuni bin Sudin Pakatan Harapan[n 4] 8,340

Keputusan penuh (2023) sunting

Keputusan pilihan raya kecil P.040 Parlimen Kemaman pada 2023
No. Calon Parti Undi Majoriti Keputusan lepas (2022)
Nama Nama pada kertas Penyandang Majoriti
1 Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Barisan Nasional 27,778 37,220 Ustaz Che Alias Hamid (PAS)[n 2] 27,179
2 Ahmad Samsuri Mokhtar Dr. Sam Parti Islam Se-Malaysia[n 2] 64,998

Nota sunting

  1. ^ Calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang mewakili gabungan Gerakan Tanah Air, namun menggunakan lambang Parti Pejuang Tanah Air dalam pilihan raya.
  2. ^ a b c Calon PAS yang mewakili gabungan Perikatan Nasional, namun menggunakan lambang PAS di Terengganu dan Kelantan.
  3. ^ Calon UMNO yang mewakili Barisan Nasional.
  4. ^ Calon Parti Keadilan Rakyat yang mewakili Pakatan Harapan.

Rujukan sunting

  1. ^ YUSOF, AZMI (2023-10-17). "PRK Parlimen Kemaman 2 Dis, penamaan calon 18 Nov". HD Premium (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-17.
  2. ^ RAHIM, MAISARAH SHEIKH (2023-10-17). "PRK Parlimen Kemaman 2 Disember". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-10-17.
  3. ^ a b c d Rashid, Hidir Reduan Abdul (2023-09-26). "PN hilang Kemaman: Mahkamah batalkan kemenangan Che Alias". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-10-06.
  4. ^ "PRK Kemaman: Ahmad Samsuri menang dengan majoriti 37,220 undi". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-12-04.
  5. ^ "PRU15: PAS sapu bersih kerusi Parlimen di Terengganu, Kelantan". BHarian. 19 November 2022. Dicapai pada 18 Julai 2023.
  6. ^ MOKTAR, NURFARDLINA IZZATI (2023-09-26). "Kemenangan Che Alias di Parlimen Kemaman terbatal". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-10-06.
  7. ^ BERNAMA (2023-10-03). "Pas tidak rayu keputusan petisyen Kemaman - Takiyuddin". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-06.
  8. ^ "Raja Mohamed Affandi diumum calon BN bagi PRK Kemaman". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-11-16.
  9. ^ ADLAN, MOHD AZLI (2023-11-16). "Ahmad Samsuri calon Pas PRK Kemaman". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-11-16.