Pokok Damar Hitam Gajah
Pokok Damar Hitam Gajah ialah satu spesies tumbuhan daripada famili Dipterocarpaceae yang berasal dari Borneo, iaitu Sabah, Sarawak, dan Kalimantan. Nama botaninya *Shorea gibbosa Brandis.
Pokok Damar Hitam Gajah | |
---|---|
frames | |
Pengelasan saintifik | |
|
Ciri-ciri fizikal
suntingPokok Damar Hitam Gajah tumbuh sehingga 50 meter (164 kaki) tinggi, dengan ukuran lilit sebanyak 5 meter (16 kaki 5 inci). Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:
- Batang kayu: Menampilkan akar-akar banir yang ketara, dengan dahan-dahannya terdapat agak tinggi pada batang kayu.
- Kulit kayu: Berfisur, dengan warna kekelabu-kelabuan di luar dan perang suram di sebelah dalam. Kulitnya meleleh titik-titik damar hitam atau kekuning-kuningan ketika dipotong.
- Daun: Berbentuk bujur, dengan vena yang ketara.
- Buah: Berbentuk empat segi panjang, hampir 3 sentimeter panjang, dengan sayap nipis seakan-akan kertas, serta berbulu. Buah yang masak berwarna perang tetapi ketika mentah, mempunyai warna kemerah-merahan sedikit.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.