Pisang kipas

(Dilencongkan daripada Pokok Pisang Kipas)

Pokok Pisang Kipas (bahasa Inggeris: Traveller's Palm) merupakan sejenis pokok yang berasal daripada Madagaskar. Pokok ini digelar sebegini kerana ia berbentuk kipas dan daunnya kelihatan seperti daun pisang. Walaupun pokok ini digelar "Traveller's Palm" dalam bahasa Inggeris, ia sebenarnya bukan pokok palma (keluarga Arecaceae) tetapi tergolong dalam famili pisang dalam pengelasan lama dan dalam (Strelitziaceae) bagi pengelasan baru. Pokok ini digelar sedemikian dalam bahasa Inggeris kerana pelepahnya menakung air yang boleh diguna sewaktu kecemasan. Air ini juga pernah dijadikan minuman oleh pengembara pada zaman dahulu.[1]. Satu lagi penjelasan yang mungkin adalah ia tumbuh secara semulajadi dalam kedudukan barat-timur, membentuk kompas kasar.[2] Ravenala madagascariensis merupakan ahli tunggal dalam genus ini dan berkait rapat dengan genus Afrika Selatan Strelitzia dan genus Amerika Selatan Phenakospermum. Sesetengah pengelasan dahulu turut memasukkan genera ini dalam keluarga (Musaceae) pisang. Sungguhpun ia biasanya dianggap spesies tunggal, empat bentuk berbeza telah dibezakan.[3][4]

Pokok Pisang Kipas
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
Divisi:
Magnoliophyta
Kelas:
Liliopsida
Order:
Zingiberales
Keluarga:
Strelitziaceae
Genus:
Ravenala
Spesies:
R. madagascariensis
Nama binomial
Ravenala madagascariensis

Nama genus saintifiknya Ravenala serapan perkataan bahasa Malagasi ravinala yang bermaksud "daun alas" atau "daun hutan" (ravina dan daun turunan seakar *dahun[5] manakala ala dan alas turunan seakar *Salas).[6][7]:II

Tingginya Pokok Pisang Kipas 3 meter hingga 9 meter dan batangnya kukuh. Pelepahnya bertindih-tindih dan keluar dari kiri dan kanan batang dengan daun yang mempunyai tetulang. Pokok ini tidak berbunga kecuali di tempat asalnya kerana perbezaan iklim. Sulur tumbuh daripada bahagian pangkal pokok induk. Akarnya jenis merayap. Pokok ini boleh dijadikan tanaman hiasan.

Galeri

sunting

Gambaran

sunting

Bentuk daunnya seperti pendayung terletak pada petiole panjang, dalam bentuk kipas meninjol dalam satu arah. Bunganya putih besar menyerupai saudaranya, the bird-of-paradise flowers Strelitzia reginae dan Strelitzia nicolai, tetapi dianggap secara umum sebagai kurang menarik, dengan bingkai hijau.[8] Dikawasan tropika dan separa tropika, ia sering di tanam bagi rimbunan dan habitatnnya. Ketika pokok semakin tua, daun terendah dan tertua gugur mendedahkan batang kelabu yang kukuh.

Ekologi

sunting

Kandau bulu (genus Varecia) merupakan pendebunga yang diketahui bagi tumbuhan ini, dan berdasarkan saiz dan struktur perbungaan, dan juga pemilihan kandau, kaedah makan dan muncung panjang, hubungan ini dipercayai berevolusi bersama.[9]

Rujukan

sunting
  1. ^ McLendon, Chuck (May 16, 2000). "Ravenala madagascariensis". Floridata.com. Dicapai pada September 14, 2009.
  2. ^ "Botanical Journeys Plant Guides". www.botanical-journeys-plant-guides.com. 2008-2010. Dicapai pada Feb 28, 2011}. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ Patrick Blanc, Nelson Rabenandrianina, Annette Hladik, and Claude Marcel Hladik (1999). "Les formes sympatriques et allopatriques du genre Ravenala dans les forêts et les milieux ouverts de l'est de Madagascar". Revue d'Ecologie, Terre et Vie. 54: 201–223.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ P. Blanc, A. Hladik, N. Rabenandrianina, J.S. Robert and C.M. Hladik (2003). "Strelitziaceae: The variants of Ravenala in natural and anthropogenic habitats". Dalam Goodman, S.M. & Benstead, J. (penyunting). The Natural History of Madagascar (PDF). The University of Chicago Press, Chicago & London. m/s. 472–476.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*dahun: leaf; blade of paddle or oar; 'table' for eating". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 18 Julai 2022.
  6. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*Salas: forest, wilderness, woods". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 18 Julai 2022.
  7. ^ "alas". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  8. ^ M. Calley, R. W. Braithwaite and P. G. Ladd (1993). "Reproductive Biology of Ravenala madagascariensis Gmel. as an Alien Species". Biotropica. 25 (1): 61–72.
  9. ^ Garbutt, Nick (2007). Mammals of Madagascar, A Complete Guide. A&C Black Publishers. m/s. 170–175. ISBN 978-0-300-12550-4.

Pautan luar

sunting