Raja Perempuan Muzwin

Raja Perempuan Perak

Raja Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Ariff Shah (1 Mac 1929 - 6 Oktober 2011) merupakan Raja Perempuan Perak Darul Ridzuan dari 5 Januari 1963 sehingga 31 Januari 1984. Hasil perkahwinan baginda dengan Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah, baginda berdua dikurniakan dengan 2 orang putera dan 3 orang puteri. Baginda mangkat pada 6 Oktober 2011 dan disemadikan di Makam Diraja Bukit Chandan pada 7 Oktober 2011.

Raja Perempuan Muzwin
Raja Perempuan Perak
Pemerintahan5 Januari 1963 - 31 Januari 1984
Pertabalan26 Oktober 1963
Diikuti olehTuanku Bainun (sebagai Raja Permaisuri)
KeputeraanRaja Muzwin Binti Raja Ariff Shah
(1929-03-01)1 Mac 1929
Batu Gajah, Perak
Kemangkatan6 Oktober 2011(2011-10-06) (umur 82)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
Pemakaman7 Oktober 2011
Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
PasanganSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah (k. 1943; m. 1984)
Anakanda
Nama penuh
Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah
KerabatIstana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak
AyahandaRaja Ariff Shah Ibni Almarhum Raja Harun Al-Rashid
BondaChe’ Puan Azizah Binti Abdullah
AgamaIslam

Pendidikan

sunting

Raja Muzwin mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Methodist, Ipoh, Perak bermula pada tahun 1936 hingga 1941.

Salasilah

sunting

Baginda merupakan kerabat diraja perak dari sebelah ayahandanya iaitu Raja Ariff Shah Ibni Raja Kecil Sulong Harun Al-Rashid. Ayahandanya ialah sepupu Sultan Idris Shah II dan adinda kepada Sultan Iskandar Shah.

Bondanya Che’ Puan Azizah binti Abdullah merupakan seorang mualaf berketurunan Cina Peranakan.

Perkahwinan

sunting

Perkahwinan baginda dengan Almarhum Sultan Idris Shah II dikurniakan 2 orang putera dan 3 orang puteri iaitu Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Raja Nazhatul Shima (Dahulunya bergelar Raja Puan Mahkota Perak), Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain, Raja Di-Hilir Perak, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia (Permaisuri Johor), YAM Raja Jamil Ariffin Shah dan YAM Raja Radziatul Zahar.

Raja Perempuan Muzwin dikenal sebagai seorang yang berfikiran terbuka dan sentiasa rendah diri di dalam kehidupan. Baginda juga mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana pandai berbahasa Kantonis dan Hokkien, iaitu kedua-dua dialek bahasa ibunda komuniti Tionghua utama di Malaysia.

Mangkat

sunting

Pada 6 Oktober 2011, baginda mangkat pada 4:20 petang semasa dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Jenazah baginda dibawa pulang ke Istana Riswin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh pada sebelah malamnya sebelum disembahyangkan di Masjid Ubudiah dan disemadikan di sebelah makam Sultan Idris Shah II pada petang keesokan harinya.[1]

Lihat juga

sunting


Rujukan

sunting
  1. ^ [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1007&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive " Raja Perempuan Perak Raja Muzwin mangkat ". Utusan Malaysia Online, 8 Oktober 2011.]