Republik (Plato)
- Untuk karya-karya lain yang digelarkan "Republik", sila lihat: Republik (nyahkekaburan).
Republik ialah sebuah karya teori falsafah dan politik yang terpengaruh. Ditulis dalam bentuk dialog oleh Plato, seorang ahli falsafah Yunani, di sekitar 390 SM, mahakarya ini adalah berkenaan dengan "falsafah benda-benda kemanusiaan" ("philosophia peri ta anthropina") dan merangkumi bidang-bidang antologi, epistemologi, falsafah politik, feminisme, dan secara amnya, ethika, serta etika perubatan, komunisme dan ekonomi.
Kesemua bidang-bidang itu telah diperiksa semata-mata untuk menemui sifat keadilan; sudah tentu, pokok dialognya ialah soalan: "Apakah itu keadilan?" Dengan tumpuan terhadap pandangan ini, Plato (melalui Socrates) membina sebuah "bandar dalam bentuk pertuturan" yang ideal, iaitu sebuah bandar teori yang mengamalkan keadilan yang sempurna. Bagaimanapun, Plato membina bandar teori ini bukan sahaja untuk memeriksa bandar yang paling adil yang dapat dibayangkan, tetapi terutamanya untuk menemui bagaimana seseorang harus hidup. Pada satu peringkat lagi, Republik Plato merupakan mahakarya yang menumpukan perhatian terhadap persoalan falsafah yang asas, iaitu, "soalan sejagat lawan tertentu".
Tajuk karya yang asalnya ialah politeia (perkataan Yunani). "Republik" yang merupakan tajuk terjemahan bahasa Inggeris tradisional ialah nama yang tidak kena. Nama ini diperoleh daripada bahasa Latin Cicero; tajuk yang lebih tepat ialah "Rejim".
Latar dan watak-watak
suntingRepublik ialah salah satu daripada dialog Plato yang paling panjang. Karya ini dibahagikan kepada sepuluh buah buku atas sebab-sebab penyuntingan, tetapi dengan lebih tekal dalam 12 bahagian yang didahului oleh prolog dan diakhiri oleh epilog.
Watak-watak utama dalam Republik ialah:
Watak-watak yang memainkan peranan yang kecil termasuk:
|
Terdapatnya lagi tiga watak yang senyap: Lysias dan Euthydemus yang merupakan anak-anak lelaki Cephalus, dan Niceratus.
Latar untuk dialog ini ialah rumah Cephalus di Piraeus, sebuah kota pelabuhan di luar dinding-dinding Athens kuno; bandar itu merupakan pelabuhan masuk dan keluar untuk perdagangan di dalam kota. Sebagaimana yang diketahui, Socrates tidak biasa keluar dari Athens. Seluruh dialog ini diceritakan oleh Socrates kepada Timaeus, Hermocrates, dan Critias, antara lain, pada hari selepas kejadian itu benar-benar berlaku.
Isi kandungan
suntingRepublik ialah sebuah dialog menyeluruh yang merangkumi bidang-bidang yang meluas, dan termasuk adegan-adegan yang dramatik serta topik-topik perbincangan. Seseorang boleh merujuk kepada mana-mana satu bahagian Republik melalui Buku, Bab, dan penomboran halaman Stephanus manuskripnya. Tiga tafsiran, atau ringkasan dialog berikut:
Tafsiran pertama
sunting- Prolog
- I.1 327a—328b. Turun ke Piraeus
- I.2—I.5. 328b—331d. Cephalus. Keadilan Generasi Lebih Tua
- I.6—1.9. 331e—336a. Polemarchus. Keadilan Generasi Tengah
- I.10—1.24. 336b—354c. Thrasymachus. Keadilan Sofis
- Pengenalan
- II.1—II.10. 357a—369b. Soalan: Adakah Keadilan Lebih Baik Daripada Ketidakadilan?
- Bahagian I: Asal Usul dan Susunan Sosial Negara Kota
- II.11—II.16. 369b—376e. Asal Usul Negara Kota
- II.1—III.18. 376e—412b. Pendidikan Pelindung-pelindung
- III.I9—IV.5. 412b—427c. Perlembagaan Negara Kota
- IV.6—IV.I9. 427c—445e. Keadilan Negara Kota
- Bahagian II: Gagasan Terjelma
- V.1—V.i6. 449a—471c. Unit Somatik Negara Kota dan Yunani
- V.17—VI.I4- 471c—502c. Pemerintahan Ahli-ahli Falsafah
- VI.19—VII.5. 502c—521c. Gagasan Agathon
- VII.6—VII.18. 521c—541b. Pendidikan Ahli-Ahli Falsafah
- Bahagian III: Kejatuhan Negara Kota
- VIII.1—VIII.5. 543a—550c. Timokrasi
- VIII.6—VIII.9. 550c—555b. Oligarki
- VIII.10—VIII.13. 555b—562a. Demokrasi
- VIII.I4—IX-3. 562a—576b. Kezaliman
- Kesimpulan
- IX-4—IX.13. 576b—592b Jawapan: Keadilan Adalah Lebih Baik Daripada Ketidakadilan
- Epilog
- X.1—X.8. 595a—608b. Penolakan Seni Mengajuk
- X-9—X.11. 608c—612a. Keabadian Roh
- X. 12 612a—613e. Ganjaran-ganjaran untuk Keadilan dalam Hidup
- X.I3—X,16. 613e—631d. Pengadilan untuk Yang Mati
- Bagi Plato, paradigma kota — gagasan terhadap yang Baik, dan terhadap Agathon — mempunyai berbagai-bagai sejarah terjelma. Keterjelmaan itu harus dilaksanakan oleh mereka yang pernah nampak Agathon dan diperintah melalui bayangan itu. Oleh itu, sebagai teras untuk Bahagian II, 2-3, dalam Republik, Plato membincangkan pemerintahan ahli falsafah dan visi Agathon dalam Alegori Gua yang masyhur, serta menjelaskan teorinya mengenai Bentuk-bentuk.
- Teras itu didahului dan diikuti oleh perbincangan mengenai cara-cara untuk mencapai susunan sosial di dalam sebuah negara kota. Bahagian II, 1 membincangkan perkahwinan, komuniti manusia dan barangan-barangan untuk pelindung-pelindung, serta sekatan terhadap perang di kalangan orang Yunani. Konsep ini telah disalahperihalkan sebagai utopia komunisme, sebuah istilah yang tidak pernah wujud dalam bahasa Yunani klasik. Bahagian II, 4 membincangkan pendidikan falsafah untuk pemerintah-pemerintah yang akan memeliharakan susunan sosial.
- Bahagian II, "Gagasan Terjelma", didahului oleh pembinaan susunan ekonomi dan sosial untuk negara kota dalam Bahagian I, dan diikuti dalam Bahagian III oleh analisa mengenai kemerosotanan yang harus terjadi mengikut susunan yang betul. Ketiga-tiga bahagian merupakan badan dialog Plato yang merangkumi perbincangan paradigma, keterjelmaannya, asal-usul, serta kemerosotannya.
- Badan dialog itu didahului dengan Pengenalan dan diakhirkan dengan Kesimpulan. Perbincangan mengenai susunan yang betul tertimbul disebabkan oleh soalan "adakah keadilan lebih baik daripada ketidakadilan", atau "akankah seorang yang tidak adil mencapai lebih kejayaan berbanding orang yang adil". Soalan pengenalan ini diimbangkan dengan jawapan penutup bahawa "keadilan adalah lebih baik daripada ketidakadilan".
- Badan dialog itu, bersama-sama dengan Pengenalan serta Kesimpulanannya, didahului pula dengan Prolog Buku I dan Epilog Buku X. Prolog itu merupakan dialog ringkas yang menggambarkan pendapat-pendapat yang biasa terhadap keadilan. Epilognya itu tidak berdasarkan pemikiran, tetapi bergantung kepada kepercayaan. Ia memerihalkan seni-seni yang baru, serta keabadian roh.
Tafsiran kedua
suntingBertrand Russell memperlihatkan tiga bahagian dalam Republik Plato [1]:
- Buku I-V: bahagian Utopia yang menggambarkan komuniti yang ideal, dan memulakan dengan percubaan untuk mentafsirkan "keadilan";
- Buku VI-VII: oleh sebab ahli-ahli falsafah diperlihatkan sebagai pemerintah-pemerintah yang ideal untuk komuniti tersebut, teks untuk bahagian ini menumpukan kepada pentafsiran "ahli falsafah";
- Buku VIII-X: membincangkan beberapa bentuk pemerintahan yang praktis, termasuk baik buruknya.
Teras untuk bahagian kedua membincangkan "Alegori Gua" Plato, serta rencana-rencana yang berkaitan dengan teori Plato mengenai bentuk-bentuk yang ideal. Bahagian ketiga yang menumpukan kepada pendidikan, juga amat berkait dengan dialog "Undang-undang" Plato. Sila lihat: Undang-undang (Plato).
Tafsiran ketiga
suntingLeo Strauss, ahli teori politik Amerika Syarikat yang dilahirkan di Jerman, memperlihatkan sebuah struktur yang mempunyai empat bahagian dalam dialog Plato. Beliau memperlihatkan seluruh dialog itu sebagai sebuah drama yang berlangsung antara watak-watak tertentu, dengan setiap watak mempunyai sudut pandangan dan tahap pemahaman yang tertentu.
- Buku I: Socrates telah dipaksa dengan penggunaan kuasa untuk pergi ke rumah Cephalus. Tiga tafsiran terhadap "keadilan" dikemukakan, tetapi ketiga-tiga itu didapati tidak sempurna.
- Buku II-V: Socrates dicabar oleh Glaucon dan Adeimantus untuk membuktikan "mengapa seorang yang betul-betul adil, tetapi diperlihatkan oleh seluruh dunia sebagai tidak adil, akan berasa lebih bahagia daripada orang yang betul-betul tidak adil yang menyembunyikan ketidakadilannya, dan diperlihatkan oleh seluruh dunia sebagai seorang yang adil". Cabaran ini merupakan teras dan dorongan untuk dialog Plato; cuma dengan 'desakan' ini, baru kita dapat menyaksikan bagaimana Socrates berkelakuan terhadap pemuda-pemuda Athens yang beliau telah disabitkan bersalah kerana merosakkan mereka. Oleh sebab tafsiran "keadilan" telah dianggapkan oleh Glaucon dan Adeimantus, Socrates membuat lencongan; beliau memaksakan kumpulan itu untuk mendedahkan keadilan, dan kemudian menjawab soalan yang ditujukan kepadanya mengenai "nilai yang terkandung dalam hidup yang adil".
- Buku V-VI: 'Kota Yang Adil dalam Pertuturan' kini dibinakan daripada buku-buku yang awal, dan tiga gelombang atau kritikan terhadap kota itu dihadapi. Menurut Leo Strauss dan and pelajarnya, Allan Bloom, terdapatnya: (1) komunisme, (2) kommunisme isteri-isteri dan anak-anak, dan (3) pemerintahan ahli falsafah. 'Kota Yang Adil dalam Pertuturan' berjaya atau gagal dengan kerumitan ini.
- Buku VII-X: Socrates dapat 'melarikan diri' daripada penangkap-penangkapnya kerana beliau dapat menyakinkan mereka, sekurang-kurangnya buat sementara, bahawa orang yang adil ialah orang yang bahagia. Beliau kemudian menghabiskan banyak masa untuk mengukuhkan prasangka mereka. Socrates menunjukkan rasional untuk kemerosotan politik, dan mengakhirkan dialognya dengan menceritakan sebuah mitos, Mitos Er, atau "tiap-tiap orang", yang bertindak untuk menyenangkan hati orang-orang bukan ahli falsafah yang menakuti kematian.
Takrif "keadilan"
suntingSoalan utama dalam karya ini adalah berkenaan dengan keadilan. Disebabkan oleh kesukaran untuk membincangkan tajuk ini, Socrates dan peserta-peserta dialog itu terpaksa membincangkan keadilan di dalam kota. Mereka memperlihatkan bahawa keadilan di dalam bandar adalah sama sahaja dengan keadilan manusia, tetapi pada skala yang lebih besar dan oleh itu, lebih mudah untuk membincangkan. Disebabkan anggapan ini, sebilangan pengkritik (seperti Julia Annas) mentafsirkan paradigma Plato terhadap sebuah negara kota yang adil sebagai alegori untuk paradigma orang yang adil.
Plato mentakrifkan "keadilan" sebagai "membuat sesuatu yang anda semula jadinya paling sesuai," dan "membuat kerja sendiri tanpa menjaga tepi kain orang" (433a-433c). Konsepsi keadilan ini yang ketara kepada pembaca moden adalah amat berkait dengan konsepsi dewi Yunani, Dike, yang merupakan susunan keadilan. Takrif "keadilan" ini menyebabkan sebuah struktur sosial yang amat berbeza dengan negara-negara kota dahulu serta yang kemudian.
Plato juga berkata bahawa keadilan dapat mengekalkan serta menjadikan sangat baik ketiga-tiga kebaikan utama yang lain, iaitu Kesederhanaan, Kebijaksanaan, serta Keberanian, dan keadilan ialah sebab dan syarat untuk kewujudan ketiga-tiga kebaikan itu.
Bentuk pemerintahan
suntingSocrates menegaskan kecenderungan manusia terhadap rasuah politik yang disebabkan oleh kuasa, dan oleh itu, merupakan jalan untuk timokrasi, oligarki, demokrasi dan kezaliman. Justera itu, pemerintahan harus ditinggalkan kepada ahli-ahli falsafah yang merupakan orang-orang yang paling adil, dan oleh itu, tidak mudah termakan rasuah. "Kota yang baik" digambarkan sebagai kota yang diperintah oleh raja-raja-ahli-falsafah yang merupakan orang-orang yang berkecuali. Mereka memerintah bukan untuk keseronokan peribadi, tetapi untuk kebaikan negara kota.
Masyarakat paradigma di belakang setiap masyarakat sejarah adalah berhierarki, tetapi kelas sosial mempunyai sedikit kebolehtelapan; masyarakat ini tidak ada hamba abdi, atau diskriminasi antara lelaki dengan perempuan. Selain daripada kelas pelindung ("phulakes") yang memerintah, terdapatnya satu kelas pengeluar swasta ("demiourgoi"), baik kaya ataupun miskin. Beberapa peruntukan bertujuan untuk mengelakkan penduduk-penduduknya menjadi lemah: penggantian muzik, puisi, dan teater yang melemahkan dengan sebuah sistem pendidikan sejagat untuk lelaki dan perempuan — satu penyimpangan yang mengejutkan daripada amalan-amalan masyarakat Yunani. Peruntukan-peruntukan ini meliputi semua kelas, dan sekatan terhadap raja-raja-ahli-falsafah dan pahlawan-pahlawan adalah jauh lebih ketat daripada sekatan terhadap pengeluar-pengeluar, kerana raja-raja harus menjauhkan diri daripada sebarang sumber rasuah.
Dalam Buku V-VI, penghapusan kekayaan di kalangan kelas pelindung (hampir sama dengan birokrasi Max Weber) menyebabkan (dengan penuh perbalahan) peninggalan keluarga tipikal, dan oleh itu, seseorang anak harus tidak boleh mengetahui siapakah ibu bapanya, dan ibu bapa harus tidak boleh mengetahui siapakah anak-anaknya.
Socrates menceritakan sebuah kisah yang merupakan "alegori terhadap pemerintahan yang baik"; tiada nepotisme, tiada barang persendirian. Pemerintah-pemerintah akan mengumpulkan pasangan-pasangan untuk pembiakan, berdasarkan kriteria yang tertentu. Disebabkan cara ini, kestabilan masyarakat akan dapat dicapai melalui eugenisme, dan perpaduan sosial diunjurkan akan menjadi lebih baik kerana hubungan-hubungan keluarga telah diperluas untuk merangkumi setiap orang di dalam kota. Tambahan pula, pendidikan pemuda akan dihadkan hanya kepada karya-karya yang dapat menggalakkan mereka untuk memperbaik diri bagi kepentingan negara, dan mereka harus menjangka bahawa dewa(-dewa) adalah sangat baik dan adil, serta merupakan pencipta(-pencipta) hanya untuk semua hal yang baik.
Dalam Buku VII-X, Plato mengkritikkan pelbagai bentuk pemerintahan. Beliau bermula dengan mengetepikan timokrasi yang, menurutnya, merupakan sejenis rejim autoritarian yang lebih kurang sama dengan pemerintahan diktator tentera. Plato memberikan penjelasan psikoanalisa yang menyamakan seorang penyokong timokrasi dengan seorang yang nampak bapanya memalukan ibunya, dan hendak menyangkal "kelelakian". Rejim yang ketiga terburuk ialah oligarki yang merupakan pemerintahan sekumpulan orang kaya (jutawan) yang cuma menghormati wang. Berikutnya ialah bentuk pemerintahan demokrasi, dan kerentanannya untuk diperintah oleh demagog sektarian yang tidak layak. Akhirnya, rejim yang terburuk ialah kezaliman yang mana keinginan pemerintah mengikut hatinya menjadi undang-undang, dan tiadanya penghalang untuk sembarangan.
Teori kesejagatan
suntingRepublik mengandungi Alegori Gua yang Plato mempergunakan untuk menerangkan konsepsinya terhadap "Bentuk-bentuk" sebagai jawapan untuk masalah kesejagatan.
Penerimaan dan tafsiran
suntingYunani Kuno
suntingGagasan untuk menulis karya mengenai sistem-sistem pemerintahan diikuti beberapa dekad kemudian oleh Aristotle, pelajar Plato yang termasyhur. Aristotle menulis sebuah karya yang menggunakan lagi satu perkataan Yunani, "politika", dalam tajuknya. Tajuk karya Aristotle lazimnya diterjemahkan sebagai "politik". Sila lihat: 'Politik (Aristotle).
Karya Aristotle tidak ditulis dalam format dialog. Beliau mensistemkan banyak daripada konsep-konsep yang dikemukakan dalam karya Republik Plato, dan dalam beberapa kes, menujukan penulis ke kesimpulan yang berbeza terhadap pilihan yang terbaik.
Rom Kuno
suntingCicero
suntingTerjemahan bahasa Inggeris untuk tajuk dialog-dialog Plato berasal daripada karya De re publica yang ditulis oleh Cicero di sekitar tiga abad kemudian. Dialog Cicero mencontoh gaya dialog-dialog Plato, dan membincangkan banyak daripada topik-topik yang ditulis dalam Republik Plato. Scipio Africanus, watak utama dalam dialog Cicero, menyatakan rasa hormat terhadap Plato dan Socrates sewaktu mereka berbual tentang "Res publica". Bagaimanapun, "Res publica" bukanlah terjemahan yang tepat untuk perkataan Yunani, "politeia", yang digunakan dalam tajuk dialog Plato: "politeia" ialah istilah am untuk menunjukkan pelbagai bentuk kerajaan yang boleh digunakan dan pernah digunakan dalam sebuah negara kota.
Sedangkan dalam Republik Plato, Socrates dan kawan-kawannya membincangkan sifat kota dan melibatkan diri dalam pembekalan asas-asas untuk setiap negara yang mereka tinggal (iaitu demokrasi, oligarki, atau kezaliman Athens), dalam De re publica Cicero, semua ulasan adalah lebih sempit terhadap pembaikan bentuk negara penyerta-penyerta, iaitu Republik Rom pada peringkat-peringkat terakhir.
Kritikan
suntingWalaupun karya-karya Plato disanjungi secara meluas pada zaman purba, masih terdapatnya sebilangan pengulas yang mempunyai pandangan yang berbeza. Tacitus, tanpa menyebut nama Plato atau Republik (oleh itu, kritikannya juga boleh dikatakan ditujukan sedikit sebanyak kepada RepublikCicero dan Politik Aristotle, antara lain), dengan tidak ketara memerhatikan dalam petikan Catatan ("Annals") IV, 33 yang berikut:
Nam cunctas nationes et urbes populus aut primores aut singuli regunt: delecta ex iis (his) et consociata (constituta) rei publicae forma laudari facilius quam evenire, vel si evenit, haud diuturna esse potest. | Tentu sahaja, sebuah negara atau kota memang diperintah oleh penduduknya, atau kelas atas, ataupun raja. Sebuah sistem pemerintahan yang direka daripada pilihan komponen-komponen yang sama dengan ini akan lebih cepat dianggap sebagai ideal berbanding dicapai; dan walaupun jika ia dapat dicapai, ia tidak akan mempunyai masa depan. |
Perkara yang Tacitus hendak memperkembangkan dalam perenggan-perenggan betul-betul sebelum dan selepas petikan itu adalah bahawa analisa dan pemerian yang teliti terhadap bagaimana sebuah negara yang benar telah diperintah, mempunyai lebih pengajaran tentang penguasaan baik lawan buruk, berbanding karya-karya falsafah mengenai bentuk yang ideal untuk sesuatu pemerintahan.[2]
Augustine
suntingDalam tempoh yang penting sewaktu Rom berubah daripada agama politeisme kuno kepada agama Kristian, Augustine menulis sebuah mahakarya yang bertajuk Kota Tuhan ("The City of God"): sekali lagi, rujukan-rujukan kepada Plato, Aristotle dan Cicero serta wawasan-wawasan mereka terhadap sebuah negara yang ideal adalah keterlaluan: Augustine memerihalkan sebuah model untuk "kota yang ideal", iaitu Baitulmaqdis (Jerusalem) dalam kesnya, dengan menggunakan bahasa wawasan yang lebih kurang sama dengan ahli-ahli falsafah sebelumnya.
Utopia
suntingThomas More, sewaktu menulis Utopia, mereka teknik untuk menggunakan penggambaran "utopia" sebagai pembawa untuk pemikiran-pemikirannya terhadap sebuah masyarakat yang ideal.
Distopia Orwell yang digambarkan dalam novelnya, 1984, mempunyai banyak ciri yang sama dengan pemerian Plato dalam Alegori Guanya (sewaktu Winston Smith berusaha untuk membebaskan diri).
Masyarakat Terbuka atau Masyarakat Tertutup?
suntingPengulas-pengulas abad ke-20 yang berfikiran positivisme menasihatkan agar jangan membaca Republik Plato sebagai manual untuk tujuan penguasaan baik: kebanyakan daripada bentuk-bentuk pemerintahan yang dibincangkan dalam Republik tidak serupa dengan bentuk-bentuk kerajaan yang lebih terkini, seperti republik (moden), kerajaan raja berperlembagaan, dan sebagainya. Konsep-konsep demokrasi dan Utopia yang digambarkan dalam Republik dikaitkan kepada negara-negara kota Yunani kuno, dan kebergunaannya kepada negara-negara moden boleh dipersoalkan. Sebilangan pengkritik berpendapat bahawa kota yang digambarkan dalam Republik adalah terlalu keras, tegar, dan tidak bebas; tentu saja, sejenis pelopor untuk totalitarianisme moden. Karl Popper memberi sokongan kepada pandangan ini dalam karyanya, Masyarakat Terbuka dan Penentang-penentangnya ("The Open Society and its Enemies") pada tahun 1945.
Pada sebelah lagi duit syiling itu, pengulas-pengulas realistik seperti Cornford, Gadamer, Hildebrandt, Voegelin dan Strauss mempunyai pandangan-pandangan yang lain. Pada tahun 1934, Hans-Georg Gadamer menulis sebuah karya Plato dan Pemuisi-pemuisi ("Plato und die Dichter") yang mengatakan bahawa kota utopia Republik harus diperlihatkan sebagai utopia heuristik yang harus tidak dikejarkan mahupun digunakan sebagai titik orientasi untuk perkembangan politik. Sebaliknya, beliau mengatakan bahawa tujuannya adalah untuk menunjukkan bagaimana perkara-perkara harus dikaitkan, dan bagaimana sesuatu perkara akan menyebabkan perkara yang lain — seringnya dengan akibat-akibat yang amat menyusahkan — jika seseorang memilih mengerjakan prinsip-prinsipnya dengan rapi.
Tafsiran ini memperdebatkan bahawa sebahagian yang besar dalam penulisan Plato adalah penuh ironi (sudah tentu, kemahiran dalam bahasa Yunani kuno pada peringkat tinggi yang luar biasa diperlukan untuk mengesankan). Dalam tafsiran ini, karya-karya Plato pada keseluruhannya tidak bersifat totalitariane: ia mengubah suai tafsiran kota khayalan Republik Plato daripada Utopia yang optimistik kepada, sekurang-kurangnya, sebuah Distopia yang tidak penuh.
Dalam karya Plato dan Aristotle, Baton Rouge, 1957, Eric Voegelin memberikan maksud kepada konsep 'Kota Adil dalam Pertuturan' (Buku II-V). Umpamanya, terdapat bukti dalam dialog bahawa Socrates sendiri tidak akan menjadi salah seorang daripada ahli-ahli negara idealnya. Socrates mengabdikan hidupnya pada pemburuan pengetahuan peribadi. Lebih praktis, Socrates menyarankan bahawa ahli-ahli kelas yang lebih bawah boleh menyertai kelas pemerintahan yang lebih tinggi, jika mereka mempunyai 'emas' dalam urat-urat mereka, dan sebaliknya. Ini merupakan versi kasar untuk konsep mobiliti sosial. Penggunaan kuasa diasaskan daripada 'Bohong Mulia' yang mengatakan bahawa "semua manusia adalah adik-beradik", tetapi pada waktu yang sama, memmpunyai hierarki dan pembahagian kelas yang jelas. Terdapatnya penjelasan psikologi manusia tiga pihak yang diekstrapolasi kepada kota untuk memahami hubungan antara manusia. Golongan pelindung tidak mempunyai keluarga, satu lagi versi kasar konsep birokrasi Max Weber mengenai perkara nyah peribadi negara.
Sebilangan daripada cadangan-cadangan Plato telah menyebabkan ahli-ahli falsafah, seperti Leo Strauss dan Allan Bloom, menyuruh pembaca-pembaca mempertimbangkan kemungkinan bahawa Socrates cuma hendak mencipta, bukannya sebuah cetak biru untuk kota benar, tetapi satu latihan pembelajaran untuk pemuda-pemudanya dalam dialog. Kelas pemerintah akan mengadakan perkahwinan 'suci' kerana mereka adalah hasil daripada manipulasi dan pemberian drug kepada pasangan-pasangan untuk menjalani persetubuhan yang ditentukan terlebih dahulu bagi tujuan pembiakan para pelindung-pahlawan secara eugenik.
Pendekatan yang diperkembangkan oleh Leo Strauss mempercayai bahawa Plato menulis untuk difahami oleh beberapa orang sahaja. Walaupun wawasan ini kini telah diterima oleh ramai ahli akademik Amerika Utara, gagasan ini masih tidak sempurna. Penerimaan yang asas terhadap pembezaan eksoterik-esoterik berkisar pada soalan adakah Plato benar-benar hendak mengasaskan sebuah 'Kota Adil Dalam Pertuturan' yang benar, seperti yang ditulis dalam Buku V-VI, atau ini cuma merupakan sebuah alegori. Bagaimanapun, adalah jelas bahawa Strauss tidak menganggap persoalan ini sebagai persoalannya yang utama. Sebenarnya, Strauss melemahkan keadilan yand terdapat dalam 'Kota Adil Dalam Pertuturan' dengan membayangkan bahawa kota itu tidak semula jadi, tetapi cuma merupakan sebuah konsep buatan yang abstrak, dan oleh itu penuh dengan ironi.
Salah satu daripada alasan-alasan yang paling meyakinkan untuk menentangi tafsiran-tafsiran yang cenderung lebih menyokong gagasan-gagasan Plato dalam Republik adalah bahawa akademi Plato telah menghasilkan sebilangan penzalim, walaupun mereka ini amat mahir dalam bahasa Yunani dan mempunyai hubungan yang rapat dengan Plato sendiri. Antara pelajar-pelajar langsung Plato dalam golongan ini ialah:
- Klearchos, penzalim Heraklia
- Chairon, penzalim Pellene
- Eurostatos dan Choriskos, penzalim-penzalim Skepsis
- Hermias, penzalim Atarneus dan Assos
- Kallipos, penzalim Syracuse.
Bagaimanapun, bukti-bukti ini juga dapat dipertikaikan: pertamanya, adakah orang-orang itu menjadi "penzalim" disebabkan pengajiannya di dalam Akademi (oleh sebab akademi ini merupakan golongan pelajar yang elit, pihak yang berkuasa pasti akan menghantarkan orang-orang mereka ke sana untuk belajar) dan, kedua, tidaklah nyata bahawa mereka ini merupakan penzalim dalam maksud yang moden atau mana-mana satu makna untuk "totalitarian".
Secara praktis
suntingKesemua pandangan abad ke-20 mempunyai sesuatu yang sama: walaupun hampir tidak mungkin bagi pembaca-pembaca moden untuk menangkap makna-makna orang Yunani kuno, nilai pedagogi Republik adalah lebih besar daripada nilai praktisnya. Republik ialah sebuah karya teori, bukannya satu set garis panduan untuk penguasaan baik. Cendekiawan-cendekiawan Plato memperlihatkan tugas mereka sebagai pemberian pengetahuan latar belakang yang diperlukan untuk mencapai pemahaman yang agak baik terhadap apa yang dimaksudkan oleh penulis Republik. Dengan demikian, keunikan Republik termuncul dalam cara ia menjelaskan hubungan antara sebab-sebab dan kesan-kesan politik dalam kehidupan sebenar, melalui pembekalan konteks yang kaya dengan heuristik.
Meskipun begitu, Bertrand Russell memperdebatkan bahawa sekurang-kurangnya dari segi 'tujuan', dan oleh sebab wawasan Plato tidak terlalu jauh daripada apa yang mungkin pada waktu itu di dalam negara-negara kota Yunani, bentuk pemerintahan yang digambarkan dalam Republik memang bertujuan oleh Plato untuk menjadi sistem pemerintahan yang praktis.[3]
Abad ke-21
suntingMenjelang akhir abad ke-20, sebilangan penulis telah mengeksploitasikan kekaburan Utopia/Distopia dalam pemerian masyarakat-masyarakat khayalan mereka. Salah sebuah buku dalam genre ini ialah "Karangan mengenai Kewarasan" ("Ensaio sobre a Lucidez", 2004) yang ditulis oleh pemenang Hadiah Nobel Jose Saramago: Satu pengiraan pilihan raya menunjukkan 83% undi kosong di sebuah bandar raya di dalam sesuatu negara, tanpa alasan yang nyata. Adalah ini demokrasi pada peringkat yang tertinggi ataupun ia cuma merupakan satu mimpi buruk? Walaupun buku itu memang bertujuan sebagai sebuah kenyataan politik, karya ini meninggalkan kepada kewarasan pembaca untuk memutuskan tafsirannya.
Persamaan dalam Kesusasteraan
suntingPada masa yang lebih kurang sama dengan masa Republik ditulis, dramatis Aristophanes menghasilkan sebuah drama "Ahli-ahli Dewan Undangan wanita". Negara yang dibentukkan oleh wanita-wanita di dalam drama ini mempunyai banyak persamaan dengan pemerintahan ideal yang diperihalkan oleh Plato. Tidak dapat dipastikan mana satu karya yang telah dikeluarkan lebih dahulu, tetapi terdapat kemungkinan besar bahawa Aristophanes telah mendapat tahu tentang bentuk yang awal untuk Republik sebelum karya itu disiapkan, dan beliau menggunakannya sebagai dasar untuk karya sendiri.
Bentuk pemerintahan yang diperihalkan dalam Republik telah dipadankan dalam beberapa novel dan cerita distopia yang moden. Pemisahan penduduk-penduduk mengikut kelas profesion, pemberian profesion dan tujuan oleh negara, serta ketiadaannya unit keluarga tradisional yang telah digantikan oleh pembiakan yang dianjurkan oleh negara, telah digunakan oleh penulis-penulis dalam pemerian mereka terhadap pemerintahan-pemerintahan distopia yang totalitarian. Pemerintahan yang mempunyai persamaan dengan Republik Plato boleh dijumpai dalam karya "Dunia Baru Yang Berani" ("Brave New World") oleh Aldous Huxley dan "Pemberi" ("The Giver") oleh Lois Lowry.
Pandangan yang lebih positif terhadap sebuah pemerintahan gaya Plato diberikan oleh Robert A. Heinlein dalam karyanya, "Askar-askar Starship" ("Starship Troopers"). Rakyatnya boleh dibandingkan dengan Pelindung Plato, tanpa pembiakan dan pemilikan harta komuniti, tetapi masih mengekalkan asas ketenteraan. Walaupun terdapatnya perbezaan-perbezaan yang utama antara perincian sistem Heinlein dengan sistem Plato, kedua-dua tokoh itu menyokong sistem hak politik yang terhad, dengan sebuah kelas politik yang telah mencapai kuasa dan memerintah dengan bijaksana.
Dalam "Utopia" Thomas More, pulau Utopia juga serupa dengan Republik Plato dari beberapa aspek, termasuknya pemilikan hak yang umum, serta ketiadaannya kebersendirian.
Lihat juga
suntingNota
sunting- ↑ Eric Voegelin, Plato dan Aristotle, Percetakan Universiti Louisiana, Baton Rouge, 1956, dan Sejarah Falsafah Barat, permulaan Buku I, bahagian 2, bab 14.
- ↑ Teks oleh Tacitus ini juga mencerminkan perenggan-perenggan pertama Sejarah-sejarah Polybius: Tacitus dengan jelasnya memihak Polybius yang menyokong pengajian sejarah yang benar sebagai sesuatu yang penting untuk memperbaik pengetahuan yang berkaitan dengan penguasaan yang baik — Bagaimanapun, Polybius boleh bercakap berdegar-degar dalam perenggan-perenggan permulaan bahawa ceritanya adalah mengenai fakta-fakta yang gemilang serta dengan perang; Tacitus memperdebatkan bahawa fakta-fakta Polybius masih benar, baik cerita Polybius adalah kurang gemilang atau tidak. Oleh itu, cuma sebahagian kritikan Tacitus adalah ditujukan kepada Cicero yang belajar daripada Polybius dan wira-wira perang, tidak kurang daripada beliau belajar daripada penulis-penulis Yunani yang lebih bersifat falsafah/utopia.
- ↑ Sejarah Falsafah Barat, akhir Buku I, bahagian 2, bab 14.
Rujukan
sunting- Republik Plato, (Terjemahan CUP baru dalam bahasa Inggeris) ISBN 052148443X
- Respublica Plato, (Edisi OUP baru dalam bahasa Yunani) ISBN 0199248494
- Bloom, Allan David. Republik Plato — terjemahan, dengan nota-nota dan esei penafsiran. Edisi ke-2. Basic Books: New York, 1991
- Russell, Bertrand. Sejarah Falsafah Barat. Simon & Schuster: New York, 1946. - Sila lihat: dua bab Republik Plato, serta bab persediaan mengenai asal konsep-konsep Plato: Buku I, Bahagian 2, Bab 13-15.
- Strauss, Leo. Sejarah Falsafah Politik Plato Edisi ke-3. Percetakan Universiti Chicago: Chicago, m.s. 34-68 1987.
Pautan luar
sunting
| |
Panduan Kajian:Plato Wikibooks mempunyai maklumat lanjut mengenai:
|
- Teks untuk Republik:
- Dalam Projek Gutenberg: Terjemahan Benjamin Jowett (termasuk pengenalan yang teliti) : e-text N° 1497
- Dalam Projek Perseus: Teks beranotasi (bahasa Inggeris dan Yunani)
- Dalam "Arkib Klasik Internet" MIT : Terjemahan Benjamin Jowett
- Versi RSS untuk Republik Diarkibkan 2007-03-10 di Wayback Machine
- Perbincangan yang sedang berjalan mengenai teks Plato (dan analisa Popper):
- Dalam Wiki Bookshelved Diarkibkan 2007-10-14 di Wayback Machine
- Dalam Wiki Meatball
- Ensiklopedia Falsafah Stanford — kemasukan Etika dan Politik dalam Republik