Roslan Shaharum (1959 - 9 Februari 2009) merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Negeri Perak dari PAS.

Yang Berhormat

Roslan Shaharum
Anggota Parlimen
untuk P59 Bukit Gantang, Negeri Perak
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 9 Februari 2009 (meninggal ketika menjawat Ahli Parlimen)
Didahului olehDatuk Tan Lian Hoe (BN)
Majoriti1,566
Butiran peribadi
Lahir1959 (1959)
Meninggal dunia9 Februari 2009(2009-02-09) (umur 49–50)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganSafiah Harun
Anak-anak11 orang.
KediamanKampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh, Batu Gajah, Perak
PekerjaanAhli Parlimen

Kelulusan sunting

Kerjaya sunting

Pilihan raya sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi dengan majoriti sebanyak 1,566 undi. Beliau memperolehi 20,015 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 18,449 undi dan M. Murganan (BEBAS) dengan hanya 872 undi.

Meninggal dunia sunting

Pada 9 Februari 2009, Roslan Shaharum (50) meninggal dunia di Hospital Batu Gajah akibat serangan sakit jantung. Sebelum itu beliau berbasikal di sekeliling rumahnya di Changkat Larang,Batu Perak.Beliau baru pulang dari lawatan ke negara Taiwan. Semasa di Taiwan, beliau dimasukkan ke hospital Taiwan kerana masalah paras glukos (diabetes) yang tinggi. Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping. [1]

Antara tetamu yang hadir majlis pengkebumian ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, DS Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Dr. Hatta Ramli, Haji Mahfuz Omar dan Ustaz Ahmad Awang.Sembahyang jenazah turut diadakan di Masjid Jamek Changkat Larang dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Changkat Larang. Tahlil diketuai oleh Pengarah JAIPk, Dato' Sheikh Haji Mohamah Nor Mansor Al Hafiz.



SPR mengumumkan Pilihan raya kecil Bukit Gantang 2009 akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kematiannya.

Rujukan sunting

  1. ^ Roslan meninggal kerana serangan jantung, Utusan Malaysia Online, 9 Februari 2009 (9 Februari 2009)

Pautan luar sunting