Sayong merupakan sebuah pekan di Mukim Sayung, Daerah Kuala Kangsar Kuala Kangsar (kota), daerah di Negeri Perak. Pekan Sayong merupakan kawasan majoriti penduduk Melayu. Pekan Sayong terletak bersebelahan dengan Sungai Perak dan jambatan sebelum sampai ke bandar Kuala Kangsar.

Sayong atau sayung berasal dari sisa-sisa papan yang telah dipotong tetapi dalam bentuk menyeronng atau rencong. Papan sayung bermakna papan lebihan yang tidak tepat ukurannya.

Sayong terkenal dengan perusahaan kecil membuat labu daripada tanah liat atau pelbagai seramik lain. Penduduk Sayung dipercayai berasal dari Hilir Perak yang dibawa oleh sultan-sultan Perak terdahulu ke Kuala Kangsar. Tukang-tukang yang mahir dalam seni bina rumah, seni bina perabot dan seni seramik telah dibawa bersama-sama oleh sultan-sultan yang bersemayam di Hilir Perak ke hulu Perak iaitu di daerah Kuala Kangsar. Istana sultan-sultan Perak turut dipindahkan ke Kuala Kangsar terutama selepas peristiwa pembunuhan JWW Birch 1875 di Pasir Salak.

Rumah-rumah penduduk di sini dalam bentuk rumah litmas iaitu rumah papan bertiang tinggi, ada ruang anjung, anjung tengah dan ruang dapur serta beranda. Perubahan masa menuntut penduduknya membina rumah daripada batu-bata dan tidak lagi bertiang.

Ekonomi pertanian terutama padi, getah dan kelapa sawit ditanam di sini. Terdapat ladang kelapa sawit seperti Sayang Plantation Sayong dan Ladang Gleanealy Sayong. Kebun-kebun getah yang terbiar telah diambil alih dan dimajukan oleh kerajaan Malaysia melalui agensi FELCRA. Penduduk menubuhkan Koperasi Peserta Rancangan Felcra Gugusan Kledang Sayong.

Rencana lanjut

sunting