Sekolah pondok

sekolah atau pusat pengajian tradisional Islam di negara-negara kepulauan Melayu (pesantren di Indonesia, pondok di Malaysia, balai di Brunei)


Sekolah pondok (Jawi: سكوله ڤوندوق) atau pesantren (Pegon: ڤسانترَين) ialah sebuah institusi pendidikan tradisional Islam yang banyak diamalkan di wilayah Nusantara seperti Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand. Sistem pendidikan ini berfokuskan pengajian ilmu Islam dan biasanya mempunyai asrama. Sistem pondok yang diamalkan ini tiada had usia dan tidak mengira latar belakang sesiapa. Sesiapa sahaja boleh datang pada bila-bila masa untuk menuntut ilmu, meliputi semua ilmu akhirat.

Pengaruh sistem pengajian tradisional pondok dipercayai bertapak di Tanah Melayu sekitar abad ke-18 dan ke-19. Sifat berpegang kuat kepada prinsip agama, menghormati institusi Raja Melayu dan budaya khidmat kepada komuniti antara perkara yang ditekankan dalam pengajian warisan Islam ini, selari dengan penekanan adab dalam kehidupan orang Melayu. Budaya pengajian pondok memberi kesan langsung kepada identiti masyarakat Melayu Islam[1].

Kurikulum pengajian di pondok bersifat menadah kitab dari kulit ke kulit. Kitab yang digunakan ialah kombinasi dari kitab jawi dan Arab, contohnya dalam ilmu tauhid, kitab dalam bahasa Arab yang digunakan seperti Hasyiah al-Syarqawi, Hasyiah al-Bajuri dan syarah kepada Matan Jauharah. Selain itu, ilmu tasawuf juga ditekankan di sekolah pondok. Pendidikan tasawuf ini dapat dilihat apabila pengajar menekankan aspek kerohanian, termasuk melazimi solat jemaah dan bacaan wirid selepas solat.[1] Selain itu juga menawarkan seberapa bidang sampingan dengan tingkat yang berbeza-beza mengikut budi bicara pengajar selain mengaji yakni pelatihan kemahiran vokasional dan pembangunan jatidiri.[2]:47-70

Etimologi sunting

"Pondok" serapan Arab: فُنْدُق, rumi: funduq yang diuraikan "rumah/kediaman berhias untuk musafir berupah" malah diberi makna lanjut sebagai "hotel" dalam konteks moden.[3] "Pesantren" terbitan kata سانتريsantri merujuk kepada para pelajar badan sebegini;[4][2]:48 C.C. Berg mengusulkannya serapan Sanskrit शास्त्रिन् śāstrin bererti "orang-orang yang tahu kitab suci agama Hindu" (sekembar kata sastera) lalu dilihat menunjukkan kemiripan pendidikan ini kepada badan-badan seumpama dalam kalangan anak muda yang dilatih menjadi pendeta pada zaman Hindu-Buddha.[5][6]

Sejarah pendidikan sunting

Di Tanah Melayu sunting

Era sebelum kedatangan penjajah masyarakat mempunyai sebuah sistem informal yang mengkhususkan dan menumpukan pendidikan agama kepada segenap generasi pada zaman itu. Antara usaha yang di jalankan oleh pewaris baharu pada zaman dahulu untuk melahirkan orang yang tinggi ilmu agama pada zaman itu. Kedatangan British membawa kepada pengenaklan sistem yang berbentuk sekuler pada waktu itu dan menjadi saingan sistem informal masyarak melayu pada waktu itu.

Berikutan kedudukan mereka sebagai pemerintah, British turut sama menjalankan kempen propaganda bagi melemahkan gerakan sekolah pondok. Namun pendidikan pondok gagal dikuburkan oleh British malahan semakin utuh dilanda badai khasnya di mana sistem itu bermula,

Sejak bila sistam pondok di perkenalkan? Tidak diketahui sebenar sistem penubuhan pondok ini. di anggarkan tariknya sekitar abad ke18.

Di Jawa sunting

Di Pattani sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Latifah Arifin (23 Disember 2018). "Pengajian pondok bentuk identiti Muslim, budaya Melayu". BHarian. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  2. ^ a b Lukens-Bull, Ronald (2005). "A Peaceful Jihad: Negotiating Identity and Modernity in Muslim Java". New York: Palgrave Macmillan.
  3. ^ Lihat:
    • Ahmad Mukhtar Umar (2008). "فندق". Kamus Bahasa Arab Kontemporari (معجم اللغة العربية المعاصرة). Kaherah, Mesir: Alam Al-Kutub. ISBN 977-232-626-4 – melalui The Arab Lexicon Hawramani. نُزُل، مسكن مفروش لإقامة المسافرين بالأجر
    • Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 285. ISBN 967-65-7321-3.
  4. ^ en Roorda, Gericke (1901). "santri". Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek. 16: Sa–SaKa. E. J. Brill: Leiden, Belanda. m/s. 1: 646-7 – melalui Sastra Jawa kelolaan Yayasan Sastra Lestari. KN. een priester leerling, die op een priesterschool leert en dient om later priester te kunnen worden; in de dorpen, een bediende als vee- of buffelhoeder (vrg. cantrik)...pêsantrèn, een priesterschool PL. I, 63, -seminarium;
  5. ^ Efendi, Ferry; Makhfudli (2009). Keperawatan Kesehatan Komunitas: Teori dan Praktik dalam Keperawatan. Jakarta: Salemba Medika. m/s. 313. ISBN 9789793027944. Dicapai pada 22 September 2022.
  6. ^ Raditya, Iswara N (21 October 2019). "Sejarah & Asal Usul Kata Santri: Berasal dari Bahasa Sanskerta?". Tirto. Dicapai pada 12 February 2021.

2.https://iluminasi.com/bm/sejarah-sistem-pendidikan-sekolah-pondok-di-tanah-melayu.html