Samsuri Arshad

(Dilencongkan dari Shamsuri Arshad)

Tan Sri Samsuri bin Arshad adalah bekas Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia.Selepas bersara, beliau dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) .[1]

Kehidupan awal sunting

Samsuri Arshad dilahir pada 05 Mei 1942 di Mersing, Johor. Beliau berkahwin dengan Puan Sri Noraini Yahya.

Beliau mendapat pendidikan di Sek Menengah Kebangsaan Sri Mersing, Johor ;English College, Johor Bahru, Johor dan ijazah undang-undang dari University of London, United Kingdom(LLB).

Semasa berkhidmat sebagai jeneral PDRM, beliau belajar di Universiti Harvard di Royal College of Defence Studies, selama setahun bersama 70 orang jeneral dari seluruh dunia. Ada yang dari Amerika Syarikat (AS), Israel dan pelbagai lagi. Saya dan beberapa orang dari Pakistan sahaja Muslim.Sebagai seorang jeneral, beliau mengekalkan jati diri Melayu dengan mendirikan solat walau berada di negara orang , berpuasa di bulan Ramadan, tidak minum arak dan sebagainya.[2]

Kerjaya sunting

Beliau menyertai PDRM pada 1 Nov 1962 sebagai Inspektor Percubaan. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Inspektor pada 29 Nov 1963. Pada 1 Feb 1966, beliau dipindahkan ke Platoon ke-6 Pasukan Polis Hutan, Cheras.Kemudian, beliau dinaikkan pangkat sebagai Asistan Superintendan (ASP) pada 22 Jun 1969 dan menjadi Ketua Balai Polis Tapah. Pada 27 Dis 1971, beliau menjadi jurulatih di Maktab Polis Kuala Kubu Baru.

Pada 1972,beliau menghadiri kursus 'International General Interpol (Australia). Pada 12 Dis 1973, beliau dipindahkan ke Kelantan sebagai Deputi Superintendan Polis. Pada 25 Dis 1975, beliau menjadi Ketua Balai Polis Batu Pahat, Johor. Pada 14 Jun 1976, beliau menjadi Setiausaha Polis Bukit Aman. Pada 8 Ogos 1978, beliau menjadi Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak.

Pada 1979, beliau menghadiri kursus 'Administration of Criminal Justice (Jepun). Pada 12 Jan 1981, beliau dinaikkan pangkat sebagai Asistan Kommisioner Polis dan menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak. Pada 4 Feb 1982, beliau menjadi Kommandan Maktab Polis Kuala Kubu Baru. Selain itu, pada 11 Mei 1984, beliau dinaikkan pangkat sebagai Senior Assistant Commissioner II dan menjadi sebagai Timbalan Pengarah (Latihan) PDRM Bukit Aman. Pada 1987,beliau menghadiri kursus di Institut Tadbiran Negara (INTAN) hingga 1988. Pada 1989, beliau menghadiri kursus perlembagaan dan pentadbiran di Universiti Malaya. Pada 10 Sep 1987, beliau dinaikkan pangkat sebagai Senior Assistant Commissioner I dan menjadi Ketua Polis Selangor. Pada 2 Feb 1989, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Pada 1990, beliau juga mnghadiri kursus eksekutif di Korea Selatan, beliau juga menghadiri kursus Jenayah Kolar Putih diUnited Kingdom).

Selanjutnya, pada 11 Jan 1991, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah. Pada 1992, beliau sambung belajar di United Kingdom). Pada 5 Jan 1993, beliau menjadi Ketua Polis Perak. Pada 17 Jul 1993, beliau dilantik sebagai Pengarah Pengurusan. Akhirnya, pada 16 Jan 1994, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Beliau bersara wajib pada 5 Mei 1997 dan disandang oleh Norian Mai.

Beliau belajar lagi di Harvard University, Amerika Syarikat pada 1996.

Aktiviti perniagaan sunting

Pada 20 Sep 1997, beliau dilantikan sebagai pengerusi Aokam Perdana Berhad; pada 1 Dis 1997, beliau menjadi Pengarah George Town Holdings Berhad;pada 1 Dis 1997, beliau menjadi pengarah George Town Chemist Sendirian Berhad; pada 8 Jul 1997-10 Feb 1999, beliau menjadi pengarah Arus Murni Corporation Berhad. pada 26 Mac 1998, beliau dilantikan pengarah Unisem (M) Berhad; pada 20 Okt 1999, beliau menjadi pengarah Avenue Assets Berhad; LONG-TRANS Global Media (M) Sdn Bhd. Pengerusi LONG-Trans Education Sdn Bhd; 19 Nov 2001 Pengarah dan pengerusi Avenue Assets Berhad ; Pengerusi Luxor Network Sdn Bhd; Jul 1997 ahli Lembaga pemegang amanah Yayasan Salam Malaysia

Pengaman sunting

Samsuri Arshad dilantik menjadi Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman), sebuah NGO yang memperjuangkan nasib anggota polis , pesara polis, anak-anak dan isteri mereka. Kini terdapat 60,000 pesara dan 140,000 anggota polis PDRM yang sedang bertugas.Akhir-akhir ini PDRM menghadapi cabaran getir seperti gerakan bawah tanah, media baru yang digunakan untuk menabur fitnah dan penipuan.[3]

Dewan Tertinggi Perkasa sunting

Pada 11 Januari 2012, beliau diumumkan oleh Presiden Perkasa sebagai ahli Dewan Tertinggi Perkasa. Ahli lain ialah Left-Jen (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail ; Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah ; Brig-Jen (B) Datuk Sujak Abok ; bekas timbalan ketua polis negara, Tan Sri Shamsuri Arshad; Prof Datuk Dr Halim Sidek ; Prof Datuk Ramlah Adam; Datuk Rauf Husein (bekas timbalan pengarah pendidikan Malaysia), ; Prof Madya Dr Ashraf Wajidi Dasuki ; Dr Zubir Harun ; Datuk Zulkifli Nordin (naib presiden); Datuk Salahudin Saidin dan Datuk Hamzah Kasim. [4] [5]

Penghargaan sunting

  •   Malaysia
    •   Ahli Mangku Negara (AMN) (1974)
    •   Kesatria Mangku Negara (KMN) (1983)
    •   Johan Mangku Negara (JMN) (1991)
    •   Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri (1996)
  •   Perak
    •   Paduka Taming Sari (PTS) (1980)
  •   Selangor
    •   Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) - Dato’ (1989)
  •   Polis Diraja Malaysia
    •   Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) (1996)

Rujukan sunting