Rencana ini ialah mengenai badan pembanteras jenayah antarabangsa. Untuk kugiran bernama sama, sila lihat Interpol (kugiran).

Interpol [in-tĕr-pol] (singkatan International Criminal Police Organization - "Pertubuhan/Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa") ialah badan antara pemerintah ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama di antara pihak-pihak berkuasa polis seluruh dunia dan untuk membangunkan cara berkesan menentang jenayah. Ia diasaskan di Vienna pada tahun 1923 dan disusun semula pada tahun 1923.

INTERPOL
Nama biasa Interpol
Singkatan ICPO-INTERPOL
Logo INTERPOL.
Cogan kata Connecting police for a safer world
Gambaran agensi
Dibentuk 1923; 97 tahun yang lalu (1923)
Anggota 756 (2013)[1]
Belanjawan tahunan €78 juta(2013)
€113 juta(2017)
Taraf undang2 Kerajaan: government agency
Struktur bidang kuasa
Agensi antarabangsa
Negara 194 negara anggota
Map of the member states of Interpol 2018.svg
Peta bidang kuasa INTERPOL.
Badan pentadbiran INTERPOL General Assembly
Alat perlembagaan ICPO-INTERPOL Constitution and General Regulations[2][3]
Sifat umum
Struktur operasi
Ibu pejabat Lyon, Perancis
Eksekutif agensi
Kemudahan
Biro Pusat Kebangsaan (National Central Bureau) 181 buah
Tapak Sesawang
http://www.interpol.int/
Nota kaki

Ia merupakan badan bukan politik di mana ia dilarang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti bersifat keagamaan, perkauman atau ketenteraan. Kebanyakan negara seluruh dunia menganggotai Interpol dan hanya badan polis yang diluluskan pemerintahan di negara-negara anggota ini boleh menganggotainya. Suatu perhimpunan agung yang menghimpunkan pihak-pihak berkuasa ini diadakan setiap tahun untuk memutuskan dasar dan memilih jawatankuasa eksekutif. Sekretiat Interpol berpusat di Lyon, Perancis yang juga merupakan ibu pejabat tetapnya. Interpol menyelaras aktiviti anggotanya, menyimpan rekod jenayah antarabangsa, dan menganjurkan perjumpaan di mana mereka bertukar-tukar maklumat. Interpol dibiaya oleh negara anggota.

Untuk mengekalkan keneutralan politiknya, perlembagaan Interpol melarang penglibatan badan ini dalam jenayah yang tidak bertindan dengan beberapa negara anggota dan jenayah politik, ketenteraan, keagamaan atau perkauman. Interpol hanya menumpukan kepada keselamatan orang awam, keganasan, jenayah terancang, jenayah ke atas kemanusiaan, genosid, jenayah perang, pelanunan, pengeluaran dadah haram, penyeludupan dadah, penyeludupan senjata, pemerdagangan manusia, wang haram, pornografi kanak-kanak, jenayah kolar putih, jenayah komputer, jenayah harta intelek dan korupsi.

Cara Interpol bekerjaSunting

I­nterpol berbeza daripada kebanyakan agensi penguatkuasaan undang-undang. Agen-agen Interpol tidak membuat penangkapan dan tiada penjara bagi penjenayah yang ditahan. Agensi ini berfungsi sebagai penghubung pentadbiran di antara agensi penguatkuasaan undang-undang di negara anggota dengan memberikan bantuan komunikasi dan pangkalan data. Perkara ini penting dalam memerangi jenayah antarabangsa kerana perbezaan bahasa, budaya dan birokrasi boleh menyukarkan pegawai daripada negara berbeza untuk bekerja bersama. Contohnya, pegawai Polis Diraja Malaysia menjejaki penjenayah berada di Itali dan mereka tidak tahu siapa harus dihubungi dalam pasukan polis di Itali. Dan sama ada polis di Itali mempunyai jurisdiksi dalam kes itu atau siapa dalam kerajaan Itali yang perlu diberitahu tentang penglibatan PDRM. PDRM boleh menghubungi Biro Interpol di Itali yang menjadi penghubung di antara agensi penguatkuasaan undang-undang Malaysia dan Itali.

Pangkalan data Interpol membantu pegawai penguatkuasa undang-undang mendapat gambaran jenayah antarabangsa. Walaupun agensi lain mempunyai pangkalan data jenayah yang tuntas, maklumat itu jarang melangkaui sempadan antarabangsa. Interpol boleh menjejaki penjenayah dan trend jenayah di seluruh dunia. Mereka menyimpan koleksi cap jari dan gambar muka, senarai orang dikehendaki, sampel DNA dan dokumen perjalanan. Pangkalan data dokumen perjalanan yang hilang dan dicuri mereka saja mengandungi lebih daripada 12 juta rekod. Interpol juga menganalisis semua data ini dan memberikannya maklumat mengenai trend jenayah kepada negara anggota.

Rangkaian komunikasi dunia Interpol yang selamat membolehkan agen dan negara anggota berhubung sesama sendiri pada bila-bila masa. Rangkaian ini dikenali dengan I-24/7 menyediakan akses kepada pangkalan data Interpol. Sementara Biro Pusat Kebangsaan adalah akses utama ke rangkaian ini, beberapa negara anggota memperluaskannya kepada kawasan penting lain seperti lapangan terbang dan pintu masuk sempadan. Negara anggota juga boleh mengakses pangkalan data negara anggota lain melalui sistem I-24/7.

Jika berlaku bencara antarabangsa, serangan pengganas atau pembunuhan orang ternama, Interpol boleh menghantar pasukan mereka. Pasukan ini menawarkan pelbagai kepakaran dan akses ke pangkalan data bagi membantu mengenal mangsa, mengenal suspek dan penyebaran maklumat kepada agensi penguatkuasaan undang-undang negara lain. Dan dengan permintaan pihak berkuasa tempatan, mereka boleh bertindak sebagai pusat operasi pemerintahan dan logistik bagi menyelaras agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang terlibat dalam sesuatu kes.

Negara anggota dan biro kecilSunting

Biro kecil ditunjukkan dalam teks condong.


Negara bukan anggotaSunting

  Palau
  Kepulauan Solomon
  Kiribati
  Federated States of Micronesia
  Tuvalu
  Vanuatu
  Korea Utara
  Taiwan

Pautan luarSunting

  • ^ "Annual Report 2013" (PDF). Interpol. 2014. m/s. 9. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 31 Mac 2017. Dicapai 31 March 2017.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Constitution2008 tidak disediakan
  • ^ "General Regulations of the International Criminal Police Organization" (PDF). Interpol, Office of Legal Affairs. 1956. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 7 February 2016. Dicapai 12 March 2016.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)