Stesen LRT Asia Jaya

Stesen LRT Asia Jaya ialah stesen Transit Aliran Ringan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, sebahagian Laluan Kelana Jaya. Stesen ini dinamakan sempena bekas pusat membeli-belah Asia Jaya, yang kini ditukar kepada Hotel Armada pada dekad 1990-an yang terletak di seberang Jalan Utara. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[1]

Asia Jaya Rapid KL
Stesen LRT Asia Jaya dari jalan raya.
LokasiStesen Asia Jaya, Jalan 51a/223, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°06′16″N 101°38′15″E / 3.10444°N 101.63750°E / 3.10444; 101.63750Koordinat: 3°06′16″N 101°38′15″E / 3.10444°N 101.63750°E / 3.10444; 101.63750
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T786, T787

Pengangkutan bas Asia Jaya

Pengangkutan bas Menara PJ8
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanDisediakan oleh MBPJ
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ21 
Sejarah
Dibuka1 September 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen Asia Jaya terletak di selatan Seksyen 14 Petaling Jaya, Selangor. Stesen ini terletak kira-kira 300m dari persimpangan Jalan Barat   Lebuhraya Persekutuan. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah Seksyen 14 Petaling Jaya, Seksyen 51A Petaling Jaya, pejabat Tenaga Nasional (TNB) cawangan Petaling Jaya, Wisma Lotus, Wisma LYL, City University of Malaysia, Menara Axis, Menara PJ8, Hotel Armada Petaling Jaya, Hotel Sheraton Petaling Jaya, Hotel Hilton Petaling Jaya, The Istara Condominium, Brickfields Asia College (BAC) kampus Petaling Jaya, Kuil Sikh Gurdwara Sahib Petaling Jaya, pangsapuri Millenium Square dan Menara Jaya.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
KJ Arah Timur 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Taman Jaya)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
KJ Arah Barat 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Taman Paramount)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, kemudahan parkir disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan T786 dan T787 berkhidmat di stesen ini. Bas Seranas laluan 700; bas Wawasan Sutera laluan 710; dan bas RapidKL laluan 750, 770, 772, 780 berkhidmat di hentias bas Asia Jaya bagi bas ke Kuala Lumpur dan hentian bas Menara PJ8 bagi bas ke Subang Jaya/Klang. Bas PJ City laluan PJ01 dan PJ02 berkhidmat di hentian bas Asia Jaya bagi bas menghala ke utara sahaja.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 12 Mei 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.