Stesen LRT Kinrara BK5

Stesen LRT Kinrara BK5 ialah stesen LRT di Puchong, Selangor dimana Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di kawasan perumahan Bandar Kinrara 5 (BK5), Selangor. Stesen ini dibuka pada 31 Oktober 2015 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling daripada Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini. Ketika pembukaan, stesen ini merupakan terminus selatan bagi Laluan Sri Petaling.[1]

Kinrara BK5 Rapid KL
LokasiStesen Kinrara BK5, Lebuhraya Bukit Jalil, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia
Koordinat3°3′01.5″N 101°38′39.2″E / 3.050417°N 101.644222°E / 3.050417; 101.644222Koordinat: 3°3′01.5″N 101°38′39.2″E / 3.050417°N 101.644222°E / 3.050417; 101.644222
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
Platform2
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 541, T581, SJ03
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan176 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP22 
Sejarah
Dibuka31 Oktober 2015
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Kinrara, Selangor. Terletak berhampiran stesen ini adalah SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, SK Seksyen 1 Bandar Kinrara, Pasar Raya Besar Giant Bandar Kinrara, Apartmen Servis Eight Kinrara, Stadium Kriket Kinrara, Masjid Al-Ehsan, kawasan perumahan Bandar Kinrara 2, Bandar Kinrara 5 dan Bandar Kinrara 4.

Susunan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
SP Arah Utara 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Alam Sutera)
SP Arah Selatan 4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (IOI Puchong Jaya)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 176 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas sunting

Bas RapidKL laluan 541, T581 dan bas percuma Smart Selangor laluan SJ03 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Ryannesh Panicker (23 Okt 2015). "Four stations to begin operations on Oct 31". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jan 2020. Dicapai pada 6 Jan 2020.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.