Sultan Hisamuddin Alam Shah

Sultan Selangor

Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Jawi: سلطان هيثم الدين عالم شاه إبن المرحوم سلطان علاء الدين سليمان شاه; 13 Mei 1898 – 1 September 1960) merupakan Yang di-Pertuan Agong kedua yang bertakhta dari 14 April sehingga 1 September 1960, dan Sultan Selangor yang kelima.

Sultan Hisamuddin Alam Shah
Sultan Selangor ke-6
Pemerintahan 14 September 1945 – 1 September 1960
Pendahulu Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah
Pengganti Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah
Raja Muda Tengku Abdul Aziz Shah
Pasangan Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad (k. 1920; m. 1960)
Anakanda
Tengku Abdul Aziz Shah
Tengku Azman Shah
Tengku Badli Shah
Tengku Hajah Raudzah
Tengku Ampuan Bariah
Tengku Ismail Shah
Tengku Taksiah
Nama penuh
Almarhum Sultan Hisamuddin Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah
Tempat persemayaman Istana Alam Shah, Klang, Selangor
Ayahanda Sultan Alauddin Sulaiman ibni Almarhum Raja Muda Raja Haji Musa
Bonda Cik Puan Hasnah binti Pilong
Keputeraan (1898-05-13)13 Mei 1898
Istana Bandar Temasha, Kuala Langat, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 1 September 1960(1960-09-01) (umur 62)
Istana Tetamu, Kuala Lumpur, Malaya
Dimakamkan 3 September 1960
Makam Diraja Klang, Klang, Selangor
Agama Islam Sunni

Sultan Hisamuddin Alam Shah merupakan putera ketiga kepada Sultan Alauddin Suleiman Shah ibni Raja Muda Musa (1898-1938) dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong, isteri orang kebanyakan. Diberi nama Tengku Alam Shah, baginda tidak dijangkakan untuk memerintah disebabkan baginda mempunyai dua orang kekanda.

Menerima pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Tengku Alam Shah telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 1938 setelah kemangkatan bapa baginda. Bagaimanapun, pada tahun 1942 sehingga 1945, ketika Jepun memerintah Malaya, baginda telah diturunkan takhta dan digantikan dengan saudara tiri tertuanya yang dilantik dengan gelaran Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah. Dengan kembalinya pihak British, Sultan Hisamuddin Alam Shah dikembalikan ke takhta, sementara bekas Sultan Musa dibuang daerah ke Kepulauan Cocos Keeling.

Sultan Hisamuddin Alam Shah telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua Malaya pada 14 April 1960 untuk tempoh penggal selama lima tahun, tetapi mangkat selepas penyakit misteri di Istana Tetamu di Kuala Lumpur pada 1 September 1960 - pada hari pertabalannya. Baginda dimakamkan di Makam Diraja di Klang, Selangor.

Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad merupakan isteri kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah, dan dari keturunan kerabat keluarga diraja Selangor, yang menjadi Tengku Ampuan Selangor dan Raja Permaisuri Agong.

Anugerah dan kehormatan

sunting

Tanah Melayu

sunting

Antarabangsa

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1958" (PDF).
  2. ^ "KING'S JUBILEE MEDAL AWARDS IN MALAYA". Straits Budget. 30 May 1935. m/s. 16.
  3. ^ "CORONATION MEDALS FOR MALAYA". Morning Tribune. 26 May 1937. m/s. 23.
  4. ^ "No. 34518". The London Gazette (Supplement). 7 June 1938. m/s. 3690.


Penyandang Terdahulu Sultan Selangor
19381942
Penyandang Kemudian
Alaeddin Sulaiman Shah Musa Ghiatuddin Riayat Shah


Penyandang Terdahulu Sultan Selangor
19451960
Penyandang Kemudian
Musa Ghiatuddin Riayat Shah Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj