Koordinat: 25°02′01″N 121°33′54″E / 25.03361°N 121.56500°E / 25.03361; 121.56500

Taipei 101
臺北101
Menara Taipei 101 di Taiwan.
Maklumat
Lokasi Taipei, Taiwan
Status Siap dibina
Tempoh pembinaan 1999 – 2004
Kegunaan Pejabat Komersial
Dibuka 31 Disember 2004
Musnah
Ketinggian
Antena/Puncak 509.2 m
Bumbung 449.2 m
Tingkat atas 439.2 m
Maklumat teknikal
Bilangan tingkat 101
Keluasan tingkat 412,500 m²
Bilangan lif 61
Kos $1,600,000,000
Syarikat-syarikat
Arkitek C.Y. Lee
Jurutera
Kontraktor Samsung C&T[1][2]
Usahasama KTRT
Pemaju
Pemilik
*Menjadi bangunan tertinggi didunia sejak tahun 2004.

Taipei 101 (Cina Tradisional: 臺北101 atau 台北101, Cina Ringkas: 台北101, pinyin: Táiběi Yīlíngyī) ialah sebuah pencakar langit 101 tingkat terletak di ibu kota Taiwan iaitu Taipei. Direka oleh C.Y. Lee dan dibina oleh Samsung C&T dan KTRT Joint Venture, ia adalah bangunan tertinggi di Taiwan dan pernah menjadi bangunan tertinggi dunia dengan mengalah Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia dari 2004 hingga 2010 setelah dikalahkan dengan Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Nama asalnya ialah Pusat Kewangan Dunia Taipei, berdasarkan nama rasmi Cinanya, iaitu Pusat Kewangan Antarabangsa Taipei (Cina Tradisional: 臺北國際金融中心; pinyin: Táiběi Guójì Jīnróng Zhōngxīn).

Ketinggian sunting

 
Perbandingan ketinggian Taipei 101 dengan Menara Sears, Menara Petronas dan Bangunan Empire State.

Taipei 101 mempunyai 101 buah tingkat di atas tanah dan lima di bawah tanah.

Bangunan ini memegang rekod untuk:

  • Tanah sehingga puncak struktur: 509 m (1,671 kaki), sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Berkembar Petronas pada 452 m (1,483 kaki)
  • Tanah sehingga ke bumbung: 449 m (1,474 kaki). Sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Sears 442 m (1,451 kaki)
  • Tanah sehingga tingkat tertinggi yang diduduki: 439 m (1,441 kaki). sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Sears
  • Lif terpantas: 16.83 m/s (37.5 km/j.)
  • Kiraan untuk tahun baru terbesar.

Ia tidak memegang rekod untuk:

  • Tanah sehingga puncak, yang masih dipegang oleh Menara Sears 527 m (1,729 kaki).

Bumbung Taipei 101 disiapkan pada 1 Julai 2003. Dalam suatu upacara yang diketuai oleh Datuk Bandar Ma Ying-jeou, puncak menara dipasang pada 17 Oktober 2003, membolehkannya mengatasi Menara Berkembar Petronas dengan kelebihan 57 meter (188 kaki). [1]

Sumber-sumber berbeza, termasuk pemilik bangunan menyenaraikan ketinggian menara sebagai 508 m (1,667 kaki).

Reka bentuk dalaman Taipei 101 sunting

Dalam pelbagai aspek, bangunan yang baru dibina ini ialah pencakar langit paling maju setakat ini. Bangunan ini mempamerkan penggunaan gentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan sehingga 1 gigabit per saat. Toshiba telah menyediakan lif berkembar paling laju di dunia dengan kepantasan puncak mencapai 16.83 meter per saat (63 km/j ). Lif ini mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 39 saat. Pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91. Sebuah teknologi mengawal kesan bencana alam terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan terhadap ancaman gempa bumi, taufan, dan angin[2]. Teknologi ini mampu mengurangkan sehingga 40% pergerakan menara.

Menara ini dibuka secara keseluruhan pada 31 Disember 2004, sempena malam sambutan tahun baru beserta dengan persembahan langsung dan bunga api. Presiden Taiwan, Chen Shui-bian, Datuk Bandar Taipei Ma Ying-jeou dan Speaker Parlimen Wang Jin-pyng merasmikannya.

Menara itu mengandungi pasar raya setinggi enam tingkat, kedai-kedai, restoran, dan tarikan-tarikan lain contohnya kelab malam.

Galleri sunting

Rujukan sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting