Tradisi dan gaya dalam rekabentuk Taman Parsi, (Bahasa Parsi باغ ایرانی Bāgh-e Irāni atau Bāgh-Sarai) telah mempengaruhi rekabentuk taman dari Andalusia hingga ke India dan lain-lain. Taman-taman di Alhambra memperlihatkan pengaruh falsafah dan gaya Taman Parsi dalam skala istana Moor, dari era Al-Andalus di Sepanyol. Makam Humayun dan Taj Mahal adalah salah satu interpretasi Taman Parsi terbesar di dunia, dari era Empayar Mughal di India.

Taman Parsi
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
TermasuklahAbbasabad Garden
Akbarieh Garden
Chehel Sotun Garden
Dowlatabad Garden
Eram Garden
Pahlavanpur Garden
Pasargadae Garden
Shazdeh Garden
Taman Fin Sunting ini di Wikidata
Inskripsi2011 (sesi ke-35)
Keluasan716.35, 9,740.02 he (77,107,000, 1.048407×109 ka2)
LokasiIran Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Konsep dan etimologi sunting

 
Taman Eram ialah sebuah taman Parsi bersejarah di Shiraz, Iran
 
Rajah skema sebuah taman Parsi. Perhatikan struktur kuadripartit dengan ciri air tempatan yang menyambungkan akueduk, dan pokok-pokok di sekeliling dan juga peletakan istana
 
Taman Shazdeh adalah salah satu taman terbesar di Wilayah Kerman.

Dari zaman Dinasti Achaemenid idea mengenai syurga di dunia tersebar menerusi kesusasteraan Parsi dan menjadi contoh kepada kebudayaan-kebudayaan lain, taman-taman Hellenistik Seleucid dan Ptolemy di Iskandariah. The Avestan word pairidaēza-, Old Persian *paridaida-, Perkataan dalam bahasa Avesta pairidaēza-, bahasa Parsi Tua *paridaida-,[note 1] bahasa Media *paridaiza- (bertembok sekelilingnya yakni taman bertembok), diserap masuk menjadi Bahasa Yunani Kuno: παράδεισος, parádeisos, kemudian ke bahasa Latin sebagai paradīsus, dan dari situ ia masuk ke dalam bahasa-bahasa Eropah, seperti bahasa Perancis paradis, bahasa Jerman Paradies, dan bahasa Inggeris paradise. Perkataan itu masuk ke dalam bahasa Semitik juga: bahasa Akkadia pardesu, bahasa Ibrani pardes, dan bahasa Arab firdaws.[1]

Sebagaimana yang diungkapkan perkataan itu, taman-taman sebegitu pernah dipagari. Matlamat taman itu ialah untuk menyediakan tempat bagi kerehatan terlindung dalam pelbagai jenis: kerohanian dan kesenggangan, pada dasarnya syurga di atas muka bumi. Perkataan dalam bahasa Proto-Iran bagi "ruang berpagar" ialah *pari-daiza- (Avesta pairi-daēza-), satu istilah yang diambil oleh agama Kristian untuk menggambarkan Taman Eden atau Firdaus di atas muka bumi.[2]

Pembinaan taman itu mungkin secara formal (dengan penekanan terhadap struktur) atau secara bersahaja (dengan penekanan terhadap alam semulajadi), dengan mengikuti beberapa peraturan rekabentuk yang mudah. Ini membolehkan pemaksimuman, dari segi fungsi dan emosi, apa yang dapat dilakukan di dalam taman itu.

Sejarah sunting

 
Taman AbbasAbad, Behshahr, Mazandaran.

Taman Parsi mungkin bermula seawal 4000 SM. Tembikar berhias pada zaman itu memaparkan pelan rentas biasa bagi taman Parsi. Pelan rangka Taman Pasargad yang dibangunkan sekitar 500 SM masih dapat dilihat sehingga kini.

Semasa pemerintahan Sassan (kurun ke-3 hingga ke-7 M), dan di bawah pengaruh Zoroastrianisme, air menjadi semakin penting dalam seni. Kecenderungan ini dapat dilihat dengan jelas dalam reka bentuk taman, dengan penekanan yang lebih besar terhadap air pancut dan kolam di dalam taman.

Semasa pemerintahan Islam, aspek estetik taman menjadi bertambah penting, mengatasi kebergunaan. Semasa zaman ini, peraturan estetik yang mengatur taman bertambah penting. Contohnya, chahār bāgh (چهارباغ), sejenis taman yang cuba menyaingi Eden, dengan empat batang sungai dan empat sukuan yang mewakili dunia. Rekabentuknya kadang-kala diperluaskan satu paksi lebih panjang daripada silang-sumbu, dan mungkin menonjolkan saluran-saluran air yang melalui setiap empat taman dan bersambung dengan kolam pusat.

Pencerobohan Parsi oleh Mongols pada kurun ke-13 membawa penekanan baru terhadap struktur hiasan yang bersangatan di dalam taman. Contoh perkara ini termasuklah Tree peony dan pokok bunga kekwa.[[:]] Empayar Mongol kemudian membawa tradisi taman Parsi ke ceruk lain dalam empayar mereka (terutamanya India).

Babur memperkenalkan taman Parsi ke India. Taman Aram Bāgh yang kini tidak terurus merupakan yang pertama dalam banyak taman Parsi yang dibinanya. Taj Mahal merangkum konsep Parsi mengenai taman syurga yang ideal.

Wangsa Safawiyah (kurun ke-17 hingga 18) membina dan memajukan susun atur besar dan epik yang melampaui perluasan ringkas kepada sebuah istana dan menjadi bahagian penting yang estetik dan berfungsi. Dalam kurun-kurun berikutnya, rekabentuk taman Eropah mula mempengaruhi Parsi, terutamanya rekabentuk Perancis, dan keduanya Rusia dan United Kingdom. Pengaruh Barat membawa pada perubahan dalam penggunaan air dan spesies yang digunakan pada dasar.

Bentuk dan gaya tradisional masih digunakan dalam taman-taman Iran moden. Ia juga kelihatan di tapak-tapak bersejarah, muzium dan dilampirkan kepada rumah golongan berada.

Unsur-unsur taman Parsi sunting

 
Unsur-unsur taman Parsi seperti bayang-bayang, jub, dan hayāt gaya halaman pada sebuah taman awam di Shiraz.

Cahaya matahari dan kesannya adalah faktor penting bagi rekabentuk struktur di dalam taman Parsi. Tekstur dan bentuk dipilih secara khusus oleh arkitek untuk memanfaatkan cahaya itu.[[:]]

Haba kering di Iran membuatkan bayang-bayang menjadi penting di dalam taman-taman, yang hampir-hampir tidak dapat digunakan tanpanya. Sebahagian besar pokok-pokok dan junjung menonjol sebagai bayang-bayang; astaka dan tembok juga penting secara struktur dalam menghalang cahaya matahari.

Haba juga membuatkan air menjadi penting, dalam rekabentuk dan penyelenggaraan taman. Pengairan mungkin diperlukan, dan mungkin dibekalkan melalui sejenis terowong bawah tanah yang dipanggil qanat, yang mengangkut air dari akuifer tempatan. Struktur seumpama perigi kemudian disambungkan kepada qanat yang membolehkan air dikeluarkan. Sebagai pilihan, perigi Parsi yang digerakkan binatang dapat mengeluarkan air ke permukaan. Sistem roda sebegitu juga menggerakkan air sekeliling sistem air permukaan, seperti pada gaya chahar bāgh. Pokok-pokok sering ditanam di dalam parit yang dipanggil juy, mencegah penyejatan air dan membolehkan air sampai ke akar pokok dengan pantas.

Gaya Parsi sering cuba menyepadukan unsur dalam bangunan dengan luar bangunan menerusi sambungan taman yang mengelilingi dengan halaman dalam. Perekabentuk sering menempatkan unsur-unsur senibina seperti lengkung kekubah antara kawasan luar dan dalam untuk membuka pembahagi antara kedua-duanya.

Gambaran sunting

Gambaran terawal taman Parsi (dari separuh pertama kurun ke-4 SM) ditemui di dalam Oeconomicus oleh Xenephon yang menyatakan bahawa Socrates menyampaikan cerita lawatan panglima Sparta Lysander ke atas putera Parsi Cyrus the Younger, yang memperlihatkannya "syurga di Sardis". Dalam cerita ini, Lysander "hairan dengan keindahan pokok-pokok di dalamnya, semuanya ditanam pada selang jarak yang sama, barisan lurus panjang dahan yang melambai-lambai, keseragaman yang sempurna, simetri segi empat tepat keseluruhannya, dan banyak haruman manis yang terhidu ketika mereka mundar-mandir di taman itu"[3]

Gambaran berupa dan ilustrasi taman Parsi tertua datang daripada pengembara dari barat yang sampai Iran. Kisah-kisah ini termasuklah Ibn Battutah pada kurun ke-14, Ruy Gonzáles de Clavijo pada kurun ke-15 dan Engelbert Kaempfer pada kurun ke-17. Ibn Battutah dab de Clavijo cuma sekadar lalu menyebutkan taman-taman dan tidak menggambarkan rekabentuknya, tetapi Kaempfer melukis dengan cermat dan menukarkannya kepada turisan terperinci setelah kembali ke Eropah. Ia mempamerkan taman-taman gaya chahar bāgh yang menonjolkan tembok berpagar, kolam-kolam segi empat tepat, jaringan dalaman terusan-terusan, astaka-astaka taman dan tanaman subur. Terdapat contoh-contoh gaya taman begini yang masih terselamat di Yazd (Dowlatabad) dan di Kashan (Bāgh-e Fin). Lokasi taman-taman yang dilukiskan Kaempfer di Isfahan dapat dikenalpasti.

Gaya sunting

 
Taman Istana Golestan di Tehran.

Enam gaya utama taman Parsi dapat dilihat pada jadual berikut, yang meletakkannya menurut konteks fungsi dan gayanya. Taman tidak terbatas kepada gaya tertentu, tetapi sering menyepadukan gaya-gaya berbeza, atau mempunyai kawasan-kawasan dengan fungsi dan gaya yang berbeza.

Klasik Formal Kasual
Awam Hayāt Meidān Taman
Persendirian Hayāt Chahār Bāgh Bāgh

Hayāt sunting

Bagi jenis awam, ia adalah susun atur Parsi klasik dengan penekanan besar terhadap estetik berbanding fungsi. Struktur buatan manusia di dalam taman adalah sangat penting, dengan lengkung dan kolam (yang mungkin digunakan untuk mandi). Dasarnya sering dilitupi dengan kerikil yang ditandai dengan batu. Tanaman biasanya sangat ringkas - seperti satu barisan pokok-pokok yang juga membekalkan bayang-bayang.

Bagi jenis persendirian, taman-taman ini selalunya berpusatkan kolam dan sekali lagi berstruktur. Kolam berperanan sebagai fokus dan sumber kelembapan bagi persekitaran sekeliling. Terdapat sedikit tumbuh-tumbuhan, selalunya kerana keterbatasan bekalan air di kawasan bandar.

Meidān sunting

 
Medan Naghsh-i Jahan, Medan Diraja charbagh (Maidan) di Isfahan, dibina antara 1598 dan 1629

Ini adalah taman formal awam yang lebih menekankan unsur biotik daripada hayāt dan mengurangkan struktur. Tumbuh-tumbuhan berjulat dari pokok-pokok, pokok renek, tanaman batas hinggalah rumput. Sekali lagi, terdapat unsur-unsur seperti kolam dan lorong kerikil yang membahagikan halaman rumput. Apabila struktur digunakan, ia selalunya dibina, sebagai contoh astaka, untuk membekalkan teduhan.

Chahar Bāgh sunting

Taman ini adalah persendirian dan formal. Struktur asasnya terdiri daripada empat sukuan yang dibahagikan oleh jalan air atau lorong. Secara tradisinya, golongan berada menggunakan taman sebegini bagi fungsi berkaitan kerja (seperti menghiburkan duta). Taman ini menyeimbangkan struktur dengan tumbuh-tumbuhan hijau, dengan tumbuhan-tumbuhan kerap ditanam sekeliling kolam dan struktur berasaskan laluan.

Taman sunting

Seperti kebanyakan taman lain, taman Parsi memberikan fungsi awam kasual dengan penekanan terhadap kehidupan tumbuh-tumbuhan. Ia menyediakan lorong dan tempat duduk, tetapi sebaliknya terbatas dalam ertikata unsur struktur. Matlamat tempat sebegini ialah bersantai dan bersosial.

Bāgh sunting

Seperti taman kasual yang lain, bāgh menekankan aspek alam semulajadi dan kehijauan taman. Tidak seperti taman awam, ia adalah kawasan persendirian yang sering dilampirkan kepada rumah dan selalunya terdiri daripada halaman rumput, pokok dan tanaman dasar. Jalan air dan lorong kurang menonjol berbanding gaya yang lebih formal dan sebahagian besarnya bersifat fungsian. Fungsi utama kawasan sebegini ialah kawasan bersantai keluarga.

Tapak Warisan Dunia sunting

Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/South West Asia" does not exist.

  1. Taman Parsi:
    1. Taman Parsi Pasargad di Pasargadae, Iran
    2. Chehel Sotoun, Isfahan,Iran
    3. Taman Fin, Kashan, Iran
    4. Taman Eram, Shiraz, Iran
    5. Taman Shazdeh, Mahan, Kerman, Iran
    6. Taman Dolatabad, Yazd, Iran
    7. Taman Abbasabad, Abbasabad, Mazandaran, Iran
    8. Taman Akbarieh. Khorasan Selatan, Iran
    9. Taman Pahlevanpour Iran[4]
  2. Taj Mahal, Agra, India
  3. Makam Humayun, New Delhi, India
  4. Taman Shalimar, Lahore, Pakistan
  5. Generalife, Granada, Spain
 
Pemandangan taman di Taj Mahal, Agra, India.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Although the genuine Old Persian form must have been *paridaida-, Modern Persian palīz 'garden' from Middle Persian palēz presupposes a variant *pardaiza- (with syncope of -i-), which seems to be the cognate of *paridaida- from a different Iranian language (Avestan, Median or Parthian) borrowed into Persian still in an early period.

Rujukan sunting

  1. ^ Fakour M., Achaemenid Gardens [1]; CAIS-Online - accessed Jan 15, 2007
  2. ^ Persians: Masters of Empire, p 62, ISBN 0-8094-9104-4
  3. ^ Xenephon. "Oeconomicus". Gutenberg Press. Dicapai pada 11 June 2015.
  4. ^ UNESCO official website

Bacaan lanjut sunting

  • Rostami, Raheleh., Hasanuddin, Lamit., Khoshnava, S. Meysam., Rostami, Rasoul (2014). "The Role of Historical Persian Gardens on the Health Status of Contemporary Urban Residents". Journal of EcoHealth, 11 (3), 308-321.
  • Rostami, Raheleh., Hasanuddin, Lamit., Khoshnava, S. Meysam., Rostami, Rasoul (2011). "Contribution of Historical Persian Gardens for Sustainable Urban and Environment: Lessons from Hot Arid Region of IRAN". American Transaction on Engineering and Applied Sciences 1(3), 281-294.
  • Khonsari, Mehdi; Moghtader, M. Reza; Yavari, Minouch (1998). The Persian Garden: Echoes of Paradise. Mage Publishers. ISBN 0-934211-46-9.
  • Multiple authors (2010). "Garden". Encyclopædia Iranica.
  • Newton Wilber, D (1979). Persian Gardens and Garden Pavilions. Washington.
  • Michel Conan, Dumbarton Oaks (2007). Middle East Garden Traditions: Unity and Diversity.

Pautan luar sunting

  • Audio slideshow: [2] (5 min 58 sec).
  • Audio slideshow: [3] (6 min 16 sec).

Templat:World Heritage Sites in Iran