Tanda dolar

simbol yang menandakan pelbagai mata wang peso dan dolar di dunia.

Tanda dolar ($) adalah simbol digunakan untuk menunjukkan unit pelbagai mata wang seluruh dunia bernama peso dan dolar terdiri daripada suatu bentuk likuan seakan huruf S yang dipangkah sekali atau dua kali.

Ia datang daripada rekaan muka dolar Sepanyol yang memaparkan jata negara Sepanyol: bentuk palang menegak ini peringkasan daripada "Tiang-Tiang Hercules" melambangkan Selat Gibraltar sementara bentuk S diringkaskan daripada cogan kata yang menghiasi tiang-tiang ini iaitu Plus Ultra bererti "Lagi ke hadapan".