Toby Alderweireld

Pemain bola sepak

Tobias Albertine Maurits "Toby" Alderweireld (Sebutan Belanda: [ˈtoːbi ˈɑldərˌwɛːrəlt]; lahir 2 Mac 1989) merupakan seorang pemain bola sepak Belgium yang kini bermain di Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur dan merupakan pemain kebangsaan Belgium. Beliau bermain di dalam posisi pertahanan.

Toby Alderweireld
Maklumat peribadi
Nama penuh Tobias Albertine Maurits Alderweireld[1]
Tarikh lahir (1989-03-02) 2 Mac 1989 (umur 35)
Tempat lahir Antwerp, Belgium
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Tottenham Hotspur
Nombor 4
Kerjaya remaja
1999–2004 Germinal Beerschot
2004–2008 Ajax
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2013 Ajax 128 (7)
2013–2015 Atlético Madrid (1)
2014–2015Southampton (pinjam) 26 (1)
2015– Tottenham Hotspur 174 (8)
Pasukan kebangsaan
2004 Belgium B15 3 (1)
2004 Belgium B16 2 (0)
2005–2006 Belgium B17 17 (3)
2006 Belgium B18 3 (0)
2006–2007 Belgium B19 9 (0)
2009–2010 Belgium B21 5 (0)
2009– Belgium 109 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Mei 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 Jun 2021

Kerjaya kelab sunting

Ajax sunting

 
Toby Alderweireld ketika bersama Ajax.

Toby Alderweireld telah dilahirkan di Antwerp,[3] kemudian Alderweireld berpindah ke Ajax untuk memasuki akademi bola sepak pada Ogos 2004. Pada 22 Februari 2007, beliau menandatangani kontrak kelab profesional untuk menilai beliau sehingga 30 Jun 2010.[4] Perlawanan pertama beliau pada 18 Januari 2009, ketika kemenangan menentang Nijmegen 2-0.[5] Pada 26 Februari, beliau membuat debut pertama beliau bermain di pentas Eropah apabila seri 1-1 menentang kelab Itali, Fiorentina dalam Piala UEFA.[6]

Dalam musim 2009–10, Alderweireld menjadi pilihan utama dalam pertahanan bersama Jan Vertonghen selepas kapten Thomas Vermaelen berpindah ke Arsenal.[7] Jurulatih baru, Martin Jol percaya dua pemain pertahanan itu mampu membuat aksi terbaik.[8][9] Pada 4 September, kemenangan menentang Heracles 3-0, beliau menjaringkan gol buat pertama kalinya apabila beliau membuat gol pembukaan dengan menanduk masuk daripada sepakan penjuru Luis Suárez.[10] Pada 27 Januari, beliau menjaringkan gol dalam masa tambahan ketika Piala KNVB dalam peringkat suku akhir menentang NEC Nijmegen dan Siem de Jong menjaringkan gol lima minit terakhir dengan memastikan Ajax menang 3-2. Alderweireld telah dinamakan sebagai "Ajax Talent of the Year".[11] Beliau telah melakar sejarah dengan menjaringkan gol ke-100 untuk Ajax di Liga Juara-Juara pada 3 November 2011 apabila Ajax kalah 1-2 menentang Auxerre.[12] Alderweireld menjaringkan gol untuk Ajax ketika bertemu A.C. Milan 2-0 di Stadium San Siro dengan membawa pasukannya ke Liga Eropah UEFA.

Pada 5 Ogos 2012, ketika Johan Cruijff Schaal di antara PSV dan Ajax, Alderweireld menjaringkan gol untuk Ajax pada minit ke-44, membawa kelabnya pada kedudukan 2-1, namun Ajax tewas pada separuh masa kedua 2-4. Ajax telah memasuki Liga Eropah di kelayakan tempat ketiga namun gagal untuk layak apabila tewas 4-2 kepada kelab Romania dalam penentuan tendangan penalti.

Kontrak Alderweireld berbaki satu tahun bersama Ajax, peristiwa ini dapat menarik minat daripada kelab Bayer Leverkusen, Liverpool, Napoli dan Norwich City untuk menandatangani pemain pertahanan muda.[13][14]

Atlético Madrid sunting

Pada 2 September 2013, Alderweireld menyertai Atlético Madrid dengan kontrak selama empat tahun dengan bayaran sebanyak €7 million.[15][16] Beliau bermain 12 perlawanan di dalam La Liga. Pada 11 Mei, beliau menjaringkal gol pertama kali dalam kelab Sepanyol itu apabila menanduk masuk apabila melawan Málaga CF, seri 1-1.[17] Alderweireld juga bermain dalam Liga Juara-Juara UEFA 2014 pada lapan minit terakhir menggantikan Filipe Luís namun tewas kepada Real Madrid 4-1.[18]

Southampton sunting

Beliau telah dipinjam ke Southampton, pada 1 September 2014.[19][20] Beliau membuat debut pertamanya bersama Southampton pada 13 September apabila menewaskan Newcastle United 4-0.[21]

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Alderweireld dalam perlawanan menentang Algeria pada Piala Dunia 2014.
 
Alderweireld ketika menentang Amerika Syarikat pada 2013.

Alderweireld pertama kali bersama Belgium semasa pasukan bawah-17 pada Oktober 2005 dan mengambil bahagian dalam Kejohanan bawah-17 UEFA 2006. Selepas musim 2008–09, beliau membuat debut pertama bersama pasukan Belgium dalam perlawanan persahabatan. Walau bagaimanapun, debut penuh beliau bersama Belgium ketika menentang Republik Czech. Beliau juga telah disenaraikan dalam skuad untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2010.

Alderweireld telah dipanggil untuk menyertai pasukan bawah-21 Belgium untuk menghadapi kelayakan kejohanan bawah-21 UEFA 2011 menentang Ukraine pada 13 November 2009 denga keputusan perlawanan Belgium ketinggalan 0-2 kepada Ukraine.

Pada 13 Mei 2014, Anderweireld telah disenaraikan dalam skuad Belgium untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[22] Beliau bermain di pentas Piala Dunia ketika perlawanan menentang Algeria, Belgium menang 2-0 di Belo Horizonte.[23]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Prestasi kelab Liga Piala Benua Lain Jumlah
Musim Kelab Liga App Gol App Gol App Gol App Gol App Gol
Belanda Liga Piala KNVB Eropah1 Lain2 Jumlah
2008–09 Ajax Eredivisie 5 0 0 0 3 0 0 0 8 0
2009–10 31 2 6 1 8 0 0 0 45 3
2010–11 26 2 4 0 12 3 1 0 43 5
2011–12 29 1 3 0 7 1 1 1 40 3
2012–13 33 2 3 0 8 1 1 1 45 4
2013–14 4 0 0 0 0 0 1 0 5 0
Jumlah Belanda 128 7 16 1 38 5 4 2 186 15
Sepanyol Liga Copa del Rey Eropah Lain3 Jumlah
2013–14 Atlético Madrid La Liga 12 1 6 1 4 0 0 0 22 2
Jumlah Sepanyol 12 1 6 1 4 0 0 0 22 2
Jumlah keseluruhan 140 8 22 2 42 5 4 2 208 17

1 Termasuk perlawanan Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Eropah UEFA.

2 Termasuk perlawanan Johan Cruijff Shield dan Playoff Eredivisie.

3 Termasuk perlawanan Supercopa de España.

Antarabangsa sunting

Belgium
Tahun App Gol
2009 4 0
2010 6 0
2011 5 0
2012 5 0
2013 11 1
2014 6 0
Total 37 1

Gol antarabangsa sunting

Gol Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 19 November 2013 Stadium Raja Baudouin, Brussels   Jepun 2–3 2–3 Persahabatan

Rujukan sunting

  1. ^ "England 1 Belgium 0 [1–0]". England Football Online. Dicapai pada 17 December 2013.
  2. ^ "Player Profile: Toby Alderweireld". Atlético Madrid. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-27. Dicapai pada 22 August 2013.
  3. ^ Toby Alderweireld profile, VI.nl, 18 January 2009, dicapai pada 19 January 2009
  4. ^ Ajax sign Toby Alderweireld, AFC Ajax, 22 February 2007, diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-23, dicapai pada 19 January 2009
  5. ^ Ajax win spectacular match, AFC Ajax, 18 January 2009, diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-25, dicapai pada 19 January 2009
  6. ^ Leonardo scores to help Ajax advance
  7. ^ Zwartkruis, Simon (30 September 2009). "'Wij hebben de beste selctie van Nederland'". Association football. |access-date= requires |url= (bantuan)
  8. ^ "Jol: 'Vertonghen en Alderweireld, dat ziet iedereen'" (dalam bahasa Dutch). Gazet van Antwerpen. 17 October 2009. Dicapai pada 27 October 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ Coerts, Stefan (13 October 2009), "Ajax Coach Martin Jol Praises Jan Vertonghen And Toby Alderweireld", Goal, dicapai pada 30 September 2009
  10. ^ Report: SC Heracles Almelo vs Ajax Amsterdam
  11. ^ "Supporters Ajax eren Suarez". Telegraaf.nl. 18 April 2010. Dicapai pada 2010-04-21.
  12. ^ "Ajax's Alderweireld thrives on art of defending". UEFA.com by Berend Scholten. 5 February 2011. Dicapai pada 2011-02-05.
  13. ^ "Alderweireld soll kommen Kadlec wechselt zu Fenerbahce". Express.de by Lars Werner.com. 14 June 2013. Dicapai pada 2013-06-19.
  14. ^ "Napoli wil tien miljoen euro betalen voor Toby Alderweireld". Nieuws.be by Voetbal4U.com. 18 June 2013. Dicapai pada 2013-06-19.
  15. ^ "Transfer deadline day: Atletico Madrid sign Toby Alderweireld and Josuha Guilavogui". Sky Sports. 2 September 2013. Dicapai pada 31 August 2014.
  16. ^ Corrigan, Dermot (3 September 2013). "Toby Alderweireld rejected Liverpool". ESPN FC. Dicapai pada 31 August 2014.
  17. ^ "Atlético Madrid 1-1 Málaga". BBC Sport. 11 May 2014. Dicapai pada 1 September 2014.
  18. ^ name="BBC">"Real Madrid 4 Atlético Madrid 1". BBC Sport. Dicapai pada 25 May 2014.
  19. ^ "Agreement with Southampton for the loan of Alderweireld". Atlético Madrid. 2 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-04. Dicapai pada 12 September 2014.
  20. ^ "Southampton loan Toby Alderweireld from Atletico Madrid". BBC Sport. 2 September 2014. Dicapai pada 2 September 2014.
  21. ^ "Striker Graziano Pelle scored twice as Southampton overwhelmed a poor Newcastle side at St Mary's Stadium". BBC Sport. 12 September 2014. Dicapai pada 14 September 2014.
  22. ^ "Adnan Januzaj included in Belgium's World Cup squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai pada 15 May 2014.
  23. ^ Chowdhury, Saj (17 June 2014). "Belgium 2-1 Algeria". BBC Sport. Dicapai pada 17 June 2014.