Tulisan Brāhmī

(Dilencongkan daripada Tulisan Brahmi)

Brāhmī ialah nama moden yang diberikan kepada ahli-ahli tertua dalam salasilah tulisan India. Catatan-catatan Brāhmī yang paling terkenal merupakan ukiran Titah-Perintah Ashoka di kawasan utara tengah India dari abad ke-3 SM yang dikenali sebagai contoh-contoh terawal tulisan Brāhmī, namun sistem tulisan berkenaan mungkin lebih lama digunakan, seawal-awal abad ke-6 SM. Pada tahun 1837, catatan tersebut berjaya ditafsirkan oleh seorang ahli arkeologi, filologi dan pegawal Syarikat Hindia-Timur British bernama James Prinsep.[2]

Brahmi
Jenis
BahasaBahasa-bahasa Prakrit awal
Tempoh masa
mungkin abad ke-6 SM, dan tentulah adab ke-3 SM, hingga c. abad ke-3
Aksara induk
Aksara turunan
Gupta dan lain-lain.
Aksara kerabat
Kharoṣṭhī [1]

Seperti tulisan Kharoṣṭhī yang sezaman dengannya yang pernah wujud di kawasan Afghanistan dan Pakistan, Brāhmī merupakan tulisan abugida, iaitu abjad konsonan yang diiringi tanda diakritik sebagai vokal. Huruf-hurufnya disusun mengikut grid (varga) mengikut prinsip fonetik, oleh itu tulisan ini ketika dicipta dikatakan hasil inovatif.[3]

Tulisan ini merupakan nenek moyang bagi kebanyakan tulisan di Asia Selatan, Asia Tenggara, Tibet, dan mungkin juga Hangul Korea. Nombor Brahmi merupakan nenek moyang Nombor Hindu-Arab, yang kini digunakan di seluruh dunia. Susunan abjad Brāhmī juga diterima guna sebagai urutan tulisan kana Jepun, namun huruf-hurufnya pula tiada kaitan langsung.[4]

Asal-usul

sunting

Tulisan Brāhmī pernah digunakan untuk menulis loghat-loghat Prakrit awal. Penggunaannya terhad kepada catatan pada binaan, batu nisan dan juga kitab suci. Pada mulanya Bahasa Sanskrit tiada sistem tulisan sendiri sehingga berabad-abad kemudian. Oleh itu, tulisan Brāhmī tidak sesuai sepenuhnya untuk menulis bahasa Sanskrit, memandangkan beberapa bunyi dalam bahasa Sanskrit tiada padanan dalam tulisan Brāhmī.

Penemuan terawal tulisan abjad di kawasan Hindukush, khususnya abjad Aramia, terwujid pada abad ke-6 SM melalui peluasan Empayar Achaemenid yang meliputi lembah Indus di bawah pimpinan Raja Darius. Perkembangan sistem tulisan dari abad ke-6 hingga ke-3 SM agak samar-samar.

Adanya pihak yang berhujah bahawa cebis-cebisan epigrafi bertulisan Brāhmī yang ditemui di Sri Lanka dan Tamil Nadu, dipercayai dihasilkan sekitar abad ke-6 hingga ke-5 SM, dijadikan bukti peluasan agama Buddha[5], tetapi bukti-bukti wujudnya catatan Brahmi sebelum zaman Maurya Brahmi masih belum disahkan kerana cuma terdiri daripada cebisan sajak yang mungkin berisi aksara-aksara individu. Oleh itu, catatan-catatan zaman Asoka pada abad ke-3 SM tetap merupakan catatan lengkap terawal yang diketahui kekal, dan begitu juga tulisan Bhattiprolu yang mungkin wujud lebih awal dari zaman Asoka.

Kemungkinan epigrafi pra-Asoka

sunting

Antara bahan-bahan dari zaman lebih awal yang dijumpai termasuklah serpihan tembikar dari bandar perdagangan Anuradhapura di Sri Lanka, yang dipercayai dibuat sekitar abad ke-6 hingga ke-4 SM;[6] Bhattiprolu;[7] dan juga pada serpihan tembikar di Adichanallur, Tamil Nadu, yang dikenal pasti berasal dari abad ke-6 SM melalui teknik radiokarbon.[8]

Kaitan dengan tulisan Aramia

sunting

Ramai pengkaji mempercayai bahawa tulisan Brāhmī berasal atau dipengaruhi oleh suatu abjad Semitik seperti abjad Aramia, seperti abjad Kharosthi yang wujud di kawasan barat laut India yang pernah ditakluki oleh empayar Achaemenid.

Catatan-catatan Brāhmī terawal memperlihatkan keserupaan yang ketara dengan bahasa Aramia bagi fonem-fonem yang bersamaan antara kedua-dua bahasa, khususnya huruf-huruf yang seolah-olah dibalikkan kerana perubahan arah penulisan. (Bahasa Aramia ditulis dari kanan ke kiri, begitu juga tulisan Brāhmī pada mulanya, tetapi lama-kelamaan tulisan Brāhmī berubah arah iaitu dari kiri ke kanan.) Contohnya, huruf bagi bunyi g dalam abjad Brāhmī dan Aramia g berupa Λ; huruf t pula menyerupai ʎ, dan sebagainya.

Tulisan Brahmi menunjukkan beberapa tambahan berbanding abjad Aramia. Contohnya, abjad Aramia tidak membezakan konsonan plosif gigi dan gelungan; dalam tulisan Brāhmī pula aksara-aksara konsonan gigi dan gelungannya agak serupa bentuknya, seolah-oleh kedua-duanya berasal dari huruf yang sama. Abjad Aramia tiada konsonan berhembusan seperti tulisan Brāhmī (, dsb.), manakala tulisan Brāhmī tiada konsonan penegas seperti abjad Aramia (q, ṭ, ṣ); nampaknya huruf-huruf penegas Aramia ini dijadikan huruf konsonan berhembusan dalam tulisan brahmi: huruf q Aramia menjadi huruf kh Brāhmī,huruf Aramia (Θ) menjadi huruf th (ʘ) Brāhmī, dsb. Sementara abjad Aramia tiada konsonan penegas bagi p, maka tulisan Brāhmī nampaknya menggandakan aksara p-nya untuk mengisi huruf ph berhembusan. Oleh itu, huruf-huruf p dan ph dalam tulisan Brāhmī amat serupa bentuknya, seolah-olah diambil dari huruf Aramia p yang sama. Huruf pertama kedua-dua abjad i ni juga berpadanan: huruf a Brāhmī yang menyerupai huruf K yang terbalik, amat serupa dengan huruf alef dalam abjad Aramia yang menyerupai huruf א dalam abjad Ibrani. Jadual berikut membandingkan tulisan Brāhmī dengan abjad Phoenicia yang amat menyerupai abjad Aramia kuno.

Kebarangkalian penerbitan tulisan Brahmi dari abjad Phoenicia
Yunani Α Β Γ Δ Ε Υ Ζ Η Θ Ι Κ Λ Μ Ν Ξ Ο Π Ϻ Ϙ Ρ Σ Τ
Phoenicia                                            
Brahmi           ?       ?                     ?                  
Devanagari
IAST a ba ga dha ḍha va da? ḍa? tha ṭha ya ka ca la ma na ṇa śa* pa pha sa* kha cha ra ṣa* ta ṭa

*Tulisan Phoenicia/Aramia dan Brahmi terdapat tiga konsonan sibilan tak bersuara, tetapi hubungan antara aksara-aksara berkenaan tidak jelas setelah mengalami perubahan dalam susunan abjad.

 
Variasi biasa huruf Brahmi
 
Simbol Brahmi bagi /ka/, diubah untuk mewakili vokal yang berlainan

Brāhmī biasanya ditulis dari kiri ke kanan. Tetapi sebentuk syiling pada abad ke-4 Sebelum Masihi didapati dengan tulisan Brāhmī dari kanan ke kiri[9]. Brāhmī adalah sejenis abugida, iaitu setiap huruf mewakili satu konsonan, manakala vokal ditulis dengan diakritik. Semasa tiada vokal ditulis, manakala berbunyi vokal /a/. Huruf kompaun istimewa digunakan untuk menulis suku kata yang bermula dengan kelompok konsonan, seperti /pr/ atau /rv/.

Kegunaan

sunting
Sejarah Huruf

Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM

Maruwi 3 SM
Salasilah lengkap

Brāhmī dan saudaranya Kharoshthi merupakan dua tulisan yang tertua di India. Kharoshthi hanya digunakan di Afghanistan dan barat laut India. Brahmi berkembang sebagai pelbagai tulisan di kawasan yang berlainan, manakala penggunaan Kharoshthi terpupus dan tiada keturunan.

Seperti Kharoshthi, Brāhmī digunakan untuk menulis loghat awal Prakrit. Penggunaannya hanya terbatas kepada ukiran pada bangunan, kubur, dan teks keagamaan. Bahasa Sanskrit awal belum ditulis semasa dituturkan dalam kehidupan harian, dan ditulis hanya selepas banyak abad. Oleh itu, Brāhmī tidak berpadan dengan Bahasa Sanskrit dengan sempurna, kerana beberapa bunyi Bahasa Sanskrit tiada huruf atau diakritik dalam Brāhmī.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Dispute
  2. ^ More details about Buddhist monuments at Sanchi, Archaeological Survey of India, 1989.
  3. ^ Frits Staal, The science of language, Chapter 16 in Gavin Flood, The Blackwell Companion to Hinduism Blackwell Publishing, 2003, 599 pages ISBN 0-631-21535-2. "Like Mendelejev's Periodic system of elements, the varga system was the result of centuries of analysis. In the course of that development, the basic concepts of phonology were discovered and defined." p.352.
  4. ^ Daniels & Bright, The World's Writing Systems
  5. ^ Salomon, Richard (1998), Indian Epigraphy: A Guide to the Study of Inscriptions in Sanskrit, Prakrit, and the Other Indo-Aryan Languages, Oxford: Oxford University Press, ISBN 0195099842 at pp 12-13
  6. ^ Salomon, Richard (1998), Indian Epigraphy: A Guide to the Study of Inscriptions in Sanskrit, Prakrit, and the Other Indo-Aryan Languages, Oxford: Oxford University Press, ISBN 0195099842 at pp 12-13
  7. ^ Antiquity of Telugu language and script: http://www.hindu.com/2007/12/20/stories/2007122054820600.htm Diarkibkan 2012-05-30 di archive.today
  8. ^ Subramanian, T.S., Skeletons, script found at ancient burial site in Tamil Nadu
  9. ^ [1]

Bacaan lanjut

sunting
  • Kenneth R. Norman, The Development of Writing in India and its Effect upon the Pâli Canon, in Wiener Zeitschrift für die Kunde Südasiens (36), 1993
  • Oscar von Hinüber, Der Beginn der Schrift und frühe Schriftlichkeit in Indien, Franz Steiner Verlag, 1990 (in German)
  • Gérard Fussman, Les premiers systèmes d'écriture en Inde, in Annuaire du Collège de France 1988-1989 (in French)
  • Siran Deraniyagala, The prehistory of Sri Lanka; an ecological perspective (revised ed.), Archaeological Survey Department of Sri Lanka, 1992.

Pautan luar

sunting

Templat:LangSA

Templat:Writing systems