United Borneo Front

United Borneo Front (UBF) atau dikenali sebagai Barisan Borneo Bersatu dalam bahasa Malaysia ditubuhkan pada 16 Disember 2010 oleh bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang pengasas Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Jeffrey Kitingan. Barisan Bersatu Borneo (UBF) ditubuhkan sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak. Antara agenda utama penubuhan pergerakan ini adalah bagi memperkasakan Perjanjian 20 Perkara Sabah dan Perjanjian 18 Perkara Sarawak, antara lain penubuhanya termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini adalah suatu pertubuhan bebas yang tidak berdiri berlandaskan mana-mana fahaman parti politik di Malaysia. Pada era zaman politik moden, Gabungan pertubuhan bebas ini masih aktif dan sedang bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sejak 2022, iaitu gabungan yang berasal dari Sabah & Sarawak.

  • Separuh ahli UBF membantu mengurus pertubuhan bukan politik tersebut manakala separuh lagi ahli politik United Borneo Front (UBF) telah bersama-sama dengan Jeffrey Kitingan membina sebuah gabungan politik baru yang dinamakan sebagai United Borneo Alliance (UBA) pada tahun 2012. Pada tahun 2012, sebuah arahan telah dikemukanan oleh pemimpin politik UBF kepada ahli yang akan mengurus pertubuhan berkenaan, sebelum ahli politik berkenaan berpindah ke UBA, dibawah pimpinan Kitingan Movement.

Rujukan sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.