Universiti Negeri Yogyakarta
Universiti Negeri Yogyakarta (Indonesia: Universitas Negeri Yogyakarta , disingkat UNY) ialah salah satu universiti awam di Indonesia. Kampus utama universiti ini terletak di Sleman, DI Yogyakarta. UNY sebelum ini merupakan sebahagian daripada salah satu fakulti di Universiti Gadjah Mada yang akhirnya membentuk sebuah institusi atau kolej berasingan bernama Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan Yogyakarta (IKIP Yogyakarta).[3] UNY juga telah dianggap sebagai salah satu universiti pendidikan terbaik di Indonesia, bersama-sama dengan Universiti Pendidikan Indonesia dan Universiti Negeri Malang.[4][5][6]
ꦈꦤꦶꦮ꦳ꦼꦂꦱꦶꦠꦱ꧀ꦤꦒꦫꦶꦔꦪꦺꦴꦒꦾꦏꦂꦠ | |
Nama lama |
|
---|---|
Moto | Unggul, Kreatif, dan Inovatif |
Moto dalam Bahasa Melayu | Leading the Future Education |
Jenis | Universiti awam (Perguruan Tinggi Negeri Badan Hukum) |
Ditubuhkan pada | 21 Mei 1964 |
Penggabungan | |
Rektor | Prof. Dr. Sumaryanto, M.Kes., AIFO |
Staf akademik | 1.107 (2019)[1] |
Pelajar | 28.726 (2019)[2] |
Pelajar lain | 1,20a |
Lokasi | Koordinat: 7°46′17″S 110°22′39″E / 7.7713847°S 110.3774998°E |
Kampus | Urban multi-campus, 432.613 meter persegi (lihat senarai) |
Warna | Biru gelap |
Nama samaran |
|
Laman sesawang | www |
Sejarah
suntingIKIP Yogyakarta ialah sebuah gabungan antara dua buah institusi pendidikan tinggi, iaitu Fakulti Pendidkan Universiti Gadjah Mada dan Institut Perguruan. Penggabungan tersebut dikawal oleh Dekri Presiden Republik Indonesia, Nombor I/1963. Sebagai pelaksanaan dekri tersebut, Dekri Menteri Pendidikan Tinggi dan Sains No. 55/1963 dikeluarkan pada 22 Mei 1963 yang mengawal pengasasan IKIP Jakarta, IKIP Bandung, IKIP Yogyakarta, dan IKIP Malang.
Permintaan bahawa IKIP Yogyakarta ditukarkan menjadi sebuah universiti berdasarkan beberapa alasan, antaranya struktur organisasi IKIP yang terlalu terhad untuk mencapai sebarang perkembangan saintifik. Selain itu, bilangan siswazah IKIP Yogyakarta yang menyertai sektor bukan pendidikan semakin meningkat serta keperluan untuk sumber manusia yang mahir memberikan dorongan untuk menukarkan IKIP Yogyakarta menjadi sebuah universiti.
Peringkat pertama penukaran IKIP Yogyakarta menjadi sebuah universiti bermula apabila Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam Kementerian Kebudayaan dan Pendidikan (kini Kementerian Pendidikan Nasional) mengeluarkan dekri No. 1449/DT/1996 yang bertarikh 20 Jun 1996. Ia mengesahkah IKIP Yogyakarta, bersama-sama tiga buah institusi yang lain, iaitu IKIP Medan, IKIP Padang, and IKIP Malang, supaya mendapat mandat yang lebih luas untuk mengendalikan perubahan-perubahan organisasi universiti.
Pencapaian mandat berhasil dengan Dekri Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi No. 240/DIKTI/Kep/1997 yang bertarikh 15 Ogos 1997. Ia mengawal pembukaan 12 buah program bukan perguruan pada peringkat-peringkat S-1 dan D-III dalam Fakulti Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan, Fakulti Pendidikan Matematik dan Sains Semula Jadi, serta Fakulti Pendidikan Kejuruteraan dan Vokasional IKIP Yogyakarta.
Rancangan penukaran IKIP Yogyakarta menjadi Universiti Negeri Yogyakarta dilaksanakan melalui dua peringkat:
- Peringkat pertama yang memperluas mandat telah dimulakan sejak tahun akademik 1997/1998 dengan pendaftaran masuk pelajar-pelajar baru untuk program-program pengajian bukan perguruan bagi beberapa fakulti yang berpotensi untuk mengendalikan dan mengembangkannya.
- Peringkat kedua ialah pelaksanaan penukaran IKIP Yogyakarta menjadi Universiti Negeri Yogyakarta yang bermula pada tahun akademik 1999/2000 dengan kebergantungan kepada program-program bukan perguruan yang telah dimulakan serta penyesuaian kemudahan-kemudahan perguruan menjadi fakulti-fakulti untuk kedua-dua pengajian perguruan serta bukan perguruan.
Kemudian pada 4 Ogos 1999, Baharuddin Jusuf Habibie selaku Presiden Republik Indonesia, melalui Dekri Presiden No. 93/1999, mengisytiharkan pengasasan Universiti Negeri Yogyakarta sebagai suatu penukaran daripada IKIP Yogyakarta. Meskipun UNY diasaskan secara rasmi pada 4 Ogos 1999, hari ulang tahun IKIP Yogyakarta pada 21 Mei 1964 masih dikekalkan sebagai hari ulang tahun UNY.
Fakulti
suntingFakulti Sains Pendidikan dan Psikologi
sunting- Dasar Pendidikan
- Bimbingan dan Kaunseling
- Teknologi Pendidikan
- Pendidikan Khas
- Pengurusan Pendidikan
- Pembelajaran Non-formal
- Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Pendidikan Guru Sekolah Dasar
- Psikologi
Fakulti Bahasa, Seni, dan Budaya
sunting- Pendidikan Bahasa dan Sastera Indonesia
- Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia
- Pendidikan Bahasa dan Sastera Inggeris
- Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris
- Pendidikan Bahasa Jawa
- Pendidikan Bahasa Jerman
- Pendidikan Bahasa Perancis
- Pendidikan Seni Muzik
- Pendidikan Seni Halus
- Pendidikan Seni Tarian
- Pendidikan Seni Kraf
Fakulti Matematik dan Sains
sunting- Pendidikan Matematik
- Matematik
- Statistik
- Pendidikan Jasmani
- Fizik
- Pendidikan Kimia
- Kimia
- Pendidikan Biologi
- Biologi
- Pendidikan Sains
Fakulti Sains Sosial, Undang-undang, dan Sains Politik
sunting- Pendidikan Geografi
- Pendidikan Sejarah
- Sains Sejarah
- Pendidikan Sivik
- Hukum
- Sains Politik
- Pendidikan Sosiologi
- Pendidikan Sains sosial
- Sains Pentadbiran Awam
- Pengajian Komunikasi
Fakulti Ekonomi dan Bisnis
sunting- Pendidikan Ekonomi
- Pendidikan perakaunan
- Perakaunan
- Perakaunan (Vokasional, D4)
- Pengurusan
- Pengurusan Pemasaran (Vokasional, D4)
- Pentadbiran Pejabat
- Pentadbiran Pejabat (Vokasional, D4)
- Setiausaha (D3)
Fakulti Kejuruteraan
sunting- Pendidikan Kejuruteraan Elektronik
- Kejuruteraan Elektronik (Vokasional, D4)
- Teknologi Maklumat
- Kejuruteraan Informatik
- Pendidikan Kejuruteraan Elektrik
- Kejuruteraan Elektrik (Vokasional, D4)
- Pendidikan Kejuruteraan Mekatronik
- Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Manufaktur
- Kejuruteraan Mekanikal (Vokasional, D4)
- Kejuruteraan Awam
- Pendidikan Kejuruteraan Awam dan Perancangan
- Seni Bina
- Kejuruteraan Awam (Vokasional, D4)
- Pendidikan Teknikal Katering
- Teknik Katering (Vokasional, D4)
- Pendidikan Kejuruteraan Fesyen
- Kejuruteraan Fesyen (Vokasional, D4)
- Solekan dan Kecantikan (Vokasional, D4)
- Pendidikan Kejuruteraan Automotif
- Kejuruteraan Automotif
Fakulti Sains Sukan dan Kesihatan
sunting- Pendidikan Jasmani dan Sukan
- Pendidikan Guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah
- Pendidikan Kejurulatihan Sukan
- Sains Sukan
Program Pendidikan Profesional
sunting- Program Pendidikan Profesional Guru (PPG)
- Program Jurutera Profesional
Program Siswazah (PPs)
sunting- Tahap Sarjana (S-2)
- Penyelidikan dan Penilaian Pendidikan
- Pendidikan Teknologi dan Vokasional
- Pengurusan Pendidikan
- Pembelajaran Non-formal
- Linguistik Gunaan
- Teknologi Pembelajaran
- Pendidikan Sains
- Pendidikan Matematik
- Sains Sukan
- Pendidikan Dasar
- Bimbingan Kaunseling
- Bahasa Jawa
- Pendidikan Bahasa dan Sastera Indonesia
- Pendidikan Bahasa Inggeris
- Program Pendidikan Awal kanak-kanak
- Pendidikan Sejarah
- Pendidikan Ekonomi
- Pendidikan Kejuruteraan Elektronik dan Informatik
- Pendidikan Kejuruteraan Elektrik
- Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal
- Pendidikan Kesentosaan Keluarga
- Pendidikan Seni
- Pendidikan Fizik
- Pendidikan Biologi
- Pendidikan Kimia
- Pendidikan Geografi
- Pancasila dan Pendidikan Kewarganegaraan
- Pendidikan Khas
- Psikologi
- Tahap Kedoktoran (S-3)
- Penyelidikan dan Penilaian Pendidikan
- Pendidikan Teknologi dan Vokasional
- Sains Pendidikan
- Sains Pendidikan Bahasa
- Pengurusan Pendidikan
- Pendidikan Dasar
- Pendidikan Kimia
Pautan luar
sunting- ^ "Rekap Dosen Universitas Negeri Yogyakarta". PDPT Universitas Negeri Yogyakarta. 2019. Dicapai pada 2019-11-08.
- ^ "Infografis Universitas Negeri Yogyakarta". PDPT Universitas Negeri Yogyakarta. 2019. Dicapai pada 2019-11-08.[pautan mati kekal]
- ^ "Sejarah Universitas Negeri Yogyakarta". Universitas Negeri Yogyakarta. 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-02. Dicapai pada 2019-11-09.
- ^ Prastiwi, Mahar (8 November 2023). "7 Kampus Pendidikan Terbaik di Indonesia, Ada UM, UNY hingga UPI". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-04-02.
- ^ Wahyono (2023-11-09). "7 Universitas dengan Jurusan Pendidikan Terbaik di Indonesia Versi THE WUR 2024, UM Juaranya". Sindonews (Edukasi) (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-04-02.
- ^ Muin, Maspuq (2023-11-09). "7 Universitas dengan Jurusan Pendidikan Terbaik di Indonesia". Sindonews (Infografis) (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-04-02.