Wan Ahmad Farid Wan Salleh

YA Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh (61 tahun), adalah bekas ahli politik UMNO dari Terengganu, Malaysia. Beliau dilantik sebagai Senator dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri mulai Mac 2008. Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Syed Hamid Albar. Jawatan Senatornya disambung dan meletak jawatan kerana menjadi calon BN dari UMNO dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009. Apabila kalah dalam pilihan raya kecil, maka kelayakan beliau menjadi Senator sudah habis. Tidak ada penggal ketiga bagi seseorang Senator.[1] Beliau bersara dari politik pada bulan Mac 2013, dan kemudian meneruskan kerjayanya sebagai seorang peguamcara di Kuala Lumpur. Sekarang ini beliau ialah seorang pesuruhjaya kehakiman setelah dilantik pada 16.12.2015. Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 8.8.2019 [1][2]. Sebelum menjawat jawatan Hakim, beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO.

Yang Arif Dato'

Wan Ahmad Farid Wan Salleh

DPMT (Ter)
Wan Ahmad Farid pada 2018
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului olehTan Chai Ho
Digantikan olehAbu Seman Yusop
Jelaing Mersat
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
23 Disember 2008 – 9 April 2009
Dalam jawatan
23 Disember 2005 – 22 Disember 2008
Butiran peribadi
Lahir (1962-11-13) 13 November 1962 (umur 61)
Kuala Terengganu, Terengganu
PasanganTo' Puan Intan Baizura Abdul Wahab
ProfesionHakim

Biodata sunting

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 2009 sunting

Dia kalah dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 pada 17 Januari 2009 kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hanya mendapat 30,552 undi berbanding Wahid Endut mendapat 32,883 undi. Seorang lagi calon iaitu Azharudin Mamat @ Adam, yang merupakan calon Bebas hanya mendapat 193 undi.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Datuk Razali Ismail (UMNO/Barisan Nasional).

Rujukan sunting