Mohd Abdul Wahid Endut
Dato' Haji Mohd Abdul Wahid Endut ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Wakaf Mempelam selama enam penggal (1990-2018) dan mantan Ahli Parlimen Kuala Terengganu selama sepenggal (2008-2013) serta mantan EXCO Terengganu (1999-2004).
Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Abdul Wahid Endut DPMT (Terengganu) | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Wakaf Mempelam | |
Dalam jawatan 1990–2018 | |
Didahului oleh | Mustafa Ali |
Digantikan oleh | Wan Sukairi Wan Abdullah |
Majoriti | 2,986 (PRU-13) 2,193 (PRU-12) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Terengganu, Terengganu | |
Dalam jawatan 26 Disember 2008 – 4 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Razali Ismail |
Digantikan oleh | Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad |
Majoriti | 2,631 (PRK Kuala Terengganu 2008) |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Menteri Besar | Abdul Hadi Awang |
Portfolio | Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuala Terengganu | 29 September 1957
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Wan Fatimah Wan Abdullah |
Anak | 9 anak |
Latar belakang
suntingMohd Abdul Wahid Endut dilahirkan pada 29 September 1957 di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Beliau tinggal di Kampung Seberang Baruh Kiri, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu. Wahid mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu kemudian ke Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai pegawai tadbir di UPM, menjalankan perniagaan berasaskan pertanian, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan negeri Terengganu, Exco Pembangunan Usahawan dan Belia Negeri dari tahun 1999-2004 ketika pemerintahan PAS di Terengganu. Selain itu, pengalamannya dalam parti PAS pernah memegang jawatan Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat, Penolong Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak tahun 1990 – hingga sekarang dan Ketua Pemuda PAS Terengganu dari tahun 1991-1993.
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon Barisan Nasional - UMNO, Othman Awang di DUN Wakaf Mempelam, Terengganu dengan majoriti sebanyak 2,193. Beliau mendapat 9,645 undi berbanding lawannya hanya mendapat 7,452 undi. Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 2,631 undi. Lawan beliau, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hanya mendapat 30,552 undi berbanding beliau mendapat 32,883 undi. Seorang lagi calon iaitu Azharudin Mamat @ Adam, yang merupakan calon bebas hanya mendapat 193 undi.
Beliau mempunyai seorang isteri bernama Wan Fatimah Wan Abdullah (bekerja sebagai Guru (P.K. HEM)) bersama 9 orang anak yang terdiri daripada dua orang lelaki dan tujuh orang perempuan.
Anugerah dan penghormatan
sunting- Terengganu
- Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) - Dato' (2023)[1]
Rujukan
sunting- ^ "HEBAHAN ISTIADAT PENGURNIAAN GELARAN DAN BINTANG-BINTANG DARJAH KEBESARAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE–61 HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU". Pejabat Setiausaha Negeri Terengganu (Khidmat Pengurusan). 19 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.