Yahaya Abdul Hamid

Dato' Seri Haji Yahaya Abdul Hamid ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selama tiga penggal dari 1995 hingga 2008.[1]

Dato' Seri Haji

Yahaya Abdul Hamid

D.G.P.N., D.M.P.N., P.K.T., J.P
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
25 April 1995 – 12 Februari 2008
Didahului olehAbdul Rahman Abbas
Digantikan olehAbdul Halim Hussain
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Pinang Tunggal
Dalam jawatan
1986–2004
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehRoslan Saidin
Butiran peribadi
LahirYahaya bin Abdul Hamid
1945 (umur 78–79)
Kepala Batas. Pulau Pinang
PasanganZaitun Abu Bakar
Anak-anak8 orang

Latar belakang sunting

Yahaya dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada tahun 1945. Beliau merupakan anak jati Kepala Batas dan pernah menjadi seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Abdul Kadir dan Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin pada era 70 hingga 80-an.

Politik sunting

Dato' Seri Haji Yahaya Abdul Hamid pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas sementara Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menjadi Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas pada masa itu.

Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tanggal 25 April 1995 dan menamatkan jawatan beliau pada tanggal 12 Februari 2008 iaitu bersamaan 3 penggal berturut-turut.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 kawasan DUN N03 Pinang Tunggal, Pulau Pinang dimenangi oleh Datuk Yahaya Abdul Hamid atas tiket (Barisan Nasional/UMNO) majoriti 4,376 undi.

Keluarga sunting

Isterinya yang bernama Datin Seri Zaitun Abu Bakar merupakan seorang bekas guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang. Mereka memperolehi seramai 8 orang cahayamata.

Darjah Kebesaran sunting

Malaysia sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Senarai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri". Dicapai pada 7 Disember 2023.